{{{{{{{{{ Promosi Hebat! }}}}}}}}}}

Jom Buat Duit Dengan Churp2
Jom Buat Duit Dengan Churp2!
Anda BERRY yang mana?
Contest Siapa Paling Comel
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Rakyat Malaysia Hebat Ber-FB!
Tukar iPad kepada iPhone!
Seksi betul..
Seksi betul..
Hanya Komen di FB Untuk Menang!
Kalau Rasa Hebat Tengok Neh..!
Submit Blog Pon Boleh Menang RM 5000!
Kan best kalau dapat bilik tidur camneh.
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!

Monday, 16 May 2011

Konspirasi Dajjal Di Padang Bola Sepak

Monday, 16 May 2011
Manchester United dan AC Milan Kegilaan Bola Sepak Berunsurkan Kesyaitanan
Manchester United dan AC Milan. Siapa yang tidak kenal dengan pasukan bola sepak tersebut. Mereka memang hebat di gelanggang dan memiliki barisan pemain yang handal serta sumber kewngan yang kukuh. Mereka telah beberapa kali berjaya memenangi piala samada di kancah Negara mereka (England dan Italy), di pentah benua Eropah dan di pentas kejohanan kelab-kelab dunia. Kedua-dua kelab berkenaan mempunyai penyokong dari serata dunia hatta di Malaysia juga.

Namun di sebalik nama dan pencapaian hebat mereka di persada dunia dan memiliki sokongan tak berbelah-bahagi dari penyokong mereka di seluruh dunia, tersimpan pelbagai unsur-unsur kesyaitanan, masonik dan kawalan minda (nind control). Dana kelab-kelab berkenaan yang terlalu banyak menjadi misteri kerana dikaitkan dengan Freemason yang membiayai kelab-kelab tersebut. 
Pemilik Manchester United, Malcom Glazier merupakan seorang warga Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi yang sangat memusuhi Islam. Dia dikatakan membiayai sebuah pertubuhan Yahudi di Israel yang bertujuan membela pendatang-pendatang haram Yahudi di Palestin. Manakala AC Milan pernah diterajui oleh Perdana Menteri Italy, Silvio Berlusconi yang merupakan seorang Mason (ahli Freemason).



Thursday, 12 May 2011

Agenda Kristian Untuk Orang Melayu Malaysia

Thursday, 12 May 2011
Adakah korang percaya bahawa ada gerakan dakwah terancang kristian khusus untuk orang melayu malaysia? Ia khusus untuk orang melayu. Ia khusus untuk orang melayu yang beragama islam. Ya. Melayu. Dan ya, untuk orang islam. Pendedahan ini mungkin mengejutkan. Mungkin juga tidak mengejutkan. Mungkin juga ada yang akan geram. Tapi aku nasihatkan simpan sahaja bahasa maki dan geram dalam jiwa. Dengan memaki hamun tidak akan menyelesai waima satu masalah sekalipun. Dengan mengetahui gerakan ini, kita sudah tentu boleh faham kenapa berlaku beberapa perkara di malaysia. Dengan mengetahui kewujudan gerakan ini, kita sudah tentu harus fikirkan alternatif yang boleh mengatasi perkara ini terus berleluasa.

Orang kristian boleh berkata apa sahaja. Tetapi suka atau tidak, islam ialah agama rasmi di malaysia. Redha atau tidak, ini adalah hakikat. Mereka kena terima. Oleh itu hanya ISLAM sahaja boleh didakwahkan secara terbuka. Mana2 agama selain dari islam tidak boleh diberikan peluang seumpama ini apatah lagi jika gerakan mereka menyasarkan orang melayu + islam itu sendiri. Jika mereka tidak TOUCH.. akidah orang islam mungkin sedikit sebanyak kita patut memahami kehendak mereka. Tetapi ia jadi sebaliknya apabila hasrat mereka memang menyasarkan kepada orang melayu + islam itu sendiri. Lihat printscreen di bawah. Focus pada beberapa perkara yang aku tandakan ;

KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN




Wednesday, 11 May 2011

Apa Itu Grapevine? Iklan Terbaru Churpchurp Dan Nuffnang?

