{{{{{{{{{ Promosi Hebat! }}}}}}}}}}

Jom Buat Duit Dengan Churp2
Jom Buat Duit Dengan Churp2!
Anda BERRY yang mana?
Contest Siapa Paling Comel
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Rakyat Malaysia Hebat Ber-FB!
Tukar iPad kepada iPhone!
Seksi betul..
Seksi betul..
Hanya Komen di FB Untuk Menang!
Kalau Rasa Hebat Tengok Neh..!
Submit Blog Pon Boleh Menang RM 5000!
Kan best kalau dapat bilik tidur camneh.
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!

Monday, 25 April 2011

[PANAS!] UMNO Iktiraf Wang Warga Emas Kerajaan Pulau Pinang!

Monday, 25 April 2011

Ini story terhangat abad ini Pulau Pinang dan negeri sewaktu dengannya. Umno yang sekian waktu kencing Program Warga Emas Pulau Pinang yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat mungkin terkucil atau giler meroyan lepas ini.

Pimpinan Umno negeri telah mengiktiraf program berkenaan dengan menandatangani dan menyokong permohonan warga emas untuk mendapatkan wang ehsan itu.

Tahun lepas, geng Umno meraban termasuk Datuk Azhar (Penaga) dan rakan-rakan telah menghambur pelbagai macam cerita termasuk kononnya wang RM100 yang diberikan kepada warga emas sebagai hasil wang judi. Dari Kepala Batas, Bukit Mertajam dan Balik Pulau.. Umno mendakwa telah kutip semula wang pemberian kerajaan negeri kepada warga emas atas dasar mereka menolaknya kerana ia sumber haram.

Namun sampai sekarang belum ada senarai nama warga emas yang menolak dikemukakan Umno.

Tahun ini, program berkenaan diteruskan dan ribuan warga emas telah menyerbu bank-bank bermula Sabtu lepas sama ada untuk mengambil wang RM100 ataupun RM1,000 (khairat kematian) yang dibayar kepada waris .

Setakat ini, UMNO membisu seribu bahasa atau sedang menyusun peluru untuk menembak angin.

Baca dan lihatlah sendiri tandatangan pada borang berkenaan yang diterima oleh Penyelaras Kadun Sungai Dua, Sdr Fahmi. Foto menceritakan segalanya. Jangan segan-segan, jangan malu-malu... jangan duduk rengang-rengang....   -PASPB-


masa puak2 tu merintah Pulau-Pinang dulu, satu sen pon rakyat tak dapat!


[PANAS!] Video-Video Lucah Anwar Ibrahim Di Luar Negara Pulak!

Politik lucah yang menjadi amalan gerombolan songkok tinggi, terus dimainkan oleh blogger-blogger pro-gerombolan. Mereka kini jelas sekali mempersetankan pandangan serta fatwa para ulama dan mufti sebaliknya bersungguh-sungguh mahu menyebarkan dan mengaibkan Anwar Ibrahim dengan video-video lucah dan skandal-skandal seks.

Isu jam omega dan pelacur cina sebelum ini tidak cukup kuat untuk menjatuhkan Anwar memandangkan terlalu banyak percanggahan fakta-fakta membuatkan ia telah menjadi cerita lucah yang lucu. Pelacur bertukar menjadi Pelajar Kolej Swasta, Hotel dah jadi kondominium, jam Omega pula dicuri bersama-sama kad pendaftarannya sekali. Pemilik jam omega juga gagal dibuktikan. Datuk T sudah menjadi Datuk Tongong.

Bagi menutup kepincangan video lucah sebelum ini yang sudah terbongkar, gerombolan songkok tinggi yang juga kaki video seks, terpaksa meletupkan isu video seks yang baru, supaya rakyat lupa kepada kepincangan video seks sebelum ini. Dengan ini Rakyat Malaysia akan terus menyokong kerajaan Barisan Nasional berkat hidayah dari video-video seks yang bakal dibongkarkan kononnya.


[PANAS!] AC Mizal Masuk UMNO!

Penyertaan AC mizal dan isterinya ke dalam UMNO, memang sangat bertepatan atau dalam bahasa Indonesianya sangat cocok. Perjuangan AC Mizal selama ini memang sangat sesuai diteruskan di dalam UMNO dan Barisan Nasional. Watak dan peribadi artis terkenal itu sangat mirip dengan para pemimpin yang ada di dalam UMNO.



Tahniah kepada AC Mizal kerana memilih UMNO sebagai platform untuk meneruskan perjuangan. Perjuangan meneruskan perniagaan menjual gelang Tungsten ajaib yang mampu menjadikan pemakainya kuat laksana "Badang". Mampu menjadikan pemakainya untung berjuta-juta kerana kuasa gelang AC.

Gelang beli harga 25 Dollar, tapi jual sampai RM1000, dan jual pula kepada anak-anak Melayu dengan umpan kononnya boleh untung berjuta-juta, inilah perjuangan yang akan diteruskan bersama pemimpin UMNO yang lain.




-milosuam-


Lagi Artikel Menarik