{{{{{{{{{ Promosi Hebat! }}}}}}}}}}

Jom Buat Duit Dengan Churp2
Jom Buat Duit Dengan Churp2!
Anda BERRY yang mana?
Contest Siapa Paling Comel
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Rakyat Malaysia Hebat Ber-FB!
Tukar iPad kepada iPhone!
Seksi betul..
Seksi betul..
Hanya Komen di FB Untuk Menang!
Kalau Rasa Hebat Tengok Neh..!
Submit Blog Pon Boleh Menang RM 5000!
Kan best kalau dapat bilik tidur camneh.
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!

Tuesday, 17 May 2011

[PANAS!] Remy Ishak Semakin Intim Dengan Tiz Zaqyah

Tuesday, 17 May 2011
Dengan hangatnya cerita tentang Filem Nur Kasih The Movie yang akan di tayangkan pada 19 mei 2011 cerita tentang hubungan intim Remy Ishak dan Tiz Zaqyah juga semakin hangat diperkatakan. Cerita mengenai hubungan mereka bukan lagi perkara baru, hubungan mereka telah hangat diperkatakan sejak januari lalu apabila Remy Ishak mengaku tidak lagi bersama Ummi Nazira.
Remy Ishak mulai berkawan rapat dengan Tiz Zaqyah sejak januari tahun ini. Tiz Zaqyah sememangnya digandingkan di dalam filem Nur Kasih The Movie membuatkan hubungan mereka lebih intim. Hubungan mereka menjadi tumpuan apabila pasangan umpama pinang dibelah dua ini digandingkan didalam Filem Nur Kasih The Movie jom kita lihat gambar-gambar yang menghangatkan lagi cerita mengenai hubungan mereka walaupun ini merupakan babak didalam Filem Nur Kasih The Movie.


Sunday, 15 May 2011

Isu Kristian agama rasmi : Ibrahim Ali : 'Kalau nak perang salib boleh'

Sunday, 15 May 2011
“Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan sambut…Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut. “Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan darah,” katanya disambut tepukan kira-kira 150 hadirin. 


“Ini satu cabaran ke arah kedaulatan umat Islam yang majoriti Negara ini…Mula dengan bangsa berjangkit dengan agama. Bila bangkit soal agama ertinya soal jihad,” tegas Ibrahim.

Ahli parlimen Pasir Mas itu mendakwa kumpulan minoriti berani mencabar ketuanan Melayu dan Muslim kerana mereka digalakkan oleh ketua umum PKR Datuk Anwar Ibrahim untuk menarik undi mereka.

“Ramai orang Kristian di Malaysia orang Cina. Orang Kristian (di dunia) ramai di Amerika Syarikat. Tali barut Amerika Syarikat di Malaysia Anwar Ibrahim. Kita nampak, dah masuk saf-safnya,” katanya.
 



Baca ulasan selanjutnya kat sini >> amenoworld


Terkini ! Ulama besar Syria Sheikh Dr Wahbah pertahan dan berdoa untuk Anwar Ibrahim


Selepas Sheikh Yusof Qardawi, kini Sheikh Wahbah pertahan Anwar Ibrahim dengan tegas !

Tolak FITNAH LIWAT dan Video Seks ke atas Anwar Ibrahim




SHAH ALAM, 15 MEI : Ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini berdepan dengan kes rakaman video fitnah seksnya, “sangat wajar mengadu terus ke hadrat Allah S.W.T.”


“Saya kenal Anwar Ibrahim begitu lama, beliau seorang yang baik dan bersih. Sangat wajar beliau mengadu terus ke hadrat Allah s.w.t dari menyibukkan diri dengan isu-isu politik yang remeh-temeh ini,” kata beliau pada program anjuran bersama Persatuan Ulama Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, semalam.


Semalam, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang mengaitkan Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, dengan video seks, yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang itu, tidak akan masuk syurga.



Saturday, 14 May 2011

Filem Porno Pertama Di Dunia Dalam Bentuk 3D

Saturday, 14 May 2011




Mungkin ramai kot yang dah tahu yang HONG KONG [china] telah membuat filem 3D porno pertama di dunia. Tapi ada beberapa fakta yang aku nak share kat korang. Tak sangka rupanya filem neh mendapat sambutan yang WORLD! diseluruh dunia. Hehehe..

Ingatkan malaysia je dilanda banjir porno. Rupanya 1dunia pun turut memornokan diri masing2 secara global. Baca bawah dulu ;



Inikah lelaki yang bercinta dengan Saida kakak Datuk Siti Nurhaliza?


