{{{{{{{{{ Promosi Hebat! }}}}}}}}}}

Jom Buat Duit Dengan Churp2
Jom Buat Duit Dengan Churp2!
Anda BERRY yang mana?
Contest Siapa Paling Comel
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Rakyat Malaysia Hebat Ber-FB!
Tukar iPad kepada iPhone!
Seksi betul..
Seksi betul..
Hanya Komen di FB Untuk Menang!
Kalau Rasa Hebat Tengok Neh..!
Submit Blog Pon Boleh Menang RM 5000!
Kan best kalau dapat bilik tidur camneh.
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!

Wednesday, 18 May 2011

5 Litar Paling Bosan Dalam Sejarah Formula 1

Wednesday, 18 May 2011
Harini aku stop jap pasal politik. Kita sembang pasal sukan pulak. Dalam post ni aku nak share sikit ngan korangyang TERBACA post ini dengan sengaja ataupon tidak sengaja. Bagi yang sengaja tu konfem korang memang peminat Formula 1 macam aku. Heheh.

F1 ni macam sukan-sukan yang lain jugak, ada kriteria-kriteria yang tersendiri sebagai faktor penarik para peminat sukan ini. Litar bersejarah seperti Spa-Francorchamps, Silverstone dan Suzuka memang salah satu litar yang dapat menganjurkan perlumbaan yang klasik, manakala litar moden seperti Litar Yas Marina, Sepang dan Shanghai disukai kerana reka bentuk yang moden dan mempunyai kemudahan bertaraf lima bintang!

Macamana pon, ada jugak dalam banyak-banyak litar tu tak berapa nak popular atas sebab-sebab tertentu. Minggu ni pulak akan berlangsungnya GP Catalunya,Sepanyol dimana perlumbaan yang kurang diminati oleh peminat-peminat dari luar Sepanyol disebabkan faktor litar yang membosankan jadi kat bawah neh adalah antara 10 litar yang paling bosan dalam perlumbaan F1.


5. Litar Catalunya, Sepanyol





Pada minggu ni, litar ni akan menganjurkan perlumbaan buat kali ke 22, walaubagaimanapun ia tetap gagal untuk menyajikan perlumbaan yang menarik berdasarkan 21 perlumbaan yang lalu. Hanya saingan antara Mansell dan Senna pada tahun 1994 sahaja yang berjaya memberikan impak terhadap perlumbaan di litar ini. Namun sejak itu, tiada lagi perlumbaan yang berkualiti dipamerkan. Dalam 21 perlumbaan, 10 telah dimenangi oleh pelumba yang bermula di petak pertama dan selebihnya dimenangi oleh pelumba yang bermula di petak kedua dan ketiga. Ini dibuktikan apabila hanya terdapat 21 overtaking dalam 4 perlumbaan sebelum ini.



Swansea FC selangkah ke EPL


LONDON - Kelab Wales, Swansea City menempah tiket ke perlawanan penentuan bagi merebut slot terakhir ke Liga Perdana England selepas mengatasi Nottingham Forest 3-1 di Stadium Liberty kelmarin.


Lebih dikenali dengan nama Swans, kelab itu berpeluang menentang seteru utama dari negara yang sama, Cardiff di Wembley pada 30 Mei ini, jika menang ke atas Reading.





Monday, 16 May 2011

Konspirasi Dajjal Di Padang Bola Sepak

Monday, 16 May 2011
Manchester United dan AC Milan Kegilaan Bola Sepak Berunsurkan Kesyaitanan
Manchester United dan AC Milan. Siapa yang tidak kenal dengan pasukan bola sepak tersebut. Mereka memang hebat di gelanggang dan memiliki barisan pemain yang handal serta sumber kewngan yang kukuh. Mereka telah beberapa kali berjaya memenangi piala samada di kancah Negara mereka (England dan Italy), di pentah benua Eropah dan di pentas kejohanan kelab-kelab dunia. Kedua-dua kelab berkenaan mempunyai penyokong dari serata dunia hatta di Malaysia juga.

