{{{{{{{{{ Promosi Hebat! }}}}}}}}}}

Jom Buat Duit Dengan Churp2
Jom Buat Duit Dengan Churp2!
Anda BERRY yang mana?
Contest Siapa Paling Comel
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Rakyat Malaysia Hebat Ber-FB!
Tukar iPad kepada iPhone!
Seksi betul..
Seksi betul..
Hanya Komen di FB Untuk Menang!
Kalau Rasa Hebat Tengok Neh..!
Submit Blog Pon Boleh Menang RM 5000!
Kan best kalau dapat bilik tidur camneh.
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!

Wednesday, 18 May 2011

Rintihan, Hembusan dari Lokap Mona Fendy

Wednesday, 18 May 2011
NGERI...lokap dan kawasan lokap di IPD Raub yang menempatkan Mona dan suaminya.



RAUB: Suara rintihan pada lewat tengah malam, hembusan nafas di tengkuk yang meremangkan bulu roma dan perasaan seperti diperhatikan seseorang, antara pengalaman seram ditempuhi anggota polis bertugas di lokap yang pernah menempatkan Mona Fandey bersama suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka, Juraimi Hussin, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.



Sunday, 8 May 2011

Mayat Bergerak

Sunday, 8 May 2011


KANGAR: Menggemparkan apabila ‘mayat’ seorang warga emas yang dikatakan meninggal dunia di sebuah rumah di Pangsapuri Seri Sena, sejak dua hari lalu, tiba-tiba bergerak sebelum dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan, kelmarin.

Khaw Sui Liong, 54, ditemui oleh dua rakannya dalam keadaan kaku dan tertiarap seolah-olah tidak bernyawa di atas tilam sebuah bilik di sebuah rumah di tingkat enam Blok B pangsapuri berkenaan, jam 5 petang.

Terkejut dengan penemuan itu, seorang daripada mereka, Mohd Zawari Zain, 31, memaklumkan jiran bersebelahan sebelum menghubungi polis.


Wednesday, 4 May 2011

Tips Berdepan Dengan Hantu

Wednesday, 4 May 2011
Korang jangan ingat nak jawab exam je ada tips. Nak fight dengan hantu pon ada tips taw tak? Neh hah aku nak kongsi sikit tips-tips kalau korang terserempak dengan hantu. Tips ni telah diguna sejak turun-temurun. Setakat mana keberkesan tips ini aku tak tahula. Aku tak penah la pulak praktikkan sebab tak penah jumpak lagi.

Mintak simpang malaikat 44 oo..Tak maw la aku. Keh keh keh. Korang apa macam? Ada bran ka nak jumpak hantu? Kalau terer sangat buatla seperti yang tertera di bawah...



Thursday, 28 April 2011

Wajah Misteri Pada Batang Pokok Akasia

Thursday, 28 April 2011

Gambar-gambar berikut adalah screenshot dari berita TV9 yang melaporkan terdapat wajah misteri pada batang pokok Akasia (ada yang kata pokok sabun).

Ini pula laporan berita dari Sinar Harian,


GUNUNG KERIANG - Penduduk sekitar kawasan pusat rekreasi di sini digemparkan dengan penemuan pokok yang dipercayai menyerupai wajah manusia.

Pokok yang dikenali dengan ‘pokok sabun’ oleh masyarakat setempat itu dipercayai menyerupai bentuk wajah manusia sejak seminggu lalu dan dikatakan menjadi lokasi aktiviti pemujaan.

Pengunjung, Muhammad Azwan Mansor, 24, berkata, pengunjung tidak dapat melihatnya secara jelas melalui mata kasar malah, mereka perlu mengambil gambar dan objek itu akan kelihatan lebih jelas menerusi gambar yang diambil.

Menurutnya, pelbagai andaian yang dibuat apabila melihat wajah yang timbul pada bahagian pemeluk pokok itu namun, terpulang kepada kepercayaannya masing-masing.

“Ada yang menyatakan ia sekadar ukiran namun, bagi saya ia mungkin terbentuk daripada rekahan kulit pokok itu sendiri,” katanya.

Penduduk, Mohd Tazri Seman, 30, berkata, sebelum ini taman rekreasi itu menjadi tumpuan pengunjung pada sebelah petang namun, sejak berlakunya kejadian itu kawasan berkenaan sentiasa dikunjungi tanpa mengira waktu. - Sinar Harian

Lagi gambar wajah misteri pada pokok Akasia.








