Harini aku stop jap pasal politik. Kita sembang pasal sukan pulak. Dalam post ni aku nak share sikit ngan korangyang TERBACA post ini dengan sengaja ataupon tidak sengaja. Bagi yang sengaja tu konfem korang memang peminat Formula 1 macam aku. Heheh.
F1 ni macam sukan-sukan yang lain jugak, ada kriteria-kriteria yang tersendiri sebagai faktor penarik para peminat sukan ini. Litar bersejarah seperti Spa-Francorchamps, Silverstone dan Suzuka memang salah satu litar yang dapat menganjurkan perlumbaan yang klasik, manakala litar moden seperti Litar Yas Marina, Sepang dan Shanghai disukai kerana reka bentuk yang moden dan mempunyai kemudahan bertaraf lima bintang!
Macamana pon, ada jugak dalam banyak-banyak litar tu tak berapa nak popular atas sebab-sebab tertentu. Minggu ni pulak akan berlangsungnya GP Catalunya,Sepanyol dimana perlumbaan yang kurang diminati oleh peminat-peminat dari luar Sepanyol disebabkan faktor litar yang membosankan jadi kat bawah neh adalah antara 10 litar yang paling bosan dalam perlumbaan F1.
5. Litar Catalunya, Sepanyol
Pada minggu ni, litar ni akan menganjurkan perlumbaan buat kali ke 22, walaubagaimanapun ia tetap gagal untuk menyajikan perlumbaan yang menarik berdasarkan 21 perlumbaan yang lalu. Hanya saingan antara Mansell dan Senna pada tahun 1994 sahaja yang berjaya memberikan impak terhadap perlumbaan di litar ini. Namun sejak itu, tiada lagi perlumbaan yang berkualiti dipamerkan. Dalam 21 perlumbaan, 10 telah dimenangi oleh pelumba yang bermula di petak pertama dan selebihnya dimenangi oleh pelumba yang bermula di petak kedua dan ketiga. Ini dibuktikan apabila hanya terdapat 21 overtaking dalam 4 perlumbaan sebelum ini.