Wednesday, 11 May 2011
churpchurp grapevine by nuffnang Apa itu Grapevine? Iklan terbaru ChurpChurp dan Nuffnang?Salam 1bloggers,
Korang pernah dengar ke apa itu Grapevine? Kalau korang selalu periksa akaun ChurpChurp korang, mesti korang akan perasan kehadiran kempen baru yang dinamakan Grapevine ni. Ya, Grapevine adalah satu bentuk iklan terbaru daripada pihak ChurpChurp dan Nuffnang yang menawarkan ganjaran berganda.


Monday, 9 May 2011

Sambutan HARI IBU Adalah Haram?!

Monday, 9 May 2011


Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.




Makan Beramai-Ramai Di Atas Jambatan Pulau Pinang!


Sebenarnya motif utama aku menulis post ni bukannya nak cerita pasal makan beramai-ramai kat atas jambatan tuh. Aku cuma nak cerita serba-sikit pasal sejarah Jambatan Pulau Pinang neh. Saja nak kasi gempak post neh. Heheh. Nie hah, korang tahu tak Jambatan Pulau Pinang? Sapa yang tak kenal Jambatan Pulau Pinang memang jakun betol la kan. Heheh.


Bukan apa, selain feri, jambatan ni jugak antara simbol kemegahan negeri Pulau Pinang. Kalau sesape yang datang melancong kat Pulau Pinang tuh, confirm akan lalu kat jambatan neh. Kalau dia pegi naik feri sekalipun, balik mesti ikut jambatan punyalah. Berani kerat jari. Especially bagi yang first time datang Pulau Pinang. Kan kan kan? Heheh


Utk pengetahuan semua, jambatan Pulau Pinang ni mula dibuka pd 14 September 1985 utk kenderaan awam. Panjang keseluruhan jambatan nie adalah 13.5 km, yg menjadikannya antara jambatan terpanjang kat dunia. Sebelum thun 1985, utk pegi ke pulau, pengangkutan utama adalah feri yg kita dok naik sekarang tu.

Tarikh2 penting:

  • Awal 1970-an - Tun Abdul Razak mencadangkan pembinaan jambatan bg menghubungkan Seberang Perai dgn Pulau Pinang
  • Akhir 1970-an - Tun Hussein Onn merancang utk membinanya
  • 23 Julai 1981 - Menteri Kerja Raya, S Samy Vellu mengumumkan jambatan Pulau Pinang akan mengikut konsep Jambatan San Fransisco Golden Gate
  • 1982 - pembinaan bermula
  • 3 Ogos 1985 - perasmian oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad
  • 14 September 1985 - pembukaan rasmi jambatan kepada kenderaan awam


Sewaktu dalam pembinaan...
Perdana Menteri, Ketua Menteri Pulau Pinang
dan Menteri Kerja Raya bersama isteri masing2 sewaktu perasmian
  

Hanya sekali dalam sejarah, majlis makan malam atas Jambatan Pulau Pinang

Beberapa hari sebelum Jambatan Pulau Pinang dibuka kepada kenderaan awam melaluinya untuk pertama kali pada 1985, orang ramai telah diberi peluang untuk berjalan di atas jambatan sepanjang 13.5km itu. Ia satu peluang istimewa yang mungkin tidak akan berulang lagi, dan oleh kerana jambatan itu suatu binaan yang mengagumkan ketika itu, beribu-ribu orang mengambil peluang tersebut.




Sumber gambar: budakbotak.com



Aku dengar citer, kalau gi mancing kat tiang no 14 banyak ong. 
Ada betoi ka? Hehe


Sunday, 8 May 2011

'I Love You' Dalam Pelbagai Bahasa

Sunday, 8 May 2011

Selepas sehari suntuk research yang aku lakukan hari ini (padahal guna Google Translate je), akhirnya aku telah berjaya menyeraikan maksud I LOVE YOU dari setiap bahasa dari seluruh dunia! (seluruh dunia? tak kot...) Chekidaut!

