Pada zaman kesultanan Melaka, tinggallah Mak Kuntum bersama anaknya Seri. Suami Mak Kuntum telah lama terkorban dalam pertempuran menentang musuh di Selat Melaka.
Adapun Mak Kuntum ini kerjanya mengambil upah mengurut. Setiap awal pagi, Mak Kuntum telah keluar dari rumahnya untuk mencari pelanggan. Tinggallah Seri seorang diri dirumah untuk menjalankan kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas rumah dan sebagainya. Begitulah kehidupan dua beranak ini setiap hari walaupun pada cuti umum.
Hendak dijadikan sejarah, pada suatu hari.. timbul rasa jemu dalam sanubari Seri kerana memasak nasi dengan cara yang sama. Begitu juga dengan lauk. Kalu tak ikan goreng, ikan gulai. Kalau tak ikan gulai, ikan bakar. Seri sudah muak dengan masakan tersebut.
Sebagai langkah alternatif, Seri mula memikirkan cara lain memasak nasi supaya terdapat kelainan pada rasa nasi. Mula-mula Seri memasukkan sedikit lengkuas kedalam nasi yang sedang dimasak. Oleh kerana masih tak berpuas hati, Seri mencampurkan sehelai daun pandan untuk menyerikan lagi nasi tersebut.
"Biar kewangian bau nasi yang dicampur dengan daun pandan dapat membangkitkan selera mak aku bila dia balik nanti. Tentu mak akan puji aku nanti." bisiknya didalam hati.
Pada waktu tengahari, Mak Kuntum pun pulanglah kerumah. Seri pun menghidangkan nasi ciptaannya itu. Terperanjatlah mak untum melihatkan nasi yang tidak pernah dilihat sepanjang hayatnya.
"Apa kau masak ni, Seri?"
"Nasi ler! Mak!" jawab Seri, berulangkali Mak Kuntum bertanyakan kepada Seri. Setiap kali juga Seri menjawap, "Nasi le! Mak!", "Nasi le! Mak!", "Nasi le! Mak!". Semenjak hari itu, lekatlah nasi tersebut dikenali dengan NASI LEMAK.
Begitulah ceritanya.....
0 comments:
Post a Comment