{{{{{{{{{ Promosi Hebat! }}}}}}}}}}

Jom Buat Duit Dengan Churp2
Jom Buat Duit Dengan Churp2!
Anda BERRY yang mana?
Contest Siapa Paling Comel
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Rakyat Malaysia Hebat Ber-FB!
Tukar iPad kepada iPhone!
Seksi betul..
Seksi betul..
Hanya Komen di FB Untuk Menang!
Kalau Rasa Hebat Tengok Neh..!
Submit Blog Pon Boleh Menang RM 5000!
Kan best kalau dapat bilik tidur camneh.
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!

Thursday, 19 May 2011

Senarai Produk yang Mengandungi Lemak babi

Thursday, 19 May 2011
BABI SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.


SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI


> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand )
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow


SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)


> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ika n buatan Orang Cina
> 3.. Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
> 6. Berus Gigi Jenis ' Reach'
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak


SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )


> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady's Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady's Choice Jelly

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA


> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND


Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang.


TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.


Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!


AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!


Ref. Message: Pringles Potato Chips


Looks like you have to find another alternative to munch.
Just to let you and gang know......... I have checked.. It's true that the chips contain Emulsifier.


Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088

sumber artikel ini Budak Miri dapatkan dari blog SozCyili yang beliau dapat dari facebook note. Yang menjadi keraguan di sini bagi kita ialah:-

1) adakah info ini sahih?
2) kalau sahih, kerajaan wajib beritahu kepada kita tentang info ni.
3) para-ulamak satu lagi, takkan nak biarkan je orang Islam makan makanan yang haram?
4) tetapi yang itu kalau sahih, kalau tak sahih penyebaran maklumat ini wajib dihentikan kerana ia boleh dikategorikan sebagai fitnah.


( 00) Heheh!


Wednesday, 18 May 2011

[GEMPAR] Haram Menikahi Gadis Sekampung - JAKIM

Wednesday, 18 May 2011
BERITA GEMPAR!!!!! HARAP-HARAP TENANGKAN PERASAAN

SEBELUM MEMBACA LAPORAN INI, BAGI YANG TELAH

TERLANJUR... APA NAK BUAT!!!!




Pernikahan adalah sesuatu yang dituntut tetapi hendaklah berlandaskan hukum syarak yang telah ditetapkan bagi menjamin kesjahteraan hidup didunia dan akhirat.

Haram menikahi gadis satu kampung. JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru. Setelah diadakan perbincangandan diskusi di antara para pemimpin, JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 Oktober tahun 2010:




Tuesday, 17 May 2011

Page Facebook Oh! Media FM Di-hack Lagi

Tuesday, 17 May 2011
Page Oh! Media FM di Facebook telah dihack sekali lagi oleh sekumpulan hacker yang menggelarkan diri mereka sebagai "h3x4 Crew + ®ileksc®ew". Sebelum ini, page ini juga pernah dihack kalau tak silap tak sampai sebulan yang lalu. Kat bawah neh adalah screenshot yang dapat aku ambil sebentar tadi.


Mengikut hacker-hacker tersebut, antara sebab page ini mudah dihack ialah:-


Monday, 16 May 2011

Rozita Che Wan Mengaku Bercinta Dengan Shahir AF

Monday, 16 May 2011



Akhirnya setelah hampir setahun merahsiakan perhubungan mereka, Rozita Che Wan mengakui yang dia sedang bercinta dengan Shahir. Tapi yang peliknya Shahir menafikan berita ini. Adakah RCW yang tergila-gilakan Shahir sampai sanggup mengaku? Atau Shahir takut hilang populariti? Berikut adalah pengakuan RCW:-





Tuesday, 10 May 2011

[GEMPAR] Presiden Barack Obama Pula Ditembak Mati!

Tuesday, 10 May 2011

Gempar apabila sebuah laman web dari Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan yang Presiden Barack Obama telah ditembak mati oleh pejuang-pejuang Taliban di White House semalam. Berita kematian itu disahkan oleh isteri beliau sendiri. "Saya dah cakap dengan suami (Barack) agar menghentikan operasi memburu Osama sejak beliau memerintah lagi, tetapi beliau degil. Sekarang beliau pula telah ditembak mati oleh pejuang-pejuang Taliban. Bagaimana nasib saya dan anak-anak selepas ini?" katanya.




