{{{{{{{{{ Promosi Hebat! }}}}}}}}}}

Jom Buat Duit Dengan Churp2
Jom Buat Duit Dengan Churp2!
Anda BERRY yang mana?
Contest Siapa Paling Comel
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Rakyat Malaysia Hebat Ber-FB!
Tukar iPad kepada iPhone!
Seksi betul..
Seksi betul..
Hanya Komen di FB Untuk Menang!
Kalau Rasa Hebat Tengok Neh..!
Submit Blog Pon Boleh Menang RM 5000!
Kan best kalau dapat bilik tidur camneh.
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!

Saturday 30 April 2011

Aksi-aksi Peserta Pertandingan Boria di Festival Boria 1Malaysia

Saturday 30 April 2011



Inilah aksi-aksi menarik para peserta Pertandingan Boria di Festival Boria 1Malaysia di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Warga Pulau Pinang atau warga tempatan yang datang melancong ke Pulau Pinang, datanglah beramai-ramai malam ini ke Majlis Perasmian Penutup Festival Boria 1Malaysia oleh YB Dato’ Seri Utama Rais Yatim yang bermula pukul 8.30 malam ini di Kampung Seronok, Bayan Lepas dan jadilah sebahagian peserta yang mencatat sejarah untuk Malaysia Book of Records — Persembahan Boria Paling Ramai!
Saksikan juga pesembahan boria yang mempersembahkan penyanyi Hazami sebagai tukang karang malam ini!


Kilafairy Berkemban Ikut Skrip


Pelakon yang nama sebenarnya, Syakila Nisha Jahangir Khan, 19, itu dikatakan sengaja berkemban dalam filem Karak arahan Yusry Abdul Halim untuk mencipta kontroversi dan populariti. 
Ketika soalan itu diaju kepadanya, Kilafairy menafikan dia berkemban untuk mencari populariti atau kontroversi sebaliknya apa yang dilakukan sekadar mengikut skrip dan babak yang sesuai.Katanya, apa yang dilakukan adalah mengikut jalan cerita dan bukan sengaja mencari publisiti murahan. 
Anak penyanyi Rohana Jalil itu berkata, apa yang terlintas di fikirannya hanyalah untuk memberi lakonan berkesan pada adegan tersebut. 
" Adegan berkemban itu dibuat pada pukul enam pagi. Sejuknya memang tidak terkata. Untuk adegan itu, Kila sebagai Ida sedang mandi di kampung, jadi sudah tentulah berkemban. 
" Kila sedar kesan selepas orang ramai melihat adegan tersebut. Terpulang pada pandangan masing-masing. Bagi Kila ia dibuat berdasarkan kesesuaian skrip dan tidak ada maksud lain," jelasnya yang turut berlakon drama Ayu Suraya. 
Kilafairy yang mengaku dirinya seorang penakut namun sanggup berlakon filem bergenre seram semata-mata mahu mencabar kebolehan diri.Disebabkan filem Karak juga berat badan Kila naik sebanyak dua kilogram (kg) iaitu daripada 44 kg kepada 46 kg. 
" Macam mana berat badan tak naik. Penggambaran pula malam. Di lokasi makanan banyak, lepas makan tidur sementara menunggu penggambaran babak Kila," katanya tersenyum. 
Menurut pelajar jurusan pemasaran dan pengurusan fesyen di Kolej Raffles, Kuala Lumpur ini, sejak kecil beliau minat berlakon bagaimanapun peluang menyanyi datang terlebih dulu. 
" Walaupun orang kenal Kila dalam bidang nyanyian, namun minat sebenar Kila adalah lakonan. Sekarang ini pun kalau ada undangan, Kila akan terima. 
" Selalunya untuk persembahan tertutup, orang minta Kila nyanyi lagu Hindi. Lagu-lagu lain Kila nyanyi juga. Sekarang ini bila sudah berlakon, ikut kelapanganlah," kataya terus-terang. 
Kila yang mengaku tidak pernah mempunyai teman lelaki tapi ramai yang cuba mendekatinya itu berkata, jika tidak ada halangan beliau akan muncul dengan single sebagai platform dalam bidang seni suara.

selanjutnya di sini >> sozchili 


Maharaja Lawak Minggu Ke-5 (Video)


Man




Nabil


Friday 29 April 2011

Kesilapan terjemahan cemari sambutan PM China

Friday 29 April 2011
Perdana Menteri China Wen Jiabao dan rombongannya pasti dalam kebingungan jika mereka mengesan perkataan Cina yang dicetak pada latar belakang pentas majlis sambutan rasmi baginya di Putrajaya pagi ini.