Sunday, 24 April 2011

Kenali Toyol

Sunday, 24 April 2011
Toyol berperangai seperti anak kecil yang mempunyai susuk tubuh setinggi 50-60cm sahaja. Kulitnya merah kemerahan dan berwajah bulat dengan mata agak terkeluar sedikit. Dahinya menonjol, mulut lebar dan berkepala botak. Kegemarannya sama seperti anak kecil yang ingin dibelai dan mengikut apa yang dikehendakinya. Memiliki perwatakan sedikit nakal, suka mengomel tetapi licik dan pandai menjerumuskan manusia mengikut telunjuknya.


Ia adalah dari bangsa jin kafir yang kebanyakannya dipergunakan oleh manusia untuk mendapatkan wang dan menjadi kaya dengan cepat. Penggunaan toyol adalah merupakan kaedah ghaib bagi memperkayakan diri pemeliharanya yang jauh menyimpang dari ajaran agama dengan merompak dan mencuri harta benda orang lain secara ghaib.


Saturday, 23 April 2011

Mati Jatuh Bangunan Akibat Dirasuk!

Saturday, 23 April 2011




SENTUL – Seorang pekerja kontraktor dikatakan dirasuk hantu, ditemui mati dipercayai akibat jatuh dari rumahnya di tingkat tiga, flat empat tingkat di Jinjang Selatan dekat sini. 

Mangsa, dikenali Sou Hong, 36, ditemui jirannya atas rumput di belakang bangunan terbabit, kira-kira jam 10 pagi, semalam. 

Kakak mangsa yang enggan dikenali berkata, dia percaya adiknya itu jatuh selepas dirasuk hantu. 

“Sebelum ini, kami sudah dua kali bawanya berjumpa pakar perubatan tradisional, tetapi semuanya menemui jalan buntu. 

“Hari ini (semalam) kami bercadang membawanya menemui seorang lagi pakar perubatan tetapi, tidak kesampaian,” katanya. 

Dia yang tinggal di kawasan berhampiran berkata, sebelum mayat adiknya itu ditemui, meja di kawasan tempat bersembahyang di sudut rumah itu didapati berselerak. 

“Saya percaya kerana dirasuk, adik saya bertindak demikian sehingga nekad jatuh melalui tingkap rumah,” katanya. 

Menurutnya, dia tidak percaya adiknya itu terjun kerana mempunyai masalah kewangan memandangkan dia mempunyai wang simpanan di bank. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat mangsa. 

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat dan setakat ini polis mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut.


-sinarharian-





Tuesday, 19 April 2011

Bangkai Makhluk Asing Ditemui Di Rusia (Video)

Tuesday, 19 April 2011




ULAN-UDE - Satu klip video yang bocor di Internet menunjukkan satu bangkai mahkluk asing ditemui di wilayah Siberia, Rusia, lapor laman Allnewsweb.com kelmarin.

Bangkai berkenaan ditemui di kawasan bersalji selepas satu objek besar dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) bercahaya merah jambu dan biru menjunam ke Bumi sebelum terhempas di wilayah Irkutsk lebih sebulan lalu.

Kejadian itu disaksikan ratusan penduduk setempat manakala satu pasukan terdiri daripada beberapa ejen perkhidmatan rahsia dan pegawai Kementerian Sains Rusia tiba di lokasi kejadian beberapa jam kemudian.

Insiden yang jarang berlaku itu turut mendapat liputan meluas di Rusia termasuk agensi berita rasmi Interfax tetapi ia dipinggirkan oleh media Barat, dipercayai bagi menyembunyikannya daripada pengetahuan umum.

Klip video tersebut yang menunjukkan bangkai makhluk asing yang ditemui di wilayah Republik Buryatia, Siberia, tidak jauh tempat UFO itu terhempas di wilayah Irkutsk kini boleh ditonton di laman YouTube.

Makhluk asing itu terselamat dalam nahas udara itu ia tetapi mati tidak lama kemudian ekoran iklim sejuk Rusia yang ekstrem. - Agensi - KosmoOnline




Boleh percaya ke ni?


Lagi Artikel Menarik