{{{{{{{{{ Promosi Hebat! }}}}}}}}}}

Jom Buat Duit Dengan Churp2
Jom Buat Duit Dengan Churp2!
Anda BERRY yang mana?
Contest Siapa Paling Comel
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Rakyat Malaysia Hebat Ber-FB!
Tukar iPad kepada iPhone!
Seksi betul..
Seksi betul..
Hanya Komen di FB Untuk Menang!
Kalau Rasa Hebat Tengok Neh..!
Submit Blog Pon Boleh Menang RM 5000!
Kan best kalau dapat bilik tidur camneh.
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!

Thursday, 5 May 2011

Rokok Facebook?

Thursday, 5 May 2011




Rasa macam nak try jer.. Nasib baik rokok ni palsu.. keh keh keh


Wednesday, 27 April 2011

Friendster Belum Mahu Menyerah Kepada Facebook

Wednesday, 27 April 2011
Menurut dari sumber yang aku baca, rangkaian sosial Friendster dikhabarkan akan dinaiktaraf untuk menyaingi rangkain sosial yang lain seperti Facebook. Oleh itu, mereka akan memadam semua gambar, maklumat, video dan komen bermula 31 Mei 2011.

Namun, Friendster akan menyediakan satu applikasi bagi pengguna mereka memuat-turun gambar, komen dan segala maklumat mereka di Friendster [BACA DI SINI]. Friendster merupakan sebuah rangkain sosial yang popular sejak 3 tahun lepas sebelum diambil alih oleh MySpace dan terbaru Facebook.

Jadi, bagi pengguna-pengguna Friendster yang masih aktif bolehla mem'back-up' segala maklumat-maklumat mereka sekarang. Friendster baru itu dikatakan akan mempunyai fungsi yang tidak terdapat di rangkaian sosial yang lain. Namun, Friendster tidak akan memadam akaun yang telah didaftar. Pengguna boleh login seperti biasa dengan menggunakan e-mail dan password mereka.

Bersedialah dengan kemunculan Friendster versi Beta yang baru nanti! Adakah Friendster akan kembali menyaingi Facebook? Kita tunggu dan lihat.


Thursday, 21 April 2011

Facebook Temukan Jodoh Zed Zaidi & Natalia

Thursday, 21 April 2011
KUALA LUMPUR: Pelakon Zed Zaidi, 31, atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil bakal menamatkan zaman bujangnya dengan Natalia Mustafa Kamal, 28, pada 29 April ini.

Majlis akad nikah akan diadakan di Restoran Felda Villa, di sini dengan tetamu terdiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Kedua-dua pasangan kemudiannya akan diraikan dalam satu majlis resepsi pada 7 Mei di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur dengan tema moden tradisional.

Menurut Zed, dia tidak melakukan upacara pertunangan sebaliknya terus melangsungkan acara ijab kabul.

“Acara pernikahan nanti akan dibuat secara sederhana sahaja dengan dihadiri keluarga kami sahaja. Mereka minta agar dibuat secara tertutup manakala majlis resepsi baru kami menjemput rakan-rakan dan media,” ujarnya.



Bercerita tentang detik perkenalannya dengan wanita tersebut yang juga ahli perniagaan, Zed memberitahu mereka bermula sebagai rakan Facebook sehinggalah kemudian bertukar menjadi rakan perniagaan sebelum hadirnya bibit-bibit cinta.

“Kami kenal di laman sosial Facebook sejak tahun 2008. Selepas itu saya tolong dia usahakan perniagaan dalam talian miliknya.

“Pada asalnya kami hanya rakan biasa sahaja sehinggalah selepas menunaikan umrah tahun lalu, saya mendapat petunjuk dialah calon yang paling sesuai untuk saya,” katanya.

Tambah Zed, Natalia merupakan seorang gadis yang memahami dan sentiasa setia dengannya.

“Dia sangat memahami kerjaya saya sebagai pelakon kerana dia pun dahulu pernah bekerja di TV3.

“Lagipun dia antara kawan yang sentiasa ada di sisi saya serta sanggup mendengar masalah saya,” ujarnya.

Ditanya tentang persiapan perkahwinan, Zed berkata, dia sedang dalam beberapa fasa terakhir untuk majlis tersebut.

“Semuanya keluarga sudah uruskan, saya sudah bercuti sejak 15 April lalu untuk urusan perkahwinan. Sekarang hanya tinggal beberapa perkara sahaja lagi yang belum selesai. Insya-Allah semua akan berjalan lancar,” ujarnya yang akan memberi tujuh dulang hantaran kepada pihak perempuan.

Zed turut merancang untuk membuka sebuah francais makanan bersama isterinya selepas bergelar suami isteri nanti.

Kad kahwin yang dihasilkan seperti laman sosial Facebook lambang pertemuan jodoh Zed Zaidi dan bakal isterinya.



Sumber: Mstar Online


Wednesday, 20 April 2011

[LAWAK] Harta Pusaka Peninggalan Nenek

Wednesday, 20 April 2011
YEYEAHHH!!


Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Husin pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya yang sedang sakit...

Nenek : Husin, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun-kebun nenek.

Husin : Jangan cakap macam tu, nek (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung, dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek.

Husin : Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu. Tapi di mana kebun nenek? Husin tidak pernah tahu yang nenek ada kebun?

Nenek : Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya.

Husin : ???


Lagi Artikel Menarik