English - I love you

Afrikaans - Ek het jou lief

Albanian - Te dua
Arabic - Ana behibak (to male)
Arabic - Ana behibek (to female)
Armenian - Yes kez sirumen
Bambara - M'bi fe
Bangla - Aamee tuma ke bhalo aashi
Belarusian - Ya tabe kahayu
Bisaya - Nahigugma ako kanimo
Bulgarian - Obicham te
Cambodian - Soro lahn nhee ah



Saturday, 7 May 2011

Antara Matrikulasi,IPTA Dan Tingkatan 6.Mana Yang Paling Sesuai?

Saturday, 7 May 2011

Assalamualaikum...


Susahnya pelajar untuk membuat keputusan apabila mendapat 3 tempat ini sekali gus. Bagaimana kita hendak membantu mereka memilih sendiri haluan yang tepat ? Minat, kemampuan kewangan, jurusan pilihan akan membantu pemilihan pelajar.


Tingkatan 6, peluang untuk menjejakkan kaki ke u lebih banyak terbuka kerana dasar kerajaan yang memberi peluang kepada pelajar STPM. Cuma pelajar perlu benar-benar menumpukan perhatian kepada pelajaran disebabkan banyak sukatan yang perlu dibuat persediaan. Walaupun bunyinya ada 4 mata pelajaran tapi setiap mata pelajaran ada 2 atau 3 kertas. Dalam setiap kertas pula ada banyak bahagian dan setiap bahagian ada banyak topik.




Friday, 6 May 2011

Kahwin Ubat Terbaik Kemurungan

Friday, 6 May 2011

Kahwin ubat terbaik kemurungan
Di New York satu kajian baru mendedahkan cara terbaik mengatasi masalah kemurungan ialah dengan berkahwin dan merumuskan ikatan itu walaupun kurang membahagiakan memberikan perangsang psikologi lebih baik kepada golongan tertekan berbanding mereka yang gembira.
Kajian terdahulu menyatakan faedah psikologi perkahwinan bergantung kepada sama ada ia dapat memberikan kebahagiaan kepada pasangan suami isteri.


Keinginan Merokok Bertambah Apabila Melihat Tanda ‘Dilarang Merokok’


Menurut satu kajian psychology, tanda ‘Dilarang Merokok’ boleh menyumbang kepada lebih ramai perokok menyalakan rokok mereka.
Saintis, Brian Earp, dari Oxford University, mengatakan tanda tersebut memberikan ‘ironic effect’ kepada perokok yang menyebabkan keinginan mereka untuk tembakau meningkat. Ironic effect ini menyebabkan perokok tanpa sedar memikirkan tentang rokok dan dan akhirnya mereka akan menyalakan rokok mereka.


Wednesday, 4 May 2011

Al Qaeda Tidak Pernah Wujud

Wednesday, 4 May 2011


Existence of "Al-Qaeda" Is Crap; Quite Literally

Apakah Osama sengaja memilih nama rangkaian keganasan beliau secara berjenaka ataupun itu sebenarnya pangkalan data yang digunakannya untuk berborak dengan petugas CIA?

Oleh : Paul Joseph Watson/Prison Planet.com October 6 2006

Asal-usul nama Al Qaeda dan maksud sebenarnya dalam Bahasa Arab menunjukkan setiap kali pentadbiran Bush, Fox News ataupun mana-mana individu yang menyebut akan ancaman “Al Qaeda” sebagai “satu mandat untuk berperang dan kuasa tempatan yang otokratik, mereka sesungguhnya menyebarkan satu mitos bahawa kumpulan itu sebenarnya tidak pernah wujud.
Pertubuhan yang diberi nama “Al Qaeda tidak pernah wujud selain daripada segala penipuan wujudnya sel-sel ganas, yang kebanyakannya digembar-gemburkan oleh kumpulan perisikan Pakitsan ISI), Mossad, Arab Saudi, M16 dan CIA, dan kewujudannya adalah sebagai tindak balas kepada tindakan Amerika ekoran peristiwa 9/11. Demikian yang dilaporkan oleh NIE.


