{{{{{{{{{ Promosi Hebat! }}}}}}}}}}

Jom Buat Duit Dengan Churp2
Jom Buat Duit Dengan Churp2!
Anda BERRY yang mana?
Contest Siapa Paling Comel
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Rakyat Malaysia Hebat Ber-FB!
Tukar iPad kepada iPhone!
Seksi betul..
Seksi betul..
Hanya Komen di FB Untuk Menang!
Kalau Rasa Hebat Tengok Neh..!
Submit Blog Pon Boleh Menang RM 5000!
Kan best kalau dapat bilik tidur camneh.
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!

Wednesday, 18 May 2011

5 Litar Paling Bosan Dalam Sejarah Formula 1

Wednesday, 18 May 2011
Harini aku stop jap pasal politik. Kita sembang pasal sukan pulak. Dalam post ni aku nak share sikit ngan korangyang TERBACA post ini dengan sengaja ataupon tidak sengaja. Bagi yang sengaja tu konfem korang memang peminat Formula 1 macam aku. Heheh.

F1 ni macam sukan-sukan yang lain jugak, ada kriteria-kriteria yang tersendiri sebagai faktor penarik para peminat sukan ini. Litar bersejarah seperti Spa-Francorchamps, Silverstone dan Suzuka memang salah satu litar yang dapat menganjurkan perlumbaan yang klasik, manakala litar moden seperti Litar Yas Marina, Sepang dan Shanghai disukai kerana reka bentuk yang moden dan mempunyai kemudahan bertaraf lima bintang!

Macamana pon, ada jugak dalam banyak-banyak litar tu tak berapa nak popular atas sebab-sebab tertentu. Minggu ni pulak akan berlangsungnya GP Catalunya,Sepanyol dimana perlumbaan yang kurang diminati oleh peminat-peminat dari luar Sepanyol disebabkan faktor litar yang membosankan jadi kat bawah neh adalah antara 10 litar yang paling bosan dalam perlumbaan F1.


5. Litar Catalunya, Sepanyol





Pada minggu ni, litar ni akan menganjurkan perlumbaan buat kali ke 22, walaubagaimanapun ia tetap gagal untuk menyajikan perlumbaan yang menarik berdasarkan 21 perlumbaan yang lalu. Hanya saingan antara Mansell dan Senna pada tahun 1994 sahaja yang berjaya memberikan impak terhadap perlumbaan di litar ini. Namun sejak itu, tiada lagi perlumbaan yang berkualiti dipamerkan. Dalam 21 perlumbaan, 10 telah dimenangi oleh pelumba yang bermula di petak pertama dan selebihnya dimenangi oleh pelumba yang bermula di petak kedua dan ketiga. Ini dibuktikan apabila hanya terdapat 21 overtaking dalam 4 perlumbaan sebelum ini.



Thursday, 12 May 2011

Agenda Kristian Untuk Orang Melayu Malaysia

Thursday, 12 May 2011
Adakah korang percaya bahawa ada gerakan dakwah terancang kristian khusus untuk orang melayu malaysia? Ia khusus untuk orang melayu. Ia khusus untuk orang melayu yang beragama islam. Ya. Melayu. Dan ya, untuk orang islam. Pendedahan ini mungkin mengejutkan. Mungkin juga tidak mengejutkan. Mungkin juga ada yang akan geram. Tapi aku nasihatkan simpan sahaja bahasa maki dan geram dalam jiwa. Dengan memaki hamun tidak akan menyelesai waima satu masalah sekalipun. Dengan mengetahui gerakan ini, kita sudah tentu boleh faham kenapa berlaku beberapa perkara di malaysia. Dengan mengetahui kewujudan gerakan ini, kita sudah tentu harus fikirkan alternatif yang boleh mengatasi perkara ini terus berleluasa.

Orang kristian boleh berkata apa sahaja. Tetapi suka atau tidak, islam ialah agama rasmi di malaysia. Redha atau tidak, ini adalah hakikat. Mereka kena terima. Oleh itu hanya ISLAM sahaja boleh didakwahkan secara terbuka. Mana2 agama selain dari islam tidak boleh diberikan peluang seumpama ini apatah lagi jika gerakan mereka menyasarkan orang melayu + islam itu sendiri. Jika mereka tidak TOUCH.. akidah orang islam mungkin sedikit sebanyak kita patut memahami kehendak mereka. Tetapi ia jadi sebaliknya apabila hasrat mereka memang menyasarkan kepada orang melayu + islam itu sendiri. Lihat printscreen di bawah. Focus pada beberapa perkara yang aku tandakan ;

KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN




Kembar Artis Malaysia Dengan Artis Luar Negara

erikut adalah gambar beberapa artis Malaysia yang menyerupai wajah artis luar dari Malaysia. Tak tahu lah sama betul ke sama sipi² ke atau pun buat² sama. Sama-samalah kita komen ye.

catherinezetajoneszahnihp3 Kembar Artis Malaysia Dengan Artis Luar Negara
Zahnita Wilson dan Catherine Zeta Jones


sariyantikristinkreukthhj4 Kembar Artis Malaysia Dengan Artis Luar Negara
Sari Yanti Kisah Kaisara dan Kristin Kreuk



Tuesday, 10 May 2011

10 Filem Terlaris Di Dunia

Tuesday, 10 May 2011
1. AVATAR (2009).
Film yang juga menandai kembalinya James Cameron ke layar perak setelah lama disibukkan dengan projek dokumentari ini mampu mengumpulkan sebanyak US$1,85 billion dalam waktu sekitar satu bulan sahaja padahal kos pembuatan film ini hanya sekitar US$237 juta.Sebuah pencapaian yang luar biasa mengingat kisah film ini sebenarnya cukup sederhana, namun James mampu membuat film dengan visual yang sangat memukau. 



Monday, 9 May 2011

Makan Beramai-Ramai Di Atas Jambatan Pulau Pinang!

Monday, 9 May 2011

Sebenarnya motif utama aku menulis post ni bukannya nak cerita pasal makan beramai-ramai kat atas jambatan tuh. Aku cuma nak cerita serba-sikit pasal sejarah Jambatan Pulau Pinang neh. Saja nak kasi gempak post neh. Heheh. Nie hah, korang tahu tak Jambatan Pulau Pinang? Sapa yang tak kenal Jambatan Pulau Pinang memang jakun betol la kan. Heheh.


Bukan apa, selain feri, jambatan ni jugak antara simbol kemegahan negeri Pulau Pinang. Kalau sesape yang datang melancong kat Pulau Pinang tuh, confirm akan lalu kat jambatan neh. Kalau dia pegi naik feri sekalipun, balik mesti ikut jambatan punyalah. Berani kerat jari. Especially bagi yang first time datang Pulau Pinang. Kan kan kan? Heheh


Utk pengetahuan semua, jambatan Pulau Pinang ni mula dibuka pd 14 September 1985 utk kenderaan awam. Panjang keseluruhan jambatan nie adalah 13.5 km, yg menjadikannya antara jambatan terpanjang kat dunia. Sebelum thun 1985, utk pegi ke pulau, pengangkutan utama adalah feri yg kita dok naik sekarang tu.

Tarikh2 penting:

  • Awal 1970-an - Tun Abdul Razak mencadangkan pembinaan jambatan bg menghubungkan Seberang Perai dgn Pulau Pinang
  • Akhir 1970-an - Tun Hussein Onn merancang utk membinanya
  • 23 Julai 1981 - Menteri Kerja Raya, S Samy Vellu mengumumkan jambatan Pulau Pinang akan mengikut konsep Jambatan San Fransisco Golden Gate
  • 1982 - pembinaan bermula
  • 3 Ogos 1985 - perasmian oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad
  • 14 September 1985 - pembukaan rasmi jambatan kepada kenderaan awam


Sewaktu dalam pembinaan...
Perdana Menteri, Ketua Menteri Pulau Pinang
dan Menteri Kerja Raya bersama isteri masing2 sewaktu perasmian
  

Hanya sekali dalam sejarah, majlis makan malam atas Jambatan Pulau Pinang

Beberapa hari sebelum Jambatan Pulau Pinang dibuka kepada kenderaan awam melaluinya untuk pertama kali pada 1985, orang ramai telah diberi peluang untuk berjalan di atas jambatan sepanjang 13.5km itu. Ia satu peluang istimewa yang mungkin tidak akan berulang lagi, dan oleh kerana jambatan itu suatu binaan yang mengagumkan ketika itu, beribu-ribu orang mengambil peluang tersebut.