Kisah rumahtangga Saida, kakak kepada Datuk Siti Nurhaliza sedang hangat diperkatakan. CSI gossip forum Cari yang hebat telah berjaya mendapatkan gambar lelaki yang dikatakan menyebabkan Saida ‘angau’. Inilah beliau yang dimaksudkan, tuan punya badan bernama Hafiz Che Mat.


Thursday, 12 May 2011

Facebook Fara Fauzana Di Hack!

Thursday, 12 May 2011
WOW.. betul kah fb fafau dihack? Baru2 neh fb hot.fm kena hack. Kecoh beb. Aku fikir mungkin ada kaitan kedatangan piem ke hotfm yang bikin aku bengkek. Sudah ku luah kan disini. Lihat bawah ;




Hehehhe.. bala bala.. apa nama? Thanks piem sebab datang ke hotfm. Seme atas jasa fafau. Hehehe.. sabarlah ye fafau. Nak buat macam mana.. kan best apa undang piem datang ke hotfm. Kena redha je lah. Fb leh bikin baru ma.. ce terai jemput bik mama pula.. heheheh..

Fafau terpapau..


Wednesday, 11 May 2011

[PANAS!] Video Budak-Budak Bercium!

Wednesday, 11 May 2011


Video yang paling banyak ditonton di Youtube pada minggu ini jatuh kepada "High Five For First Kiss". Video yang memaparkan dua orang budak (adik-beradik kalau tak salah aku) bercium (biase-biase je) antara satu sama lain buat kali pertama! High-5 sikit! Haha


Video yang baru sahaja diupload pada 4 Mei ini telah ditonton hampir 7 juta kali dan menjadi video yang paling hangat di Youtube dan Facebook ketika ini. Sangat sweet. Tengok reaksi budak lelaki tuh apabila dicium oleh dia punya kakak/kawan (kot!).



Apa Itu Grapevine? Iklan Terbaru Churpchurp Dan Nuffnang?

churpchurp grapevine by nuffnang Apa itu Grapevine? Iklan terbaru ChurpChurp dan Nuffnang?Salam 1bloggers,
Korang pernah dengar ke apa itu Grapevine? Kalau korang selalu periksa akaun ChurpChurp korang, mesti korang akan perasan kehadiran kempen baru yang dinamakan Grapevine ni. Ya, Grapevine adalah satu bentuk iklan terbaru daripada pihak ChurpChurp dan Nuffnang yang menawarkan ganjaran berganda.


Monday, 9 May 2011

[PANAS!] Wardina Kena Kutuk Dan Hina

Monday, 9 May 2011
Fack U. Panas siot aku baca komen haramjadah dari orang yang memusuhi aku sampai abadi. Aku yang tidak memusuhi dia sampai abadi merasakan dia neh memang berotak biol sebab dia sanggup kutuk wardina yang tak bersalah. Hey come on lah.. wardina dah berubah. Kot ye pun nak tegur.. tegurlah orang yang belum berubah. Heran aku.. korang baca sendiri kat bawah neh kutuk2 mereka terhadap wardina ;





Sunday, 8 May 2011

[PANAS!] Gambar Artis Melayu Nampak Buah Dada Dan Punggung

Sunday, 8 May 2011

Nie hah aku bagi kat korang gambar besar punya. Tak payah dah korang susah payah nak gi zoom gambar neh. Oi oi oi, dah tengok tu, tengok sekali pandang sudah la. Tak payah la nak scan lama-lama. Keh keh keh. Galak sungguh eh korang bab-bab neh.




Saturday, 7 May 2011

[PANAS!] Kristian akan jadi Agama Rasmi Malaysia?

Saturday, 7 May 2011
PAPARAN muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini terpampang tajuk besar "Kristian Agama Rasmi?". Jelas sekali tanpa berselindung, niat akhbar rasmi milik gerombolan songkok tinggi itu mahu mencetuskan perasaan benci rakyat beragama Islam di negara ini kepada orang-orang Kristian. Dengan berbekalkan artikel provokasi dari blog-blog jalanan gerombolan songkok tinggi, Utusan kini jadi medium menanam kebencian dan memecah belahkan rakyat Malaysia.


Seperti yang pernah didedahkan di MiLo SuaM sebelum ini, taktik terbaru Najib Tun Razak pada Pilihanraya Umum kali adalah dengan mendapatkan "undi solid" 70% kaum Melayu melihatkan rekod PRK dan PRN Sarawak sebelum ini, kaum Cina sudah tidak mahu lagi mengundi Barisan Nasional. Maka isu kaum dan isu agama akan digunakan.