Misteri Penghuni Bumi Sebelum Manusia

Perhatian : Artikel ini mengandungi teori-teori yang mana pada sesetengah pembaca sukar untuk menerimanya kerana ia mungkin sesuatu yang baru pada mereka. Perlu diingatkan, artikel ini tidak langsung melanggar syariat dan kepercayaan kita sebagai Umat ISLAM. Pembaca adalah digalakkan agar menggunakan budi bicara masing-masing.

Jika pembaca antara salah seorang yang percaya kewujudan Dinosaur, pembaca juga adalah salah seorang antara jutaan manusia yang percaya wujudnya hidupan sebelum Nabi Allah, Adam as. Kemungkinan ramai antara pembaca semua tidak sedar akan hakikat ini bukan?.

Persetujuan daripada ahli arkeologi menyatakan bahawa tamadun pertama yang wujud di muka bumi adalah tamadun Mesopotamia iaitu sekitar 4000BC. Jika sekarang kita berada di tahun 2010, ini bermakna tamadun Mesopotamia adalah berusia :

4000BC+2010AD=6010 tahun


Tuesday, 3 May 2011

6 Asal Usul Tanda Baca

Tuesday, 3 May 2011
 1. Tanda Tanya ("?")
Pada awalnya, dalam bahasa latin, untuk pertanyaan, orang harus menuliskan kata "Questio" di akhir kalimat untuk menandakan bahwa kalimat tersebut adalah kalimat pertanyaan. Maka untuk menjimat tempat, kata tersebut akhirnya disingkat menjadi qo, yang kemudian dimampatkan lagi menjadi huruf q kecil diatas huruf o, yang akhirnya makin lama makin habis menjadi titik dan garis mirip cacing, sama seperti tanda tanya kita sekarang.


Tuesday, 26 April 2011

Senarai 15 Jenis Makanan Yang Dilarang Dijual Di Kantin Sekolah

Tuesday, 26 April 2011
Makanan diproses seperti burger, hotdog dan nuget serta teh dan kopi adalah antara 15 jenis makanan ‘tidak sihat’ yang dilarang dijual di semua kantin sekolah rendah dan menengah seluruh negara mulai bulan depan.
Makanan lain ialah mi segera, gula-gula dan coklat, konfeksi ais dan aiskrim, makanan jeruk, makanan mengandungi pewarna serta perisa tiruan, minuman berkarbonat dan jajan. Larangan itu adalah berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Sihat Di Sekolah yang diputuskan oleh Kementerian Kesihatan.
Bagaimanapun, ada 70 jenis makanan, termasuk nasi lemak dihadkan kekerapan jualannya kepada dua kali seminggu, disenaraikan sebagai makanan yang boleh dijual mengikut garis panduan baru yang dirangka bagi menangani masalah obesiti (kegemukan) dan diabetes di kalangan pelajar.



Wednesday, 20 April 2011

10 Bahasa Paling Popular Di Dunia.

Wednesday, 20 April 2011
Tidak dinafikan bahasa sememangnya memainkan peranan yang sangat penting dalam berinteraksi. Perkembangan bahasa yang sangat pesat telah mencatat sejarah-sejarah dunia yang telah kita pelajari sejak di bangku sekolah seperti bahasa Greek, Sanskrit dan Yunani. Di bawah ialah senarai top 10 bahasa yang paling banyak digunakan di seluruh dunia.


10. German (melebihi 90 juta pengguna)
Bahasa German adalah salah satu bahasa yang tersenarai dalam 'West Germanic language family', iaitu kumpulan bahasa-bahasa yang digunakan di German, tidak terkecuali Bahasa Inggeris. Bahasa German ini adalah bahasa rasmi untuk negara Jerman. 

Walaubagaimanapun, bahasa German ni jugak digunakan di beberapa negara lain sebagai bahasa rasmi seperti Austria, Liechtenstein dan Luxembourg, dan salah satu daripada 3 bahasa rasmi yang digunakan di Belgium(bersama bahasa Belanda dan Perancis) dan salah satu daripada 4 bahasa rasmi yang digunakan di Switzerland(bersama bahasa Perancis, Itali dan Romansch) . Bahasa German turut digunakan di beberapa negara seperti Poland, Denmark, hungary dan Republik Czech.