Sumber gambar: budakbotak.com



Aku dengar citer, kalau gi mancing kat tiang no 14 banyak ong. 
Ada betoi ka? Hehe


Friday, 6 May 2011

Kahwin Ubat Terbaik Kemurungan

Friday, 6 May 2011

Kahwin ubat terbaik kemurungan
Di New York satu kajian baru mendedahkan cara terbaik mengatasi masalah kemurungan ialah dengan berkahwin dan merumuskan ikatan itu walaupun kurang membahagiakan memberikan perangsang psikologi lebih baik kepada golongan tertekan berbanding mereka yang gembira.
Kajian terdahulu menyatakan faedah psikologi perkahwinan bergantung kepada sama ada ia dapat memberikan kebahagiaan kepada pasangan suami isteri.


Keinginan Merokok Bertambah Apabila Melihat Tanda ‘Dilarang Merokok’


Menurut satu kajian psychology, tanda ‘Dilarang Merokok’ boleh menyumbang kepada lebih ramai perokok menyalakan rokok mereka.
Saintis, Brian Earp, dari Oxford University, mengatakan tanda tersebut memberikan ‘ironic effect’ kepada perokok yang menyebabkan keinginan mereka untuk tembakau meningkat. Ironic effect ini menyebabkan perokok tanpa sedar memikirkan tentang rokok dan dan akhirnya mereka akan menyalakan rokok mereka.


Thursday, 5 May 2011

Games Yang Menghina Islam! (Wajib Baca!) Part 2

Thursday, 5 May 2011
7) Guitar Hero 3 Legends Of Rock


Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.


Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.


Games Yang Menghina Islam! (Wajib Baca!) Part 1

1) Devil May Cry 3




KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.



Disebalik Video Yang Paling Banyak Ditonton Di Youtube


533,550,809 viewers
656,265 likes | 1,325,358 dislikes

no komen


Orang Islam Juga Tentera Israel

Percaya atau tidak, terdapat tentera israel yang menganuti agama islam. Mereka ini walaupun islam tetapi mempunyai kerakyatan israel. Ini adalah disebabkan mereka lahir di israel. Bukan semua penduduk israel adalah yahudi semata-mata. Jangan cepat salah sangka dan mempunyai andaian yang negatif terlebih dahulu. Mereka berkhidmat sebagai tentera di israel adalah atas nama sayangkan negara. Mereka mahu israel di iktirafkan oleh dunia antarabangsa. Susur galur dan sejarah israel adalah sangat rumit dan sukar untuk dimengertikan jika pembacaan kita tidak menyeluruh. Andai seumur hidup kita, dihabiskan untuk membaca sejarah-sejarah terdahulu belum tentu kita boleh menguasai sepenuhnya. 





Wednesday, 4 May 2011

Al Qaeda Tidak Pernah Wujud

Wednesday, 4 May 2011


Existence of "Al-Qaeda" Is Crap; Quite Literally

Apakah Osama sengaja memilih nama rangkaian keganasan beliau secara berjenaka ataupun itu sebenarnya pangkalan data yang digunakannya untuk berborak dengan petugas CIA?

Oleh : Paul Joseph Watson/Prison Planet.com October 6 2006

Asal-usul nama Al Qaeda dan maksud sebenarnya dalam Bahasa Arab menunjukkan setiap kali pentadbiran Bush, Fox News ataupun mana-mana individu yang menyebut akan ancaman “Al Qaeda” sebagai “satu mandat untuk berperang dan kuasa tempatan yang otokratik, mereka sesungguhnya menyebarkan satu mitos bahawa kumpulan itu sebenarnya tidak pernah wujud.
Pertubuhan yang diberi nama “Al Qaeda tidak pernah wujud selain daripada segala penipuan wujudnya sel-sel ganas, yang kebanyakannya digembar-gemburkan oleh kumpulan perisikan Pakitsan ISI), Mossad, Arab Saudi, M16 dan CIA, dan kewujudannya adalah sebagai tindak balas kepada tindakan Amerika ekoran peristiwa 9/11. Demikian yang dilaporkan oleh NIE.


Tuesday, 3 May 2011

10 Pemimpin Paling Rasuah Di Dunia

Tuesday, 3 May 2011
10. Joseph Estrada, Filipina (1998- 2001),USD 78 - 80 Million.

9. Arnoldo Aleman, Nicaragua (1997-2002),USD 100 Million.

8. Pavlo Lazarenko, Ukraine (1996-1997),USD 114 - 200 Million.

7. Alberto Fujimori, Peru (1990-2000),USD 600 Million.

6. Jean- Claude Duvalier, Haiti (1971-1986),USD 300 - 800 Million.
5. Slobodan Milosevic, Serbia/Yugoslavia (1989-2000)USD 1 Billion.

