{{{{{{{{{ Promosi Hebat! }}}}}}}}}}

Jom Buat Duit Dengan Churp2
Jom Buat Duit Dengan Churp2!
Anda BERRY yang mana?
Contest Siapa Paling Comel
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Rakyat Malaysia Hebat Ber-FB!
Tukar iPad kepada iPhone!
Seksi betul..
Seksi betul..
Hanya Komen di FB Untuk Menang!
Kalau Rasa Hebat Tengok Neh..!
Submit Blog Pon Boleh Menang RM 5000!
Kan best kalau dapat bilik tidur camneh.
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!

Thursday 21 April 2011

Buah Dada Wanita Digigit Anjing Akibat Berpakaian Seksi.

Thursday 21 April 2011

BUKIT MERTAJAM: Seorang suri rumah yang cedera payudara kirinya digigit seekor anjing jenis German Shepherd pada Jumaat lalu, kini dalam pertimbangan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik anjing berkenaan.

Mangsa, Lee Boon Chen, 44, berkata, walaupun pemilik anjing itu sudah memohon maaf selepas insiden itu, dia tidak akan berdiam diri dan mahu melakukan sesuatu untuk memberi pengajaran kepada pemilik anjing lain yang tidak mengutamakan keselamatan orang awam.

Katanya, dia mahu pemilik anjing lebih bertanggungjawab termasuk menjaga dan mengawal haiwan peliharaan masing-masing bagi mengelak orang lain menjadi mangsa.

“Selepas kejadian ini, saya trauma, malah kerap bermimpi diserang anjing dan jika saya melihat atau terserempak dengan anjing jenis itu, saya takut dan badan menggigil,” katanya ketika ditemui menerima rawatan susulan di sebuah hospital swasta di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi Jumaat lalu, Lee nyaris kehilangan payudara kirinya selepas cedera diserang anjing berkenaan ketika dia membawa anjing peliharaannya jenis Shih Tzu bersiar-siar di kawasan perumahan di Taman Tambun Indah, Simpang Ampat dekat sini.

***************************************************************************************

Dunia sekarang dah moden. Macam-macam boleh jadi. Bukan lelaki sahaja yang boleh stim tengok perempuan. Perempuan pon boleh stim sama-sama perempuan. Bukan itu saja, anjing pon boleh stim tengok perempuan. Ular kat sini pon tak boleh tahan tengok buah dada perempuan nih. Punya dasyatnya dunia sekarang.

Moralnya, usahlah berpakaian seksi dan tutuplah aurat. Kang silap-silap lepas ni kucing kat rumah pon tak boleh tahan tengok korang. Habis korang! Macamana mau hidup kalau macam ni? Kah Kah Kah...


[VIDEO] Buah Dada Dipatuk Ular Yang Stim



Mantap tak mantap sangat la sampai ular pon tak tahan tengok. Haha!


[VIDEO] Madrid Menewaskan Barcelona Untuk Meraih Piala Copa Del Ray Pertama Sejak 18 Tahun.


Cristiano Ronaldo menanduk gol kemenangan pada masa tambahan untuk menamatkan kemarau 18 tahun Real Madrid memenangi Piala Copa Del Ray dengan kemenangan 1-0 ke atas saingan hebat, Barcelona.

Hantaran Angel Di Maria's dari sebelah kiri padang ditanduk kemas Cristiano Ronaldo pada minit ke-103 melepasi jangkauan penjaga gol Barcelona, Jose Manuel Pinto untuk menghadiahkan kemenangan pertama Real Madrid sejak 2008 apabila mereka memenangi kejuaraan liga.

Real Madrid menguasai perlawanan pada babak pertama, namun pada separuh masa kedua mereka terpaksa mengharapkan kecekapan Iker Casillas untuk menghalang Barcelona daripada menyumbat gol pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Mestalla itu.


Iker Casillas nyata menjadi penyelamat kepada Real Madrid pada separuh masa kedua apabila bertindak cemerlang dengan menafikan sepakan rendah Messi dan menempis sepakan lencong Pedro pada minit ke-75.

Kemenangan Piala Domestik yang ke 18 buat Real Madrid ini juga menamatkan enam perlawanan tanpa kemenangan ke atas Barcelona, yang hanya kalah 10 kali daripada 35 perlawanan mereka.


Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho telah membawa kejayaan kepada kelab ini pada musim pertamanya di Bernebau, manakala jurulatih Barcelona, Pep Guardiola merasa kekalahan pertama untuk memenangi trofi sejak beliau tiba di Nou Camp.




E-MAIL 1 Malaysia 1 Israel

1Malaysia email: Tricubes Berhad dimiliki secara tidak langsung adik Najib

Neo Chee Hua | Apr 20, 2011 11:54:31 am

Syarikat Tricubes Berhad yang diberikan kontrak 1Malaysia email bernilai RM50 juta kini berdepan dengan masalah kewangan, dan disenaraikan Bursa Malaysia sebagai status GN3. Seandainya syarikat ini gagal mengetengahkan program menstruktur semula kewangannya pada hujung Oktober 2011, maka ia mungkin berdepan dengan nasib untuk ditarik dari penyenaraian (delist).

Apa yang menarik, pemegang saham kedua terbesar Tricubes Berhad adalah Commerce Technology Ventures Sdn Bhd, iaitu Private Equity Fund yang ditubuhkan Bank Negara bersama Commerce Group (atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group).

Commerce Group atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group kini telah dinamakan sebagai CIMB Group, diterajui oleh adik Perdana Menteri Najib Razak, iaitu Nazir Razak (gambar kanan). Nazir Razak adalah Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan telah memberikan satu projek baru bernilai RM50 juta kepada Tricubes Bhd untuk mendirikan satu laman internet, dan setiap warga negara berumur 18 tahun ke atas akan dibuka satu akaun email - "1Malaysia email" untuk kegunaan rasmi; sementara mendirikan pusat perkhidmatan e-kerajaan, termasuk laman sosial, pembayaran hutang melalui internet dan sebagainya.

Namun demikian, menurut maklumat Bursa Malaysia, Tricubes telah disenaraikan sebagai status BN3 dan perlu mengetengahkan program penstrukturan kewangan, atau berdepan dengan nasib "delist".

Dalam satu kenyataan Tricubes pada 29 Oktober 2010, lantaran daripada kebimbangan oleh juruaudit terhadap laporan kewangan Tricubes sehingga 31 Mac