{{{{{{{{{ Promosi Hebat! }}}}}}}}}}

Jom Buat Duit Dengan Churp2
Jom Buat Duit Dengan Churp2!
Anda BERRY yang mana?
Contest Siapa Paling Comel
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Rakyat Malaysia Hebat Ber-FB!
Tukar iPad kepada iPhone!
Seksi betul..
Seksi betul..
Hanya Komen di FB Untuk Menang!
Kalau Rasa Hebat Tengok Neh..!
Submit Blog Pon Boleh Menang RM 5000!
Kan best kalau dapat bilik tidur camneh.
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!

Saturday, 7 May 2011

Saman Doktor Kerana TIdak Dapat Menutup Mata

Saturday, 7 May 2011
Seorang wanita yang mendakwa tidak boleh menutup matanya bahkan ketika dia tidur akan menyaman seorang doktor bedah plastik.

Marilyn Leisz, dari New Jersey, berkata ia bertemu Dr Paul Parker untuk menjalankan prosedur untuk memperbaiki benjolan di kelopak matanya kerana melakukan pembedahan kecil yang dilakukan oleh doktor lain.

Dia sekarang tidak dapat menutup matanya untuk berkelip ataupun tidur dan harus menggunakan ubat titik dan gel untuk memastikan matanya tidak rosak atau penglihatannya terganggu.


Pendakwa: Marilyn Leisz mendakwa operasi pembedahan plastik yang dilakukannya menyebabkan ia tidak lagi dapat memejamkan matanya.
Masalah: Leisz mendakwa ia tidak lagi dapat melakukan aktiviti yang disukainya seperti bermain tenis, badminton, berbasikal atau menunggang kuda dan mengalami kesulitan ketika memandu.

Dia mendakwa Dr Parker lalai dan dia tidak memperingatkan dirinya risiko yang terlibat di dalam prosedur.

Bercakap kepada CBS dia berkata: "Beginilah keadaan ketika saya tidur. Itulah keadaannya 24jam seminggu, 365 hari setahun.


"Saya hanya boleh menutup mata seperti ini, jika terpaksa hendak berkelip saya harus memaksa mata saya."

Dr Parker menghadapi pendakwaan dari seorang ibu kepada dua anak di mahkamah, di mana ia mendakwa pesakit telah diberi amaran dan risiko serta diberi brosur yang berkaitan. Ia juga berkata bahawa pesakit tidak merungut setelah selesai operasi mata (blepharoplasty)
pada 2005.

Lalai:? Dr Parker mengaku sepenuhnya menjelaskan risiko kepada Ibu Leisz sebelum prosedur dan memberinya brosur yang menjelaskannya.

Doktor itu bagaimanapun menegaskan bahawa di antara perkara yang diperingatkan kepada Leisz ialah kemungkinan penutupan kelopak matanya mungkin tidak sempurna dan kekeringan. Dia juga mengikut standard dalam melaksanakan prosedur.

Leisz berkata dia pernah menjalani dua blepharoplasty sebelum ini, oleh itu dia bukan calon yang ideal untuk operasi ini kerana sudah terlalu banyak kulit dari kelopak matanya dibuang.

"Dia sepatutnya jujur ​​dengan saya dan memberitahu bahawa saya bukan calon yang sesuai dan menyarankan pilihan lain bagi saya," katanya.

Leisz berkata dia perlu menggunakan gel pada malam hari dan vaporizer supaya dia tidak menggaru matanya. Dia juga berkata semakin kehilangan keupayaan penglihatannya.



"Blepharoplasty
Blepharoplasty ialah pembedahan plastik untuk mengubahsuaian kelopak mata. Lebihan seperti kulit dan lemak akan dibuang atau diatur pada posisi kedudukannya, otot sekitarnya dan tendon akan diperkuatkan.
Ia boleh dikategorikan sebagai operasi untuk membaiki berfungsi dan operasi kosmetik.
Ini meningkatkan penampilan kelopak mata atas, kelopak mata bawah, atau kedua-duanya, dan memberikan penampilan 'remaja' untuk kawasan sekitar mata, menjadikan anda kelihatan lebih rehat dan waspada.
Harga untuk menjalani prosedur ini diantara apa saja dari $2500 - $3,500 (RM 12 ribu - RM 16 ribu lebih).
Risiko kemungkinan dihadapi ialah ketidakupayaan untuk menutup mata sepenuhnya dan dalam kes yang lebih ekstrim, akan menyebabkan kelopak mata bawah tertarik lebih ke bawah.


Lagi Artikel Menarik