NONEPerkataan berkenaan adalah terjemahan langsung daripada perkataan Melayu yang berbunyi: "Istiadat Sambutan Rasmi Sempena Lawatan Rasmi TYT Wen Jiabao Ke Malaysia"

Namun terjemahan dalam bahasa Cina itu mempunyai kesilapan struktur ayat dan tatabahasa yang serius dan memalukan.

Terjemahan langsung itu berbunyi: "Majlis sambutan rasmi, dengan dia, Yang Terutama, Wen Jiabao ke Malaysia dengan rasmi”.

Latar belakang yang memalukan di podium hadapan Pejabat Perdana Menteri itu didirikan bagi upacara sambutan rasmi perdana menteri China itu.

Ia juga memaparkan bendera China dan Malaysia dengan gambar Tembok Besar Cina dan Menara Berkembar Petronas berserta gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang bersalaman dengan Wen.

Wartawan dan tetamu yang faham bahasa Cina terkejut melihat latar belakang itu. Begitu juga dengan beberapa menteri Malaysia yang berbangsa Cina tetapi sudah terlambat untuk membuat sesuatu.

Pada sidang media bersama selepas itu, Najib berkata Malaysia dan China bersetuju bekerjasama lebih rapat khususnya dalam bidang pengajian tinggi, pelancongan dan perubatan tradisional Cina.

NONEIa dicapai hasil rundingan antara kedua-dua pemimpin berkenaan hari ini.

"Perbincangan sangat produktif serta berhasil, dan kita mencapai persetujuan meluas selaras dengan pelan tindakan bersama mengenai kerjasama strategik yang ditandatangani pada 2009," kata Najib.
Wen berada di Malaysia untuk lawatan dua hari bagi membalas kunjungan Najib ke China dua tahun lalu.

Ia adalah lawatan kedua Wen ke Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur dan Sidang Kemuncak ASEAN-China pada 2005.


Thursday 28 April 2011

Media berbohong dakwa Kelantan rampas tanah

Thursday 28 April 2011
KUALA KRAI, 28 April: Mungkin ramai terpengaruh dengan laporan media yang mendakwa kononnya kerajaan negeri merampas tanah yang diteroka penduduk di Kampung Jeram Panjang, Mukim Manjor.
Lebih-lebih lagi apabila dipaparkan visual lelaki dan perempuan tua menangis seperti disiarkan RTM melalui slot berita perdana, baru-baru ini.
Tahukah anda, tidak pernah berlaku sebarang rampasan tanah seperti didakwa media massa, sebaliknya penduduk terbabit didakwa menceroboh hutan simpan kekal (HSK).
Adun Dabong, Arifabillah Ibrahim berkata, penduduk yang menceroboh HSK tersebut telah diberi beberapa kali peringatan oleh Jabatan Perhutanan Negeri, namun mereka tidak mengendahkan.
Katanya, HSK di mana-mana negeri sekali pun tidak boleh diceroboh kerana ia merupakan zon penampang.
“Jabatan Perhutanan Negeri sejak dari awal lagi melarang penduduk meroboh kawasan tersebut. Renjer Hutan sudah beberapa kali memberi amaran dan menghalang mereka namun tidak diendahkan.
”Sebaliknya seramai 18 penduduk berdegil dan menanam pokok getah di kawasan HSK di Mukim Manjor,” katanya di sini.
Menurutnya juga Jabatan Perhutanan melaksanakan program penanaman getah jenis klon di kawasan tersebut bagi tujuan melestari alam sekitar termasuk di kawasan yang diceroboh penduduk.
Kata beliau syarikat yang mendapat tender menanam getah jenis klon di kawasan tersebut telah menandakan kawasan yang akan dilaksanakan program berkenaan.
“Bagi menyelesaikan masalah dengan penduduk, Jabatan Perhutanan telah memanggil kesemua 18 orang yang menceroboh kawasan HSK terbabit.
“Perjumpaan itu diadakan awal tahun ini bertempat di Taman Tengku Anis, Cabang Tiga Sungai Syam yang mana saya juga hadir. Selain itu anggota polis dari Balai Polis Laloh, Renjer di Manek Urai dan Jabatan Perhutanan Negeri.
“Pada perjumpaan tersebut syarikat yang diberi tanggungjawab melaksanakan program menanam getah klon bersetuju membayar pampasan kepada penduduk mengikut batang getah yang ditanam.
“Penduduk yang hadir bersetuju dan telah menerima bayaran mengikut bilangan pokok getah yang ditanam. Namun hari ini mengapa pula media cuba membohongi perkara sebenar yang berlaku,” ujarnya.
Beberapa akhbar hari ini melaporkan penduduk yang mengusahakan kebun getah dan dusun buah-buahan di Kampung Jeram Panjang mendakwa tanah diteroka sejak 40 tahun lalu dirampas kerajaan negeri.
Dilaporkan 30 penduduk berdepan dengan kerugian apabila pokok getah yang mereka tanam akan ditebang bila-bila masa sahaja bagi membolehkan pembangunan Ladang Rakyat dijalankan.
Oleh itu Arifabillah bercadang mengambil tindakan mahkamah ke atas media yang menyembunyikan fakta sebenar sehingga memperlihatkan kerajaan negeri merampas tanah rakyat.
“Saya sungguh kecewa dengan laporan akhbar dan televisyen yang menyembunyikan cerita sebenar. Ini bukan pertama kali berlaku.
“Isu ini sengaja diputar belit oleh pihak ketiga yang mengharap mendapat imbalan politik secara tidak bermaruah,” katanya.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi berkata, pihaknya tidak pernah melaksanakan projek perladangan di kawasan berkenaan.
Katanya, apa yang disiarkan media adalah tidak benar sama sekali dan perkara itu disahkan Pejabat Tanah dan Galian Negeri.



