Bukan apa, selain feri, jambatan ni jugak antara simbol kemegahan negeri Pulau Pinang. Kalau sesape yang datang melancong kat Pulau Pinang tuh, confirm akan lalu kat jambatan neh. Kalau dia pegi naik feri sekalipun, balik mesti ikut jambatan punyalah. Berani kerat jari. Especially bagi yang first time datang Pulau Pinang. Kan kan kan? Heheh
Utk pengetahuan semua, jambatan Pulau Pinang ni mula dibuka pd 14 September 1985 utk kenderaan awam. Panjang keseluruhan jambatan nie adalah 13.5 km, yg menjadikannya antara jambatan terpanjang kat dunia. Sebelum thun 1985, utk pegi ke pulau, pengangkutan utama adalah feri yg kita dok naik sekarang tu.
Tarikh2 penting:
- Awal 1970-an - Tun Abdul Razak mencadangkan pembinaan jambatan bg menghubungkan Seberang Perai dgn Pulau Pinang
- Akhir 1970-an - Tun Hussein Onn merancang utk membinanya
- 23 Julai 1981 - Menteri Kerja Raya, S Samy Vellu mengumumkan jambatan Pulau Pinang akan mengikut konsep Jambatan San Fransisco Golden Gate
- 1982 - pembinaan bermula
- 3 Ogos 1985 - perasmian oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad
- 14 September 1985 - pembukaan rasmi jambatan kepada kenderaan awam
Sewaktu dalam pembinaan... |
Perdana Menteri, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Kerja Raya bersama isteri masing2 sewaktu perasmian |
Hanya sekali dalam sejarah, majlis makan malam atas Jambatan Pulau Pinang |
Beberapa hari sebelum Jambatan Pulau Pinang dibuka kepada kenderaan awam melaluinya untuk pertama kali pada 1985, orang ramai telah diberi peluang untuk berjalan di atas jambatan sepanjang 13.5km itu. Ia satu peluang istimewa yang mungkin tidak akan berulang lagi, dan oleh kerana jambatan itu suatu binaan yang mengagumkan ketika itu, beribu-ribu orang mengambil peluang tersebut.
Sumber gambar: budakbotak.com
Aku dengar citer, kalau gi mancing kat tiang no 14 banyak ong.
Ada betoi ka? Hehe
Ada betoi ka? Hehe