Sepertimana yang kita ketahui, perempuan dengan hiasan memang tidak dapat dipisahkan. Mereka suka bermekap agar kelihatan cantik dan menambahkan keyakinan diri. Pelbagai perkara yang mereka lakukan untuk menambahkan kecantikan termasuklah ada segelintirnya yang sampai cukur bulu kening.
Semasa zaman persekolahan dulu, pernah jugak ternampak ada seorang budak perempuan ini nampak macam dia cukur bulu kening. Tapi kalau tanya korang lah, mesti ramai lebih suka tengok perempuan yang mempunyai bulu kening yang tebal. Apakah hukumnya perempuan yang cukur bulu kening di sisi Islam?
- Menurut pandangan syara' adalah haram kepada seseorang perempuan mencukur bulu keningnya kerana itu bererti merubah ciptaan Allah dan merubah ciptaan Allah ini adalah dilarang keras di dalam Al-Quran.
- Perbuatan ini juga menyerupai masyarakat yang bukan Islam, sedangkan Islam sudahpun mempunyai identiti tersendiri dalam soal perhiasan.
- Di dalam sebuah hadis yang sahih melarang keras seseorang perempuan itu menyambung rambut rambutnya dan meminta orang lain menyambung rambutnya dan lain-lain, apalagi perbuatan mencukur buku kening. Kecuali jika bulu-bulu tersebut tumbuh di tempat-tempat yang tidak sepatutnya pada diri perempuan, dikala itu wajiblah menghilangkannya, seperti tumbuh bulu di pipi, tumbuh misai dan janggut seperti lelaki, kesemua bulu-bulu ini hendaklah dibuang kerana ia menjelekkan pemandangan seseorang perempuan.
Cute jugak apa bulu kening tebal. Buat apa nak cukur-cukur? |
0 comments:
Post a Comment