Berikut adalah contoh perkataan yang digunakan antaranya Sprechen sie Deutsch? (kamu bercakap bahasa German?) dan auf wiedersehen (Selamat Tinggal).


[VIDEO] Kenapa Babi Haram Dimakan?



Haa, kalau dah tengok tu tolong la sebar-sebarkan eh terutama kepada orang bukan Islam. Ini sekurang-kurangnya dapat menyedarkan mereka yang kurang kefahaman tentang Islam seperti mangkuk hayun kat sini. Orang Islam pon belum tentu lagi tahu kenapa babi haram dimakan, inikan pulak orang bukan Islam.

Jangan la jadi macam sesetengah mangkuk hayun yang bermati-matian cakap penyokong Islam tetapi.....

Inilah gelagat orang-orang yang jahil tetapi bajet pandai..Buat malu jer...



Tuesday, 19 April 2011

10 Password Paling Popular Di Dunia

Tuesday, 19 April 2011
Mungkin ada ketikanya kita buntu memikirkan apakah password yang paling sesuai di gunakan untuk melindungi akta rahsia peribadi kita. So, cara yang paling senang adalah........seperti di bawah..kah3! Mesti hangpa pon penah try kan benda neh?

Mengikut kajian, terdapat 10 password yang sering digunakan masyarakat di dunia ini. Jom kita try usha password paling popular di dunia :-




1. Tarikh lahir

2. Tarikh kejadian / pernikahan

3. Nama depan (banyak digunakan di Amerika Selatan)

4. 123456789

5. 111111

6. ILoveYou

7. Nama gabungan diri sendiri dan pasangan

8. Kata "password"

9. Nombor Telefon rumah / handphone

10. a1b2c3d3....


5 Tempat Paling Tercemar Di Dunia

No. 1 – Bandar Chernobyl terkenal dengan letupan Reaktor Nuklear pada tahun 80an yang menyebabkan radiasi tersebar ratusan kilometer malah 100 kali lebih besar dari kesan Bom Atom di Hiroshima & Nagasaki. Dengan kepadatan penduduk 135 000 orang keseluruhan kota Chernobyl telah di kuarantin sehingga kini setelah puluhan tahun masih lagi terdapat zon berbahaya seluas 19batu persegi, di mana tidak ada satu kehidupan yang berada disana.



No 2 – Dzerzinsk mempunyai populasi 300 000 orang dan ianya hasil dari pencemaran Senjata Kimia Perang Dingin antara US dan USSR, Bandar ini merupakan tempat Pengilangan & simpanan terbesar Senjata Kimia Tentera USSR. Toxic kimia merebak keseluruh system pengairan menyebabkan kadar kematian yang tinggi dihadapi penduduk Dzerzinsk


No 3 – Linfen China bukanlah satu-satunya Bandar yang terkotor di China, Perlombogan Arang Batu adalah aktiviti utama di Bandar ini. menyebabkan sulfur dioksida & Carbon Monoxide tersebar diudara, kabus perang adalah permandangn biasa bg Linfen. Ianya juga banyak memberi efek terhadap pencemaran Air di bandar ini.



No 4 – Bandar Mailuu-Suu, Kyrgyzstan sering dilanda mala-petaka. Ianya merupakan salah satu tempat pemprosesan Uranium terbesar di dunia. Pembuatan Bom Atom adalah Tujuan kepada perlombongan Uranium ini, setiap tahun hamper 1.96 juta cubic meter hasil perlombongan sisa radioaktif.



No 5 – Bandar Norlisk, Russia pusat perlombongan bijih besi terbesar di dunia, Bandar yang didiami puluhan ribu buruh ini hanya untuk satu tujuan iaitu bekerja melombong bijih besi. Mengikut Pertubuhan Kawalan pencemaran PBB bahan aktif yang tersebar di udara Norlisk adalah Strontium-90, Cesium-137 and lesser evils, including hydrogen sulfide.


Lagi Artikel Menarik