{{{{{{{{{ Promosi Hebat! }}}}}}}}}}

Jom Buat Duit Dengan Churp2
Jom Buat Duit Dengan Churp2!
Anda BERRY yang mana?
Contest Siapa Paling Comel
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Rakyat Malaysia Hebat Ber-FB!
Tukar iPad kepada iPhone!
Seksi betul..
Seksi betul..
Hanya Komen di FB Untuk Menang!
Kalau Rasa Hebat Tengok Neh..!
Submit Blog Pon Boleh Menang RM 5000!
Kan best kalau dapat bilik tidur camneh.
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!

Sunday, 24 April 2011

Kapal Terbang Buatan Malaysia Eagle Aircraft 150B

Sunday, 24 April 2011
Eagle Aircraft 150B
Bagi yang belum mengetahui, Malaysia juga ada mengeluarkan sebuah kapal terbang iaitu Eagle Aircraft 150B yang dihasilkan oleh Composite Technology Research Malaysia (CTRM) dahulunya dikenali sebagai Eagle Aircraft Malaysia Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Batu Berendam, Melaka bersebelahan dengan Malaysian Flying Academy (MFA).
Eagle Aircraft 150B merupakan sebuah pesawat sebuah enjin, dua tempat duduk yang diperbuat daripada bahan komposit sepenuhnya bertujuan sebagai pesawat latihan untuk bakal pemandu kapal terbang (pilot).
Eagle Aircraft 150B by CTRM
Eagle Aircraft 150B merupakan kategori pesawat ringan (light aircraft) dan menggunakan tiga kawalan permukaan untuk daya angkatnya iaitu canard(selalunya ada pada muncung jet), main plane (selalunya pada high wing aircraft seperti glider) dan penstabil mengufuk (horizontal stabilizer).
Eagle Aircraft pada mulanya direka dan dibina oleh Eagle Aircraft Pty Limited, Australia, tetapi kini ia dihasilkan oleh CTRM, Malaysia sahaja. Ia dimulakan oleh pereka cipta dari Australia Barat, Neil Graham dan ayah nya Deryck Graham iaitu Eagle X-TS yang dinamakan sebagai Eagle Aircraft 150A.
Kemudian, seorang airfoil designer dari Amerika, John Roncz mereka bentuk semula pesawat itu untuk memenuhi syarat JAR VLA (Joint Aviation Requirements Very Light Aircraft) dan dinamakan sebagai Eagle Aircraft 150B yang menampilkan ciri-ciri kestabilan, kekuatan bahan binaan dan ciri-ciri keselamatan yang tinggi.
Kini, hak penghasilan dan pengeluaran dimiliki oleh oleh CTRM yang membeli hak pengeluaran sebagai a full Malaysian venture.
Lokasi CTRM: Terletak di belakang lapangan terbang Batu Berendam, Melaka dan bersebelahan dengan Malaysian Flying Academy (MFA).

airasri.com


Kenali Toyol

Toyol berperangai seperti anak kecil yang mempunyai susuk tubuh setinggi 50-60cm sahaja. Kulitnya merah kemerahan dan berwajah bulat dengan mata agak terkeluar sedikit. Dahinya menonjol, mulut lebar dan berkepala botak. Kegemarannya sama seperti anak kecil yang ingin dibelai dan mengikut apa yang dikehendakinya. Memiliki perwatakan sedikit nakal, suka mengomel tetapi licik dan pandai menjerumuskan manusia mengikut telunjuknya.


Ia adalah dari bangsa jin kafir yang kebanyakannya dipergunakan oleh manusia untuk mendapatkan wang dan menjadi kaya dengan cepat. Penggunaan toyol adalah merupakan kaedah ghaib bagi memperkayakan diri pemeliharanya yang jauh menyimpang dari ajaran agama dengan merompak dan mencuri harta benda orang lain secara ghaib.


Lisa Surihani Bercinta Dengan Yusry.

Ibarat bunga sedang berkembang, begitulah dapat disimpulkan mengenai hubungan mesra yang terjalin antara pengarah, Yusry Abdul Halim dan aktres Lisa Surihani. Meskipun kedengaran klise, kedua-keduanya tidak menafikan rapat dan sedang mengenali hati budi masing-masing. 

Bagai mengiyakan lagi hubungan mesra itu, Yusry memegang tangan Lisa yang menjerit ketakutan di dalam pawagam ketika menonton filem Seru bersama. 

Mengulas mengenai insiden itu, Lisa berkata dia dan Yusry bukan sengaja mahu mempamerkan kemesraan dan tidak merasakan Yusry mahu mengambil kesempatan. 

“Saya memang penakut apatah lagi bila menonton filem seram. Yusry ketika itu hanya mahu menenangkan saya. Saya rasa ia tidak seharusnya diperbesar-besarkan. 

“Ya, saya akui rapat dengan Yusry semenjak dua bulan lalu. Saya senang berkawan dengannya kerana dia bijak, sopan-santun, mempunyai visi dan misi dalam hidup. Kami juga banyak berbual dan berbincang mengenai pelbagai topik,” katanya kepada Sinar Harian. 

Ketika ditanya apakah dia tidak kisah memilih duda sebagai calon hidup, Lisa berkata dia tidak meletakkan apa-apa kriteria mengenai calon suaminya. 

“Soal jodoh pertemuan, Allah tentukan. Sebagai hambanya, saya tidak pernah meletakkan sebarang kriteria tentang calon suami. Saya mahu ia berlaku secara semula jadi. 

“Sebagai wanita, saya rasa tidak manis jika saya bercakap secara berlebihan mengenai hubungan ini. Masih terlalu awal untuk saya meramal apa yang akan berlaku selepas ini,” jelas Lisa. 

Sementara itu, Yusry yang dihubungi Sinar Harian mengakui selesa bersama Lisa dan menyifatkan Lisa sebagai wanita paling rapat dengannya sekarang. 

“Saya rasa perkataan intim yang disiarkan dalam akhbar baru-baru ini mungkin kurang tepat. Tapi saya akui kami rapat. Cuma masih terlalu awal untuk saya mengatakan akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini. 

“Lisa seorang yang sopan, baik budi pekerti dan saya selesa bila berada di sisinya. Saya akui, bila ada masa terluang, saya akan keluar bersama Lisa. Jika benda itu berlaku, saya tidak kisah mengakui perkara yang berlaku. 

“Buat masa ini saya masih belum membawa Lisa berjumpa keluarga. Masih terlalu awal untuk berbicara soal perkahwinan. Apa yang penting saya ikhlas mahu berkawan dengan Lisa,” katanya. 

Mengulas mengenai isu memegang tangan Lisa baru-baru ini, Yusry berharap perkara itu tidak diperbesarkan kerana dia hanya mahu menenangkan Lisa yang ketakutan ketika itu.


-sinarharian-



Lagi Artikel Menarik