MEMALUKAN!! TV3 Dikecam Biskop Gereja Katholik

Seorang pemimpin Gereja Katholik membidas TV3 dengan tindakan mereka menyiar potongan dari video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar IbrahimTV3.

Biskop Paul Tan, yang juga Presiden Konferens Bikop-biskop Katholik Malaysia, mengecam tindakan itu sebagai sesuatu kebiadaban yang tidak boleh dimaafkan.

Sungguh memalukan.. Bukan Islam pun tahu implikasi buruk yang akan menimpa masyarakat berikutan siaran oleh TV3 itu yang kita tahu adalah Media yang dikuasai oleh UMNO..

Malangnya umat Islam sendiri bersungguh-sungguh mahu menayangkannya demi untuk menjatuhkan maruah seorang umat Islam hanya kerana dendam yang tak kesudah..


Ketua Gereja Kecam TV3 Kerana Tayangkan Siri Kedua Klip Video Seks
Petaling Jaya: Seorang pemimpin Gereja Katholik membidas TV3 dengan tindakan mereka menyiar potongan dari video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di TV3.

Biskop Paul Tan, yang juga Presiden Konferens Bikop-biskop Katholik Malaysia, mengecam tindakan itu sebagai sesuatu kebiadaban yang tidak boleh dimaafkan.

Semalam, stesyen TV yang ada kaitan dengan kerajaan tersebut telah menyairkan potongan dari apa yang disifatkan bahagian kedua video yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wanita dikatakan warga China.

“Dari awal lagi, kita melihat satu sikap yang serba membolehkan telah menjadi ciri kepada sikap pihak berkuasa terhadap episod jijik berkenaan,” kata Tan.

“Sekarang sikap itu menjadi lebih biadab: pemaparan bahan yang keji dan buruk dilkakukan di TV awam untuk ditontoni oleh seluruh rakyat lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak.

“Kebiadaban ini tidak boleh dimaafkan dimana kelemahan pihak berkuasa yang tidak bertindak tegas dari untuk menghapuskan ia dari peringkat awal sebagai satu kesilapan yang amat besar.

Tan menggesa pihak berkuasa untuk bertindak tegas dan mengheret mereka yang memiliki dan menayang video seks sebelum “satu kejahatan melahirkan lebih kejahatan lagi selepasnya.”

“Sikap membenarkan tayangan berkenaan, adalah relatifnya merupakan wajah kepada tindakan syaitaniah yang merupakan penyumbang jelas terhadap kerosakan moral yang kita temui di dalam kehidupan.

“Para penjaga undang-undang dan moral (pihak polis) tidak boleh membiarkan penayangan kejahatan yang kurang ajar ini. Mereka perlu bertindak, jika tidak rakyat akan menanggung risikonya,” tegasnya.


Terjemahan oleh Greenboc bersumberkan Malaysiakini


Wajah Misteri Pada Batang Pokok Akasia


Gambar-gambar berikut adalah screenshot dari berita TV9 yang melaporkan terdapat wajah misteri pada batang pokok Akasia (ada yang kata pokok sabun).

Ini pula laporan berita dari Sinar Harian,


GUNUNG KERIANG - Penduduk sekitar kawasan pusat rekreasi di sini digemparkan dengan penemuan pokok yang dipercayai menyerupai wajah manusia.

