KANGAR: Menggemparkan apabila ‘mayat’ seorang warga emas yang dikatakan meninggal dunia di sebuah rumah di Pangsapuri Seri Sena, sejak dua hari lalu, tiba-tiba bergerak sebelum dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan, kelmarin.
Khaw Sui Liong, 54, ditemui oleh dua rakannya dalam keadaan kaku dan tertiarap seolah-olah tidak bernyawa di atas tilam sebuah bilik di sebuah rumah di tingkat enam Blok B pangsapuri berkenaan, jam 5 petang.
Terkejut dengan penemuan itu, seorang daripada mereka, Mohd Zawari Zain, 31, memaklumkan jiran bersebelahan sebelum menghubungi polis.
Ramai penghuni bergegas ke rumah berkenaan namun tidak berani memegang tubuh mangsa.Bagaimanapun, anak saudara mangsa, Kent Khaw, 24, yang menuntut dalam bidang perubatan di sebuah kolej perubatan di Sungai Petani, membuat bantuan pernafasan (CPR) dan mendapati mangsa masih bernafas.
ohd Zawari berkata, mangsa menetap seorang diri selepas kematian ibunya lapan bulan lalu.
“Mangsa gagal menjawab panggilan telefon sejak dua hari lalu menyebabkan kami datang ke rumahnya untuk melihat kejadian sebenar.
“Saya melihat mangsa tertiarap tidak bergerak di atas tilam, manakala udara di sekitar bilik berbau busuk seolah-olah bau mayat.
“Namun saya dan rakan tidak berani memegangnya kerana menjangka dia sudah mati,” katanya.
Menurutnya, dua anggota polis bersama sepasukan anggota perubatan dari Hospital Tuanku Fauziah (HTF) yang memasuki rumah terbabit mengesahkan mangsa masih bernyawa.
“Orang ramai terkejut apabila dimaklumkan mangsa masih bernyawa. Anak saudara mangsa membuat CPR dan mendapati Khaw masih hidup,” katanya.
Jurucakap HTF berkata, mangsa kini koma tetapi stabil dan menerima rawatan intensif.

sumber: hmetro