Monday, 9 May 2011

Awas! Daging 'lembu' diproses daripada daging BABI

Monday, 9 May 2011


Isu telur tiruan dari negara China pernah hangat baru baru ini. Diam tak diam, negara China yang sememangnya terkenal dengan kepakaran menghasilkan barang tiruan sekali lagi telah menghasilkan satu inovatif baru iaitu menghasilkan daging lembu daripada daging babi.




Sunday, 8 May 2011

Bapa Heret Anak di Khalayak Ramai Dalam Keadaan Bogel

Sunday, 8 May 2011

SEORANG bapa di China yang berang telah mengheret keluar anak lelakinya dari sebuah cybercafe dengan cara menarik rambut, membogelkan serta mengheret anaknya yang degil itu pulang ke rumah dengan berjalan kaki di depan khalayak ramai. Bapa yang hilang sabar itu melakukan demikian selepas remaja yang ketagihan game komputer itu ingkar dengan arahannya agar berhenti daripada bermain komputer.



Thursday, 5 May 2011

Games Yang Menghina Islam! (Wajib Baca!) Part 2

Thursday, 5 May 2011
7) Guitar Hero 3 Legends Of Rock


Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.


Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.


Wednesday, 4 May 2011

[TERBARU] Petrol RON 97 naik 20 sen lagi menjadi RM2.90

Wednesday, 4 May 2011

azlan


Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.

Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.


Tuesday, 3 May 2011

[GEMPAR!] Video Presiden Barack Obama Mengamuk

Tuesday, 3 May 2011



Video yang aku kongsikan ini bukan hanya untuk hiburan semata-mata. Sebaliknya ada mesej di sebaliknya jika dikaitkan dengan permasalahan politik yang melanda negara kita belakangan ini. Faham ke tak mesej yang nak disampaikan tu? Dah terang-terang boleh tengok kat video tu. Video yang diedit.

Jadi, salahlah bagi mana-mana pihak yang mendakwa sukar untuk memalsukan video seks Dato Sri Anwar Ibrahim itu. Dengan teknologi yang ada sekarang tidak mustahil untuk memalsukan video seks yang berdurasi 22 minit itu. Mungkin sebab itulah, kualiti video seks yang disiarkan itu tidak memuaskan dan sukar untuk mengenalpasti pelaku tersebut.

Memang sangat mahir orang yang edit video Obama ni. Sehingga tak dapat dikesan di mana bermulanya pemalsuan video itu jika pemilik video ini tidak menunjukkan di mana pemalsuan video ini berlaku.


Monday, 2 May 2011

[GEMPAR] Osama Bin Laden Meninggal Dunia

Monday, 2 May 2011
WASHINGTON, 2 Mei — Pemimpin rangkaian Al-Qaeda Osama bin Laden sudah meninggal dunia, demikian disahkan oleh Presiden Barack Obama sebentar tadi.

Jenazah Osama yang menjadi buruan Amerika Syarikat sejak lebih satu dekad lalu ditemui di sebuah rumah besar di Islamabad, Pakistan hari ini.

Obama mengesahkan laporan itu pada sidang media di sini hari ini (sebentar tadi, waktu Malaysia).

Osama mendahului senarai teratas orang dikehendaki oleh Washington sejak lebih satu dekad lalu.

Dalam pada itu laporan Reuters pula menyebut, menurut pegawai-pegawai Amerika Syarikat hari ini jenazah Osama telah dikesan oleh pihak berkuasa negara itu.

Laporan itu juga menyebut ia dilihat satu pencapaian besar bagi pentadbiran Obama dan pasukan keselamatan kebangsaannya.

Bekas Presiden George W. Bush telah berulang kali tertekad untuk membawa Osama, yang dilabel sebagai dalang peristiwa 11 September, sebelum tamat tempoh perkhidmatannya pada Januari 2009.

Obama menggantikan Bush pada awal 2009.

Osama, kelahiran Arab Saudi, berjaya membolosi buruan askar Amerika Syarikat dan militia Afghanistan di kawasan pergunungan Tora Bora sejak 2001.

Usaha mengesan Osama menjadi ‘dingin’ selepas beliau dikatakan hilang dan banyak maklumat risikan rasmi percaya beliau berselindung di Pakistan.

Sejak itu, Osama mencemuh Barat dan menyebarkan pandangan Islam militannya menerusi rakaman video.