Pokok yang dikenali dengan ‘pokok sabun’ oleh masyarakat setempat itu dipercayai menyerupai bentuk wajah manusia sejak seminggu lalu dan dikatakan menjadi lokasi aktiviti pemujaan.

Pengunjung, Muhammad Azwan Mansor, 24, berkata, pengunjung tidak dapat melihatnya secara jelas melalui mata kasar malah, mereka perlu mengambil gambar dan objek itu akan kelihatan lebih jelas menerusi gambar yang diambil.

Menurutnya, pelbagai andaian yang dibuat apabila melihat wajah yang timbul pada bahagian pemeluk pokok itu namun, terpulang kepada kepercayaannya masing-masing.

“Ada yang menyatakan ia sekadar ukiran namun, bagi saya ia mungkin terbentuk daripada rekahan kulit pokok itu sendiri,” katanya.

Penduduk, Mohd Tazri Seman, 30, berkata, sebelum ini taman rekreasi itu menjadi tumpuan pengunjung pada sebelah petang namun, sejak berlakunya kejadian itu kawasan berkenaan sentiasa dikunjungi tanpa mengira waktu. - Sinar Harian

Lagi gambar wajah misteri pada pokok Akasia.








Wednesday 27 April 2011

Friendster Belum Mahu Menyerah Kepada Facebook

Wednesday 27 April 2011
Menurut dari sumber yang aku baca, rangkaian sosial Friendster dikhabarkan akan dinaiktaraf untuk menyaingi rangkain sosial yang lain seperti Facebook. Oleh itu, mereka akan memadam semua gambar, maklumat, video dan komen bermula 31 Mei 2011.

Namun, Friendster akan menyediakan satu applikasi bagi pengguna mereka memuat-turun gambar, komen dan segala maklumat mereka di Friendster [BACA DI SINI]. Friendster merupakan sebuah rangkain sosial yang popular sejak 3 tahun lepas sebelum diambil alih oleh MySpace dan terbaru Facebook.

Jadi, bagi pengguna-pengguna Friendster yang masih aktif bolehla mem'back-up' segala maklumat-maklumat mereka sekarang. Friendster baru itu dikatakan akan mempunyai fungsi yang tidak terdapat di rangkaian sosial yang lain. Namun, Friendster tidak akan memadam akaun yang telah didaftar. Pengguna boleh login seperti biasa dengan menggunakan e-mail dan password mereka.

Bersedialah dengan kemunculan Friendster versi Beta yang baru nanti! Adakah Friendster akan kembali menyaingi Facebook? Kita tunggu dan lihat.


Emma Watson Menafikan Yang Beliau Dibuli Di Brown Universiti

Bintang filem Harry Potter, Emma Watson tidak akan menyambung lagi pengajiannya di Brown University bukan kerana dibuli seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Sebaliknya, beliau yang melakonkan watak Hermoine Granger dalam filem Harry Potter itu akan dipindahkan ke university yang lain untuk menyambung pelajaran dalam bidang yang berlainan. Ini kerana, bidang itu tidak disediakan oleh institusi pengajian yang terletak di Rhode Island itu. Tetapi, tidak dimaklumkan lagi universiti mana yang beliau akan pilih untuk menyambung pelajarannya.

Pada Mac yang lepas, beliau mengumumkan akan menumpukan sepenuh masanya untuk pengambaran terakhir filem Harry Potter itu dan kerja-kerja lakonan yang lain.

Tetapi berdasarkan laporan minggu lepas, beliau bertindak untuk keluar dari universiti itu disebabkan ada berita-berita yang mengatakan bahawa beliau telah dibuli oleh pelajar-pelajar di disitu. Tetapi, pembantunya Vanessa Davies telah menafikannya dan mendakwa berita-berita itu semua tidak berlandaskan kepada kebenaran.

Ura-ura mengatakan bahawa beliau berasa tertekan disebabkan rakan sekelasnya dan pelajar-pelajar di Brown Universiti itu yang sering mengejeknya "Ten points for Gryffindor!" apabila beliau menjawab soalan di dalam kelas.

Namun, Davies menjelaskan bahawa Emma sebenarnya sangat menikmati setiap masanya sepanjang berada  di universiti tersebut dan mempunyai ramai rakan-rakan di sana.

Emma yang akan menempuhi sesi pengambaran terakhirnya dalam filem "Harry potter and the Deathly Hallows--Part 2" musim panas ini juga dikhabarkan akan membintangi filem baru terbitan Summit Entertainment "The Perks of Being a Wallflower".