Namun di sebalik nama dan pencapaian hebat mereka di persada dunia dan memiliki sokongan tak berbelah-bahagi dari penyokong mereka di seluruh dunia, tersimpan pelbagai unsur-unsur kesyaitanan, masonik dan kawalan minda (nind control). Dana kelab-kelab berkenaan yang terlalu banyak menjadi misteri kerana dikaitkan dengan Freemason yang membiayai kelab-kelab tersebut. 
Pemilik Manchester United, Malcom Glazier merupakan seorang warga Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi yang sangat memusuhi Islam. Dia dikatakan membiayai sebuah pertubuhan Yahudi di Israel yang bertujuan membela pendatang-pendatang haram Yahudi di Palestin. Manakala AC Milan pernah diterajui oleh Perdana Menteri Italy, Silvio Berlusconi yang merupakan seorang Mason (ahli Freemason).



Saturday, 14 May 2011

Manchester United Juara Liga Buat Kali ke-19

Saturday, 14 May 2011

Manchester United menjadi pasukan paling  paling berjaya dalam sejarah liga bola sepak Inggeris apabila memenangi gelaran ke-19 mengatasi rekod Liverpool yang pernah memenanginya  sebanyak 18 kali.


Thursday, 5 May 2011

RM500, 000 Atau Lupakan Aksi Kelab Gergasi EPL di Bukit Jalil

Thursday, 5 May 2011
KUALA LUMPUR - Tanggung kos penangguhan pembaikan trek sehingga RM500,000 dan Stadium Nasional, Bukit Jalil boleh dibuka semula untuk menyambut kehadiran tiga kelab gergasi Liga Perdana England (EPL)!

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengenakan syarat itu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekiranya masih berhajat melangsungkan perlawanan persahabatan skuad kebangsaan dengan Liverpool, Arsenal dan Chelsea di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Julai ini.

Beliau berkata, Kementerian juga sedia mengatur penangguhan dan penjadualan semula kerja pembaikan trek dengan pemiliknya, Perbadanan Stadium Merdeka tetapi menegaskan tidak dapat membiayai kos berkenaan kerana akan dianggap membazirkan wang rakyat.



Sunday, 24 April 2011

Fernando Torres Mengakhiri Kemarau Gol Di Chelsea!

Sunday, 24 April 2011

Penyerang Chelsea, Fernando Torres berjaya mengakhir penantian gol pertamanya di Chelsea apabila menjaringkan satu gol untuk membantu Chelsea mengalahkan West Ham 3-0 dalam Liga Perdana Inggeris semalam.

Gol yang ditunggu-tunggu para peminat Chelsea tersebut akhirnya tercipta apabila Torres muncul untuk membuat penampilan ke 14 atau keseluruhan 732 minit bersama Chelsea.

Sejak berpindah dari Liverpool pada Januari 2011 dengan rekod perpindahan sebanyak 50 juta pound, Torres masih gagal menamatkan badi untuk menjaringkan gol untuk Chelsea.


Friday, 22 April 2011

Piala Raja Sepanyol Jatuh Berkecai

Friday, 22 April 2011

Piala bola sepak paling berprestij bagi kelab Sepanyol, Piala Raja Sepanyol, yang baru saja dimenangi pasukan Real Madrid terjatuh di depan bas pasukan itu apabila ia terlepas daripada genggaman pemain dan difahamkan rosak teruk.

Pemain pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos, yang mengangkat trofi seberat 15 kilogram itu di atas kepalanya ketika berada di dalam bas tanpa bumbung, terlepas piala berkenaan sebelum ia jatuh di depan bas yang membawa pasukan terbabit.



Saat Piala Raja Sepanyol (dalam bulatan) terlepas dari genggaman Sergio Ramos


Pemain-pemain Real Madrid menjenguk ke bawah untuk melihat Piala Raja Sepanyol yang terjatuh dan dilanggar bas


Bagaimanapun, ia gagal diselamatkan apabila bas terbabit melanggar piala berkenaan sebelum sempat memberhentikan kenderaan itu.