Selain serangan 11 September, Osama juga dipertanggungjawabkan sebagai dalang serangan bom ke atas Kedutaan Amerika di Kenya dan Tanzania pada 1998 dan ke atas kapal perang USS Cole di Yemen dua tahun kemudian. [Msian Insider]


****************************************************************

According to President Obama:

Following up on breakthrough intelligence received ever since in October, last week the US military had gathered enough for intelligence to take action. An operation to bring Osama to justice.

Thus, the military targeted operation on a compound in Abbottabad, about 65km north of the Pakistani capital, Islamabad, in the morning.

After a firefight, Osama was killed and the US military immediately took custody of his body (1st May 2011, Sunday).


President Obama gave a simple but precise speech, amongst which he said:
"US will not be at war with Muslims, not against Islam. Coz Osama is not a Muslim; he's a mass murderer of Muslims. "  Well said, President Obama!



Saturday, 23 April 2011

[GEMPAR] Ular Terbesar Di Dunia Sepanjang 16 Meter!

Saturday, 23 April 2011

Gambar dia atas adalah gambar seekor ular sepanjang 55 kaki yang dijumpai di kawasan perhutanan China. ia telah menjadi berita sensasi di internet dan media-media massa di seluruh China. Artikel asal ditulis di sebuah website bernama People's Daily iaitu akhbar rasmi Parti Komunis di China.

Artikel itu menyatakan ular itu adalah satu daripada dua ekor ular yang ditemui oleh peker-pekerja yang sedang menggondol hutan berkenaan untuk pembukaan jalan baru menghala ke kota Guping, Wilayah Jiangxi. Mereka secara tidak sengaja telah mengejutkan ular yang sedang tidur itu ketika sedang mengorek tanah.

"Pada korekan yang ketiga, mereka mendapati terdapat kesan darah pada tanah-tanah yang dikorek, dan apabila korekan seterusnya dilakukan, ular yang telah 'nyawa-nyawa ikan' itu muncul," menurut artikel berkenaan.

"Apabila pekerja-pekerja itu datang kembali, ular berkenaan telah mati manakala seekor lagi telah hilang. Pekerja kapal korek itu berasa sangat takut sehingga tidak mampu untuk berdiri."

Menurut artikel tersebut, pekerja itu mengalami trauma dan mendapat serangan jantung semasa dalam perjalanan ke hospital dan meninggal kemudiannya.

Ular yang ditemui itu adalah sepanjang 55 kaki (16.7m), 300kg berat dan dianggarkan berusia 140 tahun.




Friday, 22 April 2011

[GEMPAR] Ketua Polis Negara Pengsan!

Friday, 22 April 2011


KPN dimasukkan ke hospital
KUALA LUMPUR, 22 April — Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dimasukkan ke hospital pagi ini selepas pengsan ketika perhimpunan bulanan di ibu pejabat PDRM di Bukit Aman.

Beliau yang dilantik mengetuai PDRM September lalu dimasukkan ke Pusat Perubatan Pantai, Bangsar.
Sehingga berita ini ditulis punca beliau pengsan belum diketahui.

Dalam pada itu, Bernama Online menyebut bahawa Ismail dimasukkan ke hospital selepas mengadu tidak sihat ketika menghadiri perhimpunan bulanan hari ini.

Ismail dibawa ke hospital itu  sejurus majlis itu berakhir kira-kira pukul 10.30 pagi.
Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Robiah Abd Ghani berkata pemeriksaan doktor mendapati Ismail hanya kepenatan dan berada dalam keadaan stabil.

“Pada penghujung majlis itu, Tan Sri mengadu pening, tidak sedap badan dan rasa mahu pitam sebelum beliau dikejarkan ke sini.

“Pemeriksaan doktor mendapati beliau tidak sakit dan tiada apa yang tidak kena cuma kepenatan, malah beliau boleh bercakap seperti biasa,” katanya kepada pemberita di pekarangan pusat perubatan itu.
Beliau berkata doktor juga meminta Ismail untuk berehat di dalam wad buat beberapa hari bagi pemantauan lanjut.

Dalam pada itu, isteri Ismail Puan Sri Suriati Md Sobri yang enggan ditemu ramah pemberita hanya memberitahu yang suaminya sedang berehat.


Lagi Artikel Menarik