[PANAS!] Siti Nurhaliza Kena Perli Pasal Tudung

Baru-baru neh siti nurhaliza uploaded gambar terbaru dia ketika bercuti di luar negara. Gambar yang dimaksudkan ialah di bawah ini ;



Selepas tue siti nurhaliza di perli di twitter nya .. lihat bawah ;




Wednesday, 4 May 2011

Al Qaeda Tidak Pernah Wujud

Wednesday, 4 May 2011


Existence of "Al-Qaeda" Is Crap; Quite Literally

Apakah Osama sengaja memilih nama rangkaian keganasan beliau secara berjenaka ataupun itu sebenarnya pangkalan data yang digunakannya untuk berborak dengan petugas CIA?

Oleh : Paul Joseph Watson/Prison Planet.com October 6 2006

Asal-usul nama Al Qaeda dan maksud sebenarnya dalam Bahasa Arab menunjukkan setiap kali pentadbiran Bush, Fox News ataupun mana-mana individu yang menyebut akan ancaman “Al Qaeda” sebagai “satu mandat untuk berperang dan kuasa tempatan yang otokratik, mereka sesungguhnya menyebarkan satu mitos bahawa kumpulan itu sebenarnya tidak pernah wujud.
Pertubuhan yang diberi nama “Al Qaeda tidak pernah wujud selain daripada segala penipuan wujudnya sel-sel ganas, yang kebanyakannya digembar-gemburkan oleh kumpulan perisikan Pakitsan ISI), Mossad, Arab Saudi, M16 dan CIA, dan kewujudannya adalah sebagai tindak balas kepada tindakan Amerika ekoran peristiwa 9/11. Demikian yang dilaporkan oleh NIE.


[TERBARU] Petrol RON 97 naik 20 sen lagi menjadi RM2.90


azlan


Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.

Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.


Tuesday, 3 May 2011

[GEMPAR!] Video Presiden Barack Obama Mengamuk

Tuesday, 3 May 2011



Video yang aku kongsikan ini bukan hanya untuk hiburan semata-mata. Sebaliknya ada mesej di sebaliknya jika dikaitkan dengan permasalahan politik yang melanda negara kita belakangan ini. Faham ke tak mesej yang nak disampaikan tu? Dah terang-terang boleh tengok kat video tu. Video yang diedit.

Jadi, salahlah bagi mana-mana pihak yang mendakwa sukar untuk memalsukan video seks Dato Sri Anwar Ibrahim itu. Dengan teknologi yang ada sekarang tidak mustahil untuk memalsukan video seks yang berdurasi 22 minit itu. Mungkin sebab itulah, kualiti video seks yang disiarkan itu tidak memuaskan dan sukar untuk mengenalpasti pelaku tersebut.

Memang sangat mahir orang yang edit video Obama ni. Sehingga tak dapat dikesan di mana bermulanya pemalsuan video itu jika pemilik video ini tidak menunjukkan di mana pemalsuan video ini berlaku.


Monday, 2 May 2011

[GEMPAR] Osama Bin Laden Meninggal Dunia

Monday, 2 May 2011
WASHINGTON, 2 Mei — Pemimpin rangkaian Al-Qaeda Osama bin Laden sudah meninggal dunia, demikian disahkan oleh Presiden Barack Obama sebentar tadi.

Jenazah Osama yang menjadi buruan Amerika Syarikat sejak lebih satu dekad lalu ditemui di sebuah rumah besar di Islamabad, Pakistan hari ini.

Obama mengesahkan laporan itu pada sidang media di sini hari ini (sebentar tadi, waktu Malaysia).

Osama mendahului senarai teratas orang dikehendaki oleh Washington sejak lebih satu dekad lalu.

Dalam pada itu laporan Reuters pula menyebut, menurut pegawai-pegawai Amerika Syarikat hari ini jenazah Osama telah dikesan oleh pihak berkuasa negara itu.

Laporan itu juga menyebut ia dilihat satu pencapaian besar bagi pentadbiran Obama dan pasukan keselamatan kebangsaannya.

Bekas Presiden George W. Bush telah berulang kali tertekad untuk membawa Osama, yang dilabel sebagai dalang peristiwa 11 September, sebelum tamat tempoh perkhidmatannya pada Januari 2009.