Wajah terbaru Emma Watson


Tuesday 26 April 2011

Senarai 15 Jenis Makanan Yang Dilarang Dijual Di Kantin Sekolah

Tuesday 26 April 2011
Makanan diproses seperti burger, hotdog dan nuget serta teh dan kopi adalah antara 15 jenis makanan ‘tidak sihat’ yang dilarang dijual di semua kantin sekolah rendah dan menengah seluruh negara mulai bulan depan.
Makanan lain ialah mi segera, gula-gula dan coklat, konfeksi ais dan aiskrim, makanan jeruk, makanan mengandungi pewarna serta perisa tiruan, minuman berkarbonat dan jajan. Larangan itu adalah berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Sihat Di Sekolah yang diputuskan oleh Kementerian Kesihatan.
Bagaimanapun, ada 70 jenis makanan, termasuk nasi lemak dihadkan kekerapan jualannya kepada dua kali seminggu, disenaraikan sebagai makanan yang boleh dijual mengikut garis panduan baru yang dirangka bagi menangani masalah obesiti (kegemukan) dan diabetes di kalangan pelajar.



Gandingan Lisa Surihani Dan Maya Karin Dalam Ombak Rindu

KEDUA-dua mereka cukup jelita. Sukar untuk membezakan mana satu yang lebih menawan kerana masing-masing mempunyai keunikan dan daya tarikan yang tersendiri. Malah, untuk menentukan siapa yang lebih berbakat juga payah kerana Maya Karin mahupun Lisa Surihani sama-sama pernah menerima pengiktirafan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM).


Maya memenanginya di FFM21 pada 2008 menerusi filem Anak Halal, manakala Lisa pula memperoleh anugerah itu di FFM23 melalui watak Ayu yang dimainkan menerusi filem Lagenda Budak Setan (LBS). Justeru, percaturan Astro Shaw Sdn Bhd dengan kerjasama Tarantella Pictures Sdn Bhd yang menggandingkan mereka bersama dalam filem adaptasi novel, Ombak Rindu arahan Osman Ali serta Lagenda Budak Setan 2 (LBS2) ditangani Sharad Sharan pasti memberikan impak luar biasa. Tambahan pula, ketika ini nama Lisa Surihani hangat dikatakan menjalin hubungan istimewa dengan Yusry Abdul Halim (Yusry KRU) yang sedikit masa lalu pernah digosipkan bersama Maya Karin.
Yusri KRU dan Maya Karin pernah dikaitkan dengan gosip suatu masa dulu



Bapa Ally Iskandar Telah Kembali Ke Rahmatullah

Bapa kepada pengacara terkenal Ally Iskandar telah pun kembali ke Rahmatullah semalam. Takziah atas pemergian bapa tercinta, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman, Al-Fatihah.




"Al-Fatihah!"


[PANAS!] Gambar Seksi Lagi, Terbaru Dari Manga Online



Ni aku tunjuk gambar sensored Putri Najwa ni kat korang, japgi ada pulak orang nak nak zoom gambar ni kan? Tak payahla.. Dah cukup besar dah aku buat tuh. Kalau tak tak zoom pon mesti search Google kan? Betoi dak, betoi dak? kah kah kah. Tak pon mesti korang akan klik sini. Korang jangan..penat-penat aku sensored gambar tuh. Kah kah kah.

Untuk huraian lanjut, sila ke sini >> SozCyili

source >> kerplunk


[PANAS!] Kempen Anti Kedai Mamak

OPERASI KEDAI MAMAK KOTOR TUJUH RESTORAN MAMAK DIARAH TUTUP DUA MINGGU DALAM OPS BERSIH 4.


KLANG: Sisa makanan tidak diuruskan, najis tikus bertaburan dan anak lipas merayap di dapur restoran. Sukar dipercayai tetapi itulah hasil penemuan operasi penutupan premis makanan dan penguatkuasaan dinamakan ‘Ops Bersih 4’ di Jalan Istana, di sini, baru-baru ini.

Pemilik restoran terbabit mendakwa dapurnya sebelum ini dalam keadaan bersih dan terurus tetapi alasan terbabit gagal melepaskan dirinya daripada dikenakan tindakan tegas bahagian penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Sentral yang mengikuti operasi bersama Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Klang diketuai Timbalan Pemangku Pengarah Kesihatan MPK, Amran Jali mendapati kebanyakan premis yang diperiksa pasukan penguat kuasa itu meloyakan. 

Dalam operasi bulanan itu, pasukan berkenaan terpaksa melayan kerenah pengusaha restoran yang tidak berpuas hati apabila premis mereka dikenakan tindakan. 



