Di sebuah perkampungan di Rafah, Gaza, wilayah Palestine yang diduduki Israel - seorang anak gadis berumur 23 tahun menjadikan dirinya perisai manusia berdiri di laluan bulldozer Israel untuk cuba menghalang jentera 60 tan itu dari meruntuhkan rumah sebuah keluarga Palestin. Dengan megaphone di tangan dia melaungkan gesaan supaya jentera raksasa buatan Caterpillar, USA itu berhenti. Namun bulldozer yang dipandu tentera Israel itu tidak berhenti lalu merempuh dan menggeles anak gadis itu dibawah roda besinya. Selepas itu pemandu tersebut mengundurkan jenteranya semula untuk menggeles anak gadis itu buat kali kedua.
{{{{{{{{{ Promosi Hebat! }}}}}}}}}}
Saturday, 21 May 2011
Wednesday, 18 May 2011
Rintihan, Hembusan dari Lokap Mona Fendy
Wednesday, 18 May 2011
| NGERI...lokap dan kawasan lokap di IPD Raub yang menempatkan Mona dan suaminya. |
RAUB: Suara rintihan pada lewat tengah malam, hembusan nafas di tengkuk yang meremangkan bulu roma dan perasaan seperti diperhatikan seseorang, antara pengalaman seram ditempuhi anggota polis bertugas di lokap yang pernah menempatkan Mona Fandey bersama suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka, Juraimi Hussin, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.
Sunday, 15 May 2011
Isu Kristian agama rasmi : Ibrahim Ali : 'Kalau nak perang salib boleh'
Sunday, 15 May 2011
“Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan sambut…Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut. “Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan darah,” katanya disambut tepukan kira-kira 150 hadirin.
“Ini satu cabaran ke arah kedaulatan umat Islam yang majoriti Negara ini…Mula dengan bangsa berjangkit dengan agama. Bila bangkit soal agama ertinya soal jihad,” tegas Ibrahim.
Ahli parlimen Pasir Mas itu mendakwa kumpulan minoriti berani mencabar ketuanan Melayu dan Muslim kerana mereka digalakkan oleh ketua umum PKR Datuk Anwar Ibrahim untuk menarik undi mereka.
“Ramai orang Kristian di Malaysia orang Cina. Orang Kristian (di dunia) ramai di Amerika Syarikat. Tali barut Amerika Syarikat di Malaysia Anwar Ibrahim. Kita nampak, dah masuk saf-safnya,” katanya.
Baca ulasan selanjutnya kat sini >> amenoworld
Saturday, 14 May 2011
Jangan Jadi Pelahap Macam Ular Neh
Saturday, 14 May 2011
Salam, hari ni topik mengenai ular. Semua memang tahu ular ni jenis yang pelahap tahap gaban. Apa saja dorang boleh telan. Jangankan manusia, semua jenis binatang pun, asal dorang rasa-rasa boleh telan, kompom dorang telan.
Thursday, 12 May 2011
Orang Pertama Bunuh Diri Di Menara Tertinggi Di Dunia, Burj Khalifa
Thursday, 12 May 2011

DUBAI - Seorang lelaki Asia telah membunuh diri dengan terjun dari menara tertinggi dunia, Burj Khalifa, di Dubai, UAE.
Lelaki yang tidak diketahui namanya itu melompat dari tingkat 147. Ia menjadi orang pertama yang membunuh diri di menara setinggi 160 tingkat yang baru selesai dibina pada tahun lalu itu.
Polis menerima laporan bunuh diri lelaki yang berusia 30-an itu, pada Selasa (10/5/2011) malam. "Saat ini siasatan sedang dilakukan," demikian menurut polis, seperti dilaporkan dalam akhbar UAE, National.
Berdasarkan maklumat yang baru diketahui, lelaki itu bekerja di salah satu perusahaan yang menyewa tempat di gedung setinggi 828 meter tersebut. Mayatnya ditemui di lantai tingkat 108.
pulakdah
Wednesday, 11 May 2011
Tembak Isteri Miang
Wednesday, 11 May 2011
SIASAT...anggota forensik menemui kelongsong peluru di tempat kejadian.
KINARUT: Berang melihat isteri kesayangan bermesra dengan lelaki lain, seorang anggota polis yang baru selesai menjalankan tugas bertindak di luar dugaan apabila melepaskan tembakan terhadap pasangan terbabit, semalam.
Anggota polis berpangkat koperal itu yang sedang menunggang motosikal dikatakan terkejut apabila melihat kelibat isterinya bersama seorang lelaki di dalam Proton Waja berhampiran rumahnya di Jalan Papar Lama, di sini, kira-kira jam 7 pagi.
Tuesday, 10 May 2011
[GEMPAR] Presiden Barack Obama Pula Ditembak Mati!
Tuesday, 10 May 2011
Friday, 6 May 2011
[VIDEO] Cara Gambar Palsu Mayat Osama Laden Dibuat
Friday, 6 May 2011
Sebelum ini stesen televisyen Pakistan telah menyiarkan sebuah gambar yang memaparkan wajah Osama Bin Laden yang terbunuh di dalam satu serangan komando Amerika Syarikat, didakwa di Pakistan, tempat persembunyian pemimpin Al-Qaeda itu.
Bagaimanapun gambar yang dipaparkan itu telah dibuktikan sebagai palsu, kerana ia sebenarnya adalah hasil gabungan dua gambar lain rujuk link ini [Gambar Palsu Osama].
Thursday, 5 May 2011
Pasangan Suami Isteri Dibunuh Kejam
Thursday, 5 May 2011
BENTONG 4 Mei - Seorang kontraktor warga emas bersama isterinya ditemui mati dibunuh kejam, dipercayai dengan menggunakan cangkul dan objek tajam di bilik tidur rumah mereka di Kampung Gemeti di sini awal pagi ini.
Mayat Mohammad Yusof @ Abdul Rashid Samang, 71, ditemui dengan dua kesan tikaman di bahagian dada dan perut manakala isterinya, Timah @ Fatimah Pachu, 68, maut dengan kesan kecederaan di tengkuk.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Komisioner T. Narenasegaran berkata, polis menerima panggilan penduduk mengenai kejadian itu pada pukul 1.30 pagi setelah terdengar bunyi bising dan jeritan kuat dipercayai oleh kedua-dua mangsa.
Subscribe to:
Posts (Atom)






