{{{{{{{{{ Promosi Hebat! }}}}}}}}}}

Jom Buat Duit Dengan Churp2
Jom Buat Duit Dengan Churp2!
Anda BERRY yang mana?
Contest Siapa Paling Comel
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Rakyat Malaysia Hebat Ber-FB!
Tukar iPad kepada iPhone!
Seksi betul..
Seksi betul..
Hanya Komen di FB Untuk Menang!
Kalau Rasa Hebat Tengok Neh..!
Submit Blog Pon Boleh Menang RM 5000!
Kan best kalau dapat bilik tidur camneh.
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!

Sunday, 8 May 2011

Bapa Heret Anak di Khalayak Ramai Dalam Keadaan Bogel

Sunday, 8 May 2011

SEORANG bapa di China yang berang telah mengheret keluar anak lelakinya dari sebuah cybercafe dengan cara menarik rambut, membogelkan serta mengheret anaknya yang degil itu pulang ke rumah dengan berjalan kaki di depan khalayak ramai. Bapa yang hilang sabar itu melakukan demikian selepas remaja yang ketagihan game komputer itu ingkar dengan arahannya agar berhenti daripada bermain komputer.

Lu Tan, 39 berkata, dia telah memberi amaran kepada Xiaomeng, 14 berpuluh kali agar jangan lagi bermain game komputer, tambahnya lagi "Saya telah membuang komputernya ke dalam tong sampah kerana dia menghabiskan seluruh masanya di dalam bilik dan tidak mahu melakukan kerja lain, namun apabila saya pulang ke rumah dari tempat kerja, saya dapati dia telah keluar ke cybercafe".

Bapa yang berang itu telah menyerbu masuk ke dalam sebuah cybercafe di bandar Hechi, dalam wilayah autonomi Guangxi Zhuang di Selatan Negara China itu lantasmengheret anaknya keluar di hadapan rakan-rakannya yang lain yang sedang asyik bermain game.

Seorang saksi yang ditemui berkata, "Dia memukul anaknya, budak itu tidak henti-henti meminta ampun namun dia mahu menunjukkan kepada semua serta memberi pengajaran kepada budak itu lalu mengheretnya pulang ke rumah selepas mengikat kedua tangan serta membogelkannya."


"Seseorang telah memanggil polis, namun mereka tidak mahu masuk campur apabila lelaki itu mengatakan bahawa anaknya telah mencuri duit untuk bermain internet."

Tan memberitahu polis, "Ibu Xiaomeng telah meninggal dunia sejak dia berumur 9 tahun. Sayalah yang membesarkannya. Saya bekerja keras siang dan malam untuk menanggung keluarga."

"Harapan kepada anak saya, tidak terlalu hebat tapi saya mahu dia hidup di dalam dunia yang sebenar, dan menjadi orang yang sebenar."

"Saya dah beritahu dia banyak kali, melayari internet tidak baik, tapi dia tak mahu dengar. Saya pukul dia kerana saya tidak mahu hidupnya dirosakkan dengan internet."


Lagi Artikel Menarik