Gambar Kad Pengenalan Lama Tun Mahathir Mohammed

Saja nak kongsi dengan korang gambar sebenar kad Pengenalan lama Tun dr Mahathir Bin Mohammed, Perdana Menteri ke empat merangkap bekas Perdana Menteri Malaysia. Gambar ini dikirim oleh salah seorang pembaca blog ini. Apa yang jelas kelihatan di dalam gambar berikut, Tun Mahathir memegang kad pengenalan bernombor 2232519.

Apa pun Tun Dr Mahathir memang kacak semasa muda.




ReJaM© "Layan..."

-milosuam-


Monday 25 April 2011

[PANAS!] UMNO Iktiraf Wang Warga Emas Kerajaan Pulau Pinang!

Monday 25 April 2011

Ini story terhangat abad ini Pulau Pinang dan negeri sewaktu dengannya. Umno yang sekian waktu kencing Program Warga Emas Pulau Pinang yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat mungkin terkucil atau giler meroyan lepas ini.

Pimpinan Umno negeri telah mengiktiraf program berkenaan dengan menandatangani dan menyokong permohonan warga emas untuk mendapatkan wang ehsan itu.

Tahun lepas, geng Umno meraban termasuk Datuk Azhar (Penaga) dan rakan-rakan telah menghambur pelbagai macam cerita termasuk kononnya wang RM100 yang diberikan kepada warga emas sebagai hasil wang judi. Dari Kepala Batas, Bukit Mertajam dan Balik Pulau.. Umno mendakwa telah kutip semula wang pemberian kerajaan negeri kepada warga emas atas dasar mereka menolaknya kerana ia sumber haram.

Namun sampai sekarang belum ada senarai nama warga emas yang menolak dikemukakan Umno.

Tahun ini, program berkenaan diteruskan dan ribuan warga emas telah menyerbu bank-bank bermula Sabtu lepas sama ada untuk mengambil wang RM100 ataupun RM1,000 (khairat kematian) yang dibayar kepada waris .

Setakat ini, UMNO membisu seribu bahasa atau sedang menyusun peluru untuk menembak angin.

Baca dan lihatlah sendiri tandatangan pada borang berkenaan yang diterima oleh Penyelaras Kadun Sungai Dua, Sdr Fahmi. Foto menceritakan segalanya. Jangan segan-segan, jangan malu-malu... jangan duduk rengang-rengang....   -PASPB-


masa puak2 tu merintah Pulau-Pinang dulu, satu sen pon rakyat tak dapat!


[PANAS!] Video-Video Lucah Anwar Ibrahim Di Luar Negara Pulak!

Politik lucah yang menjadi amalan gerombolan songkok tinggi, terus dimainkan oleh blogger-blogger pro-gerombolan. Mereka kini jelas sekali mempersetankan pandangan serta fatwa para ulama dan mufti sebaliknya bersungguh-sungguh mahu menyebarkan dan mengaibkan Anwar Ibrahim dengan video-video lucah dan skandal-skandal seks.

Isu jam omega dan pelacur cina sebelum ini tidak cukup kuat untuk menjatuhkan Anwar memandangkan terlalu banyak percanggahan fakta-fakta membuatkan ia telah menjadi cerita lucah yang lucu. Pelacur bertukar menjadi Pelajar Kolej Swasta, Hotel dah jadi kondominium, jam Omega pula dicuri bersama-sama kad pendaftarannya sekali. Pemilik jam omega juga gagal dibuktikan. Datuk T sudah menjadi Datuk Tongong.

Bagi menutup kepincangan video lucah sebelum ini yang sudah terbongkar, gerombolan songkok tinggi yang juga kaki video seks, terpaksa meletupkan isu video seks yang baru, supaya rakyat lupa kepada kepincangan video seks sebelum ini. Dengan ini Rakyat Malaysia akan terus menyokong kerajaan Barisan Nasional berkat hidayah dari video-video seks yang bakal dibongkarkan kononnya.


[PANAS!] AC Mizal Masuk UMNO!

Penyertaan AC mizal dan isterinya ke dalam UMNO, memang sangat bertepatan atau dalam bahasa Indonesianya sangat cocok. Perjuangan AC Mizal selama ini memang sangat sesuai diteruskan di dalam UMNO dan Barisan Nasional. Watak dan peribadi artis terkenal itu sangat mirip dengan para pemimpin yang ada di dalam UMNO.



