{{{{{{{{{ Promosi Hebat! }}}}}}}}}}

Jom Buat Duit Dengan Churp2
Jom Buat Duit Dengan Churp2!
Anda BERRY yang mana?
Contest Siapa Paling Comel
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Rakyat Malaysia Hebat Ber-FB!
Tukar iPad kepada iPhone!
Seksi betul..
Seksi betul..
Hanya Komen di FB Untuk Menang!
Kalau Rasa Hebat Tengok Neh..!
Submit Blog Pon Boleh Menang RM 5000!
Kan best kalau dapat bilik tidur camneh.
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!

Saturday 23 April 2011

Pelakon Harry Potter Dulu Dan Kini

Saturday 23 April 2011






Penggambaran Filem TITANIC (1997)






[GEMPAR] Ular Terbesar Di Dunia Sepanjang 16 Meter!


Gambar dia atas adalah gambar seekor ular sepanjang 55 kaki yang dijumpai di kawasan perhutanan China. ia telah menjadi berita sensasi di internet dan media-media massa di seluruh China. Artikel asal ditulis di sebuah website bernama People's Daily iaitu akhbar rasmi Parti Komunis di China.

Artikel itu menyatakan ular itu adalah satu daripada dua ekor ular yang ditemui oleh peker-pekerja yang sedang menggondol hutan berkenaan untuk pembukaan jalan baru menghala ke kota Guping, Wilayah Jiangxi. Mereka secara tidak sengaja telah mengejutkan ular yang sedang tidur itu ketika sedang mengorek tanah.

"Pada korekan yang ketiga, mereka mendapati terdapat kesan darah pada tanah-tanah yang dikorek, dan apabila korekan seterusnya dilakukan, ular yang telah 'nyawa-nyawa ikan' itu muncul," menurut artikel berkenaan.

"Apabila pekerja-pekerja itu datang kembali, ular berkenaan telah mati manakala seekor lagi telah hilang. Pekerja kapal korek itu berasa sangat takut sehingga tidak mampu untuk berdiri."

Menurut artikel tersebut, pekerja itu mengalami trauma dan mendapat serangan jantung semasa dalam perjalanan ke hospital dan meninggal kemudiannya.

Ular yang ditemui itu adalah sepanjang 55 kaki (16.7m), 300kg berat dan dianggarkan berusia 140 tahun.




Hukum Menjilat Kemaluan Isteri.


Menjilat kemaluan isteri adalah perkara yang jarang dibincangkan secara terbuka kerana masyarakat kita sangat sensitif dan pemalu. Jika dibuat kajian 98 peratus pasangan suami isteri melakukan "oral sex" ini. Jika ini membahagiakan pasangan suami isteri dalam menikmati perhubungan seks. Sila baca posting ini. Apakah hukumnya menjilat? 




Tahanan Lari Menggunakan Kereta Polis.

PAPAR: Seorang tahanan reman kes pecah rumah licik melarikan diri menggunakan kereta polis selepas dia ditinggalkan di dalam kenderaan itu berseorangan ketika dibawa untuk siasatan di lokasi jenayah dilakukannya di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari, ketika suspek, Norzaleh Md Sipin, 33, dibawa anggota polis ke Kampung Sedul, Ranau, di sini untuk siasatan lanjut berhubung kegiatan yang pernah dilakukannya di kampung itu.
Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan George Rakman berkata, suspek ditahan di Labuan pada 15 April lalu kerana disyaki terbabit kes pecah rumah di daerah ini dan kesnya disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Untuk siasatan, polis membawanya ke lokasi kejadian bagi pengesahan mengenai beberapa bahan bukti yang dijualnya kepada seorang lelaki di kampung itu.

“Suspek dibawa ke kampung itu dengan kereta peronda polis. Bagaimanapun, dia tidak tahu nama kampung yang hendak dituju menyebabkan dua anggota polis membawanya menahan sebuah kereta yang melalui kawasan itu bagi bertanya nama kampung berkenaan.
“Ketika itulah suspek mengambil kesempatan melarikan diri dengan memandu kereta polis,” katanya.

George berkata, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ranau dan IPD Telupid sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan usaha sedang giat sedang dijalankan bagi mengesan suspek.

“Kereta peronda polis itu berjaya ditemui di sekitar Telupid beberapa jam kemudian. Di dalamnya, polis menemui kemeja-T berwarna merah jenama Adidas dan kemungkinan besar suspek menukar pakaian sebelum melarikan diri,” katanya.
Menurutnya, buat masa ini, suspek masih bebas dan usaha sedang dijalankan di semua daerah.

“Dia berasal dari Kota Belud dan beralamat terakhirnya di Kampung Suang Parai, Menggatal. Dia juga berbadan tegap, mempunyai ketinggian 1.67 meter serta mempunyai tatu berbentuk lipan di lengan kanan, tengkorak di lengan kiri dan bentuk Maori di kaki kanan,” katanya.

Sehubungan itu, George meminta orang ramai yang mengenali atau ternampak lelaki berkenaan menghubungnya di talian 016-8819145, Bilik Gerakan IPD Papar 088-916064, Inspektor Che Rosli di talian 016-8437878 atau mana-mana balai polis berdekatan.


Mati Jatuh Bangunan Akibat Dirasuk!





SENTUL – Seorang pekerja kontraktor dikatakan dirasuk hantu, ditemui mati dipercayai akibat jatuh dari rumahnya di tingkat tiga, flat empat tingkat di Jinjang Selatan dekat sini. 

Mangsa, dikenali Sou Hong, 36, ditemui jirannya atas rumput di belakang bangunan terbabit, kira-kira jam 10 pagi, semalam. 

Kakak mangsa yang enggan dikenali berkata, dia percaya adiknya itu jatuh selepas dirasuk hantu. 

“Sebelum ini, kami sudah dua kali bawanya berjumpa pakar perubatan tradisional, tetapi semuanya menemui jalan buntu. 

“Hari ini (semalam) kami bercadang membawanya menemui seorang lagi pakar perubatan tetapi, tidak kesampaian,” katanya. 

Dia yang tinggal di kawasan berhampiran berkata, sebelum mayat adiknya itu ditemui, meja di kawasan tempat bersembahyang di sudut rumah itu didapati berselerak. 

“Saya percaya kerana dirasuk, adik saya bertindak demikian sehingga nekad jatuh melalui tingkap rumah,” katanya. 

Menurutnya, dia tidak percaya adiknya itu terjun kerana mempunyai masalah kewangan memandangkan dia mempunyai wang simpanan di bank. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat mangsa. 

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat dan setakat ini polis mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut.


-sinarharian-





Lagi Artikel Menarik