Obama menggantikan Bush pada awal 2009.

Osama, kelahiran Arab Saudi, berjaya membolosi buruan askar Amerika Syarikat dan militia Afghanistan di kawasan pergunungan Tora Bora sejak 2001.

Usaha mengesan Osama menjadi ‘dingin’ selepas beliau dikatakan hilang dan banyak maklumat risikan rasmi percaya beliau berselindung di Pakistan.

Sejak itu, Osama mencemuh Barat dan menyebarkan pandangan Islam militannya menerusi rakaman video.

Selain serangan 11 September, Osama juga dipertanggungjawabkan sebagai dalang serangan bom ke atas Kedutaan Amerika di Kenya dan Tanzania pada 1998 dan ke atas kapal perang USS Cole di Yemen dua tahun kemudian. [Msian Insider]


****************************************************************

According to President Obama:

Following up on breakthrough intelligence received ever since in October, last week the US military had gathered enough for intelligence to take action. An operation to bring Osama to justice.

Thus, the military targeted operation on a compound in Abbottabad, about 65km north of the Pakistani capital, Islamabad, in the morning.

After a firefight, Osama was killed and the US military immediately took custody of his body (1st May 2011, Sunday).


President Obama gave a simple but precise speech, amongst which he said:
"US will not be at war with Muslims, not against Islam. Coz Osama is not a Muslim; he's a mass murderer of Muslims. "  Well said, President Obama!



Sunday, 1 May 2011

Najib minta PAS keluar Pakatan

Sunday, 1 May 2011
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta PAS keluar daripada Pakatan Rakyat yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

najib tun razak may 2011"Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP (pakatan pembangkang)," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, dekat Kuala Terengganu.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Perdana Menteri berkata masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan BN dan Umno.

"Umno lahir di istana dan bukannya lahir di jalanan seperti PKR".

Najib berkata rakyat telah bijak untuk menilai kepimpinan yang benar-benar dapat memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

umno pasBeliau turut mengulas mengenai kemelut yang sedang berlaku membabitkan kepimpinan parti PKR.

"Semasa di Sarawak (pilihan raya negeri) baru-baru ini, penduduk rumah panjang pun bertanyakan jam Omega (milik Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim).

"Dan semalam kenapa nak halang orang nak bersumpah?," kata Najib yang merujuk kepada suasana tegang apabila hasrat Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berkenaan pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan Anwar, cuba disabotaj oleh penyokong ketua pembangkang itu.

Eskay ialah seorang daripada tiga individu yang menggelarkan diri sebagai Datuk "T" atau trio, yang terlibat mendedahkan video aksi seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang.

Najib berkata sudah tibanya rakyat menilai kepimpinan yang benar-benar layak untuk menerajui negara ini.

"Masa depan Malaysia ini adalah lebih terjamin dengan BN," katanya.

--Bernama


Thursday, 28 April 2011

MEMALUKAN!! TV3 Dikecam Biskop Gereja Katholik

Thursday, 28 April 2011
Seorang pemimpin Gereja Katholik membidas TV3 dengan tindakan mereka menyiar potongan dari video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar IbrahimTV3.

Biskop Paul Tan, yang juga Presiden Konferens Bikop-biskop Katholik Malaysia, mengecam tindakan itu sebagai sesuatu kebiadaban yang tidak boleh dimaafkan.

Sungguh memalukan.. Bukan Islam pun tahu implikasi buruk yang akan menimpa masyarakat berikutan siaran oleh TV3 itu yang kita tahu adalah Media yang dikuasai oleh UMNO..

Malangnya umat Islam sendiri bersungguh-sungguh mahu menayangkannya demi untuk menjatuhkan maruah seorang umat Islam hanya kerana dendam yang tak kesudah..


Ketua Gereja Kecam TV3 Kerana Tayangkan Siri Kedua Klip Video Seks
Petaling Jaya: Seorang pemimpin Gereja Katholik membidas TV3 dengan tindakan mereka menyiar potongan dari video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di TV3.

Biskop Paul Tan, yang juga Presiden Konferens Bikop-biskop Katholik Malaysia, mengecam tindakan itu sebagai sesuatu kebiadaban yang tidak boleh dimaafkan.

Semalam, stesyen TV yang ada kaitan dengan kerajaan tersebut telah menyairkan potongan dari apa yang disifatkan bahagian kedua video yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wanita dikatakan warga China.

“Dari awal lagi, kita melihat satu sikap yang serba membolehkan telah menjadi ciri kepada sikap pihak berkuasa terhadap episod jijik berkenaan,” kata Tan.