Tahniah kepada AC Mizal kerana memilih UMNO sebagai platform untuk meneruskan perjuangan. Perjuangan meneruskan perniagaan menjual gelang Tungsten ajaib yang mampu menjadikan pemakainya kuat laksana "Badang". Mampu menjadikan pemakainya untung berjuta-juta kerana kuasa gelang AC.

Gelang beli harga 25 Dollar, tapi jual sampai RM1000, dan jual pula kepada anak-anak Melayu dengan umpan kononnya boleh untung berjuta-juta, inilah perjuangan yang akan diteruskan bersama pemimpin UMNO yang lain.




-milosuam-


Kerajaan Tidak Takut Akan Blogger

KUALA LUMPUR, April 24 (Bernama) -- Kerajaan Malaysia bertegas yang mereka tidak takutkan blogger sebaliknya mahu menjadi sebahagian daripada mereka dan mengetahui pandangan mereka walaupun ianya adalah kritikan yang negatif, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

" Saya percaya hubungan ini akan menjadi hubungan yang penting berdasarkan kepada matlamat yang sama. Kita mungkin tidak bersependapat sepanjang masa tetapi kita tidak boleh menafikannya."

"Apa yang penting bagi kami adalah untuk mengetengahkan pandangan blogger, walaupun ianya kritikan negatif, namun ia dapat membantu kita membina Malaysia yang lebih baik dan juga demi masa depan kita," kata beliau ketika berucap di "First Malaysia-Asean Regional Bloggers' Conference", semalam.

Turut hadir disana adalah Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, presiden Blog Hause Malaysia Syed Akbar Ali dan isteri kepada Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib berkata, zaman di mana kerajaan tahu akan segalanya dah berakhir, dan sekarang kerajaan pula perlu tahu maklumat-maklumat yang disampaikan blogger kerana mereka mewakili seluruh rakyat Malaysia, disamping pandangan dan kritikan.

"Tetapi kita harus mematuhi etika; jika kita menggunakan ruang siber ini untuk memberi maklumat yang tipu ianya salah. Saya setuju dengan Tun Dr Mahathir yang menyatakan bahawa ada sesetengah perkara yang kita tidak boleh melanggarnya."

Najib berkata, jika blogger mengikut kriteria-kriteria tersebut, beliau percaya yang ianya memberi peranan yang baik untuk membina masa depan yang cerah untuk Malaysia dan Asean.

Najib berkata, kerajaan sekarang tidak hanya disaingi dengan menggunakan pasukan gerilla dan senjata semata-mata, tetapi juga dengan kewujudan cybertroops yang boleh menyebabkan kebangkitan rakyat dengan hanya menggunakan keyboard dan smartphones, seperti yang berlaku di Iran (Twitter) dan Mesir (Facebook).

"Rakyat Malaysia harus berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir sekali lagi untuk ini. Semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan Malaysia sedang membangunkan Multimedia Super Corridor, Tun telah berjanji kepada dunia bahawa Malaysia tidak akan menapis perkhidmatan internetnya. Kerajaan sangat komited dengan kebebasan itu; dan kita akan memegang janji itu."

Najib percaya bahawa internet adalah salah satu sumber untuk pertumbuhan ekonomi dan juga portal untuk membuka minda masyarakat.

"Rangkaian sosial, blogging dan microbogging dapat membawa negara lebih dekat dimana masyarakat dapat berkomunikasi sesama mereka secara langsung tanpa perlu menunggu untuk sehari mahupun seminggu untuk maklumat tersebut," katanya.

Persidangan selama dua hari itu, bermula dari semalam dengan tema "Blogging Mindfully and Responsibly" dianjurkan oleh Blog House Malaysia, sebuah persatuan yang menyediakan platform untuk menghasilkan satu mekanisma bagi melindungi kebanyakan blogger di blogosphere, terutama di Malaysia.

Tujuan persidangan ini adalah untuk membawa bersama blogger-blogger dari Asean dan untuk menggariskan halangan-halangan yang ditempuhi oleh blogger kesulitan yang mungkin dihadapi mereka dalam mengutarakan pandangan mereka dalam pelbagai isu seharian.

-Bernama-


Naik Chanselor UUM Hina MB Kedah.

Alor Setar - Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak (gambar) digesa memohon maaf terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berikutan kenyataannya kelmarin, yang dianggap tidak menghormati pemimpin tertinggi negeri.