Menurut laporan berita radio Cadena Ser, petugas perkhidmatan kecemasan memungut sekurang-kurangnya 10 bahagian piala yang sudah pecah.AFP

pulakdah



Thursday, 21 April 2011

[VIDEO] Madrid Menewaskan Barcelona Untuk Meraih Piala Copa Del Ray Pertama Sejak 18 Tahun.

Thursday, 21 April 2011

Cristiano Ronaldo menanduk gol kemenangan pada masa tambahan untuk menamatkan kemarau 18 tahun Real Madrid memenangi Piala Copa Del Ray dengan kemenangan 1-0 ke atas saingan hebat, Barcelona.

Hantaran Angel Di Maria's dari sebelah kiri padang ditanduk kemas Cristiano Ronaldo pada minit ke-103 melepasi jangkauan penjaga gol Barcelona, Jose Manuel Pinto untuk menghadiahkan kemenangan pertama Real Madrid sejak 2008 apabila mereka memenangi kejuaraan liga.

Real Madrid menguasai perlawanan pada babak pertama, namun pada separuh masa kedua mereka terpaksa mengharapkan kecekapan Iker Casillas untuk menghalang Barcelona daripada menyumbat gol pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Mestalla itu.


Iker Casillas nyata menjadi penyelamat kepada Real Madrid pada separuh masa kedua apabila bertindak cemerlang dengan menafikan sepakan rendah Messi dan menempis sepakan lencong Pedro pada minit ke-75.

Kemenangan Piala Domestik yang ke 18 buat Real Madrid ini juga menamatkan enam perlawanan tanpa kemenangan ke atas Barcelona, yang hanya kalah 10 kali daripada 35 perlawanan mereka.


Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho telah membawa kejayaan kepada kelab ini pada musim pertamanya di Bernebau, manakala jurulatih Barcelona, Pep Guardiola merasa kekalahan pertama untuk memenangi trofi sejak beliau tiba di Nou Camp.




Tuesday, 19 April 2011

Jazeman Merangkul Dua Kemenangan Podium Di Itali.

Tuesday, 19 April 2011
Pelumba F3 dari Malaysia, Jazeman Jaafar beraksi hebat dalam musim keduanya dalam perlumbaan British F3 Championship apabila memenangi dua kejayaan podium dalam minggu pembukaan di Litar Monza, Itali.

Beliau menduduki tempat kedua pada perlumbaan pertama diikuti tempat kelima dan ketiga dalam dua perlumbaan seterusnya. Kejayaan itu meletakkannya di tempat kedua untuk keseluruhan kedudukan pemandu dengan 33 mata.

Kesemua ketiga-tiga perlumbaan di Litar Monza, Itali itu dimenangi oleh rakan sepasukan Jazeman di Carlin. pelumba Brazil, Felipe Nasr memenangi perlumbaan pertama dan ketiga manakala pelumba Britain, Rupert Svendsen-Cook memenangi perlumbaan kedua.

Puas! Jazeman meraikan dua kemenangan podium untuk perlumbaan pembukaan British F3 Championship  musim ini di Monza, Sabtu lalu.
Jazeman, pelumba pertama Malaysia yang memenangi Formula BMW Asia series, nyata gembira dengan prestasinya di litar yang juga menjadi hos untuk perlumbaan F1 itu.

"Ianya adalah satu permulaan yang baik untuk saya."

"Kami menempuhi minggu yang sangat sukar dan kami gembira dengan permulaan yang cemerlang ini," katanya.

"Sudah tentu saya ingin memenangi perlumbaan tetapi dengan merangkul mata yang konsisten dalam setiap perlumbaan adalah kunci utama."

Perlumbaan kedua British F3 Championship seterusnya adalah di Oulton Park


Lagi Artikel Menarik