“Sekarang sikap itu menjadi lebih biadab: pemaparan bahan yang keji dan buruk dilkakukan di TV awam untuk ditontoni oleh seluruh rakyat lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak.

“Kebiadaban ini tidak boleh dimaafkan dimana kelemahan pihak berkuasa yang tidak bertindak tegas dari untuk menghapuskan ia dari peringkat awal sebagai satu kesilapan yang amat besar.

Tan menggesa pihak berkuasa untuk bertindak tegas dan mengheret mereka yang memiliki dan menayang video seks sebelum “satu kejahatan melahirkan lebih kejahatan lagi selepasnya.”

“Sikap membenarkan tayangan berkenaan, adalah relatifnya merupakan wajah kepada tindakan syaitaniah yang merupakan penyumbang jelas terhadap kerosakan moral yang kita temui di dalam kehidupan.

“Para penjaga undang-undang dan moral (pihak polis) tidak boleh membiarkan penayangan kejahatan yang kurang ajar ini. Mereka perlu bertindak, jika tidak rakyat akan menanggung risikonya,” tegasnya.


Terjemahan oleh Greenboc bersumberkan Malaysiakini


Tuesday, 26 April 2011

[PANAS!] Kempen Anti Kedai Mamak

Tuesday, 26 April 2011
OPERASI KEDAI MAMAK KOTOR TUJUH RESTORAN MAMAK DIARAH TUTUP DUA MINGGU DALAM OPS BERSIH 4.


KLANG: Sisa makanan tidak diuruskan, najis tikus bertaburan dan anak lipas merayap di dapur restoran. Sukar dipercayai tetapi itulah hasil penemuan operasi penutupan premis makanan dan penguatkuasaan dinamakan ‘Ops Bersih 4’ di Jalan Istana, di sini, baru-baru ini.

Pemilik restoran terbabit mendakwa dapurnya sebelum ini dalam keadaan bersih dan terurus tetapi alasan terbabit gagal melepaskan dirinya daripada dikenakan tindakan tegas bahagian penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Sentral yang mengikuti operasi bersama Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Klang diketuai Timbalan Pemangku Pengarah Kesihatan MPK, Amran Jali mendapati kebanyakan premis yang diperiksa pasukan penguat kuasa itu meloyakan. 

Dalam operasi bulanan itu, pasukan berkenaan terpaksa melayan kerenah pengusaha restoran yang tidak berpuas hati apabila premis mereka dikenakan tindakan. 



Monday, 25 April 2011

[PANAS!] UMNO Iktiraf Wang Warga Emas Kerajaan Pulau Pinang!

Monday, 25 April 2011

Ini story terhangat abad ini Pulau Pinang dan negeri sewaktu dengannya. Umno yang sekian waktu kencing Program Warga Emas Pulau Pinang yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat mungkin terkucil atau giler meroyan lepas ini.

Pimpinan Umno negeri telah mengiktiraf program berkenaan dengan menandatangani dan menyokong permohonan warga emas untuk mendapatkan wang ehsan itu.

Tahun lepas, geng Umno meraban termasuk Datuk Azhar (Penaga) dan rakan-rakan telah menghambur pelbagai macam cerita termasuk kononnya wang RM100 yang diberikan kepada warga emas sebagai hasil wang judi. Dari Kepala Batas, Bukit Mertajam dan Balik Pulau.. Umno mendakwa telah kutip semula wang pemberian kerajaan negeri kepada warga emas atas dasar mereka menolaknya kerana ia sumber haram.

Namun sampai sekarang belum ada senarai nama warga emas yang menolak dikemukakan Umno.

Tahun ini, program berkenaan diteruskan dan ribuan warga emas telah menyerbu bank-bank bermula Sabtu lepas sama ada untuk mengambil wang RM100 ataupun RM1,000 (khairat kematian) yang dibayar kepada waris .

Setakat ini, UMNO membisu seribu bahasa atau sedang menyusun peluru untuk menembak angin.

Baca dan lihatlah sendiri tandatangan pada borang berkenaan yang diterima oleh Penyelaras Kadun Sungai Dua, Sdr Fahmi. Foto menceritakan segalanya. Jangan segan-segan, jangan malu-malu... jangan duduk rengang-rengang....   -PASPB-


masa puak2 tu merintah Pulau-Pinang dulu, satu sen pon rakyat tak dapat!


Lagi Artikel Menarik