Desakan itu dibuat oleh Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah (DPPNK) berikutan kenyataan lantang Dr Mohamed Mustafa yang menyifatkan Azizan hanya layak mengurus sekolah pondok, setelah Azizan mencabar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyerahkan UUM untuk diambil alih Kerajaan Negeri apabila universiti itu mempertikai pembayaran cukai tanah bernilai RM1.7 juta setahun.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, DPPNK memandang pandang serius perkara ini kerana selaku pegawai kerajaan, beliau tidak sepatutnya bertindak seperti itu,” katanya.

Muhammad Sanusi yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar berkata, Kerajaan Negeri berhak terima atau tolak permohonan rebat cukai tanah.

“Ia tidak terkecuali pada mana-mana tuan tanah, sama ada golongan berada atau petani sekalipun. Tiada yang merungut pun kecuali UUM, mungkin kerana mereka faham tanggung jawab sebagai pemilik tanah,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Dr Mohamed Mustafa yang mempertikai kemampuan Kerajaan Negeri untuk mengurus UUM kerana memerlukan bajet yang tinggi, mencecah RM300 juta setahun untuk mengurus 15,000 pelajarnya, Muhammad Sanusi berkata, Kerajaan Negeri mampu mengurus 2 juta penduduk hanya dengan pendapatan RM500 juta.

“Cukai tanah yang perlu dibayar UUM cuma 0.6 peratus daripada bajet berkenaan,” katanya.

Muhammad Sanusi turut mempertikai tujuan isu cukai tanah dan bekalan air di UUM dibangkitkan oleh Dr Mohamed Mustafa, memandangkan KPT sebelum ini tidak pernah mempersoal pembayaran cukai tanah terbabit.

Menurutnya, kewibawaan Azizan untuk mentadbir sebuah pusat pengajian tidak harus dipertikaikan, berikutan beliau berpengalaman selama 21 tahun dalam bidang IPT.

“Azizan pernah menjadi Ketua Jabatan di UKM, selain antara pengasas UIA dan menubuhkan fakulti syariah dan undang-undang di Universiti Mindanao, Filipina. Beliau juga yang memperluas program Kolej Universiti Insaniah daripada tujuh program kepada 42, malah membina kampus induk di Kuala Ketil dengan sumber terhad tanpa bantuan kewangan Pusat,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata, UUM tidak perlu memandang rendah terhadap pengurusan sekolah pondok, kerana pentadbiran pondok sekarang lebih baik. -SH
amkkdh



Sunday 24 April 2011

Kapal Terbang Buatan Malaysia Eagle Aircraft 150B

Sunday 24 April 2011
Eagle Aircraft 150B
Bagi yang belum mengetahui, Malaysia juga ada mengeluarkan sebuah kapal terbang iaitu Eagle Aircraft 150B yang dihasilkan oleh Composite Technology Research Malaysia (CTRM) dahulunya dikenali sebagai Eagle Aircraft Malaysia Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Batu Berendam, Melaka bersebelahan dengan Malaysian Flying Academy (MFA).
Eagle Aircraft 150B merupakan sebuah pesawat sebuah enjin, dua tempat duduk yang diperbuat daripada bahan komposit sepenuhnya bertujuan sebagai pesawat latihan untuk bakal pemandu kapal terbang (pilot).
Eagle Aircraft 150B by CTRM
Eagle Aircraft 150B merupakan kategori pesawat ringan (light aircraft) dan menggunakan tiga kawalan permukaan untuk daya angkatnya iaitu canard(selalunya ada pada muncung jet), main plane (selalunya pada high wing aircraft seperti glider) dan penstabil mengufuk (horizontal stabilizer).
Eagle Aircraft pada mulanya direka dan dibina oleh Eagle Aircraft Pty Limited, Australia, tetapi kini ia dihasilkan oleh CTRM, Malaysia sahaja. Ia dimulakan oleh pereka cipta dari Australia Barat, Neil Graham dan ayah nya Deryck Graham iaitu Eagle X-TS yang dinamakan sebagai Eagle Aircraft 150A.
Kemudian, seorang airfoil designer dari Amerika, John Roncz mereka bentuk semula pesawat itu untuk memenuhi syarat JAR VLA (Joint Aviation Requirements Very Light Aircraft) dan dinamakan sebagai Eagle Aircraft 150B yang menampilkan ciri-ciri kestabilan, kekuatan bahan binaan dan ciri-ciri keselamatan yang tinggi.
Kini, hak penghasilan dan pengeluaran dimiliki oleh oleh CTRM yang membeli hak pengeluaran sebagai a full Malaysian venture.
Lokasi CTRM: Terletak di belakang lapangan terbang Batu Berendam, Melaka dan bersebelahan dengan Malaysian Flying Academy (MFA).

airasri.com


Lagi Artikel Menarik