4. Sani Abacha, Nigeria (1993-1998),USD 2 - 5 Billion.

3. Mobutu Sese Seko, congo (1965-1997),USD 2 - 5 Billion.

2. Ferdinand E Marcos, Filipina (1972-1986),USD 5 - 10 Billion.

1. Soeharto, Indonesia (1967-1998),USD 15 - 35 Billion.


Agak-agak ada tak pemimpin dari Malaysia yang layak masuk dalam senarai ni? Keh keh keh


Sunday, 24 April 2011

Kapal Terbang Buatan Malaysia Eagle Aircraft 150B

Sunday, 24 April 2011
Eagle Aircraft 150B
Bagi yang belum mengetahui, Malaysia juga ada mengeluarkan sebuah kapal terbang iaitu Eagle Aircraft 150B yang dihasilkan oleh Composite Technology Research Malaysia (CTRM) dahulunya dikenali sebagai Eagle Aircraft Malaysia Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Batu Berendam, Melaka bersebelahan dengan Malaysian Flying Academy (MFA).
Eagle Aircraft 150B merupakan sebuah pesawat sebuah enjin, dua tempat duduk yang diperbuat daripada bahan komposit sepenuhnya bertujuan sebagai pesawat latihan untuk bakal pemandu kapal terbang (pilot).
Eagle Aircraft 150B by CTRM
Eagle Aircraft 150B merupakan kategori pesawat ringan (light aircraft) dan menggunakan tiga kawalan permukaan untuk daya angkatnya iaitu canard(selalunya ada pada muncung jet), main plane (selalunya pada high wing aircraft seperti glider) dan penstabil mengufuk (horizontal stabilizer).
Eagle Aircraft pada mulanya direka dan dibina oleh Eagle Aircraft Pty Limited, Australia, tetapi kini ia dihasilkan oleh CTRM, Malaysia sahaja. Ia dimulakan oleh pereka cipta dari Australia Barat, Neil Graham dan ayah nya Deryck Graham iaitu Eagle X-TS yang dinamakan sebagai Eagle Aircraft 150A.
Kemudian, seorang airfoil designer dari Amerika, John Roncz mereka bentuk semula pesawat itu untuk memenuhi syarat JAR VLA (Joint Aviation Requirements Very Light Aircraft) dan dinamakan sebagai Eagle Aircraft 150B yang menampilkan ciri-ciri kestabilan, kekuatan bahan binaan dan ciri-ciri keselamatan yang tinggi.
Kini, hak penghasilan dan pengeluaran dimiliki oleh oleh CTRM yang membeli hak pengeluaran sebagai a full Malaysian venture.
Lokasi CTRM: Terletak di belakang lapangan terbang Batu Berendam, Melaka dan bersebelahan dengan Malaysian Flying Academy (MFA).

airasri.com


Wednesday, 20 April 2011

10 Bahasa Paling Popular Di Dunia.

Wednesday, 20 April 2011
Tidak dinafikan bahasa sememangnya memainkan peranan yang sangat penting dalam berinteraksi. Perkembangan bahasa yang sangat pesat telah mencatat sejarah-sejarah dunia yang telah kita pelajari sejak di bangku sekolah seperti bahasa Greek, Sanskrit dan Yunani. Di bawah ialah senarai top 10 bahasa yang paling banyak digunakan di seluruh dunia.


10. German (melebihi 90 juta pengguna)
Bahasa German adalah salah satu bahasa yang tersenarai dalam 'West Germanic language family', iaitu kumpulan bahasa-bahasa yang digunakan di German, tidak terkecuali Bahasa Inggeris. Bahasa German ini adalah bahasa rasmi untuk negara Jerman. 

Walaubagaimanapun, bahasa German ni jugak digunakan di beberapa negara lain sebagai bahasa rasmi seperti Austria, Liechtenstein dan Luxembourg, dan salah satu daripada 3 bahasa rasmi yang digunakan di Belgium(bersama bahasa Belanda dan Perancis) dan salah satu daripada 4 bahasa rasmi yang digunakan di Switzerland(bersama bahasa Perancis, Itali dan Romansch) . Bahasa German turut digunakan di beberapa negara seperti Poland, Denmark, hungary dan Republik Czech.

Berikut adalah contoh perkataan yang digunakan antaranya Sprechen sie Deutsch? (kamu bercakap bahasa German?) dan auf wiedersehen (Selamat Tinggal).


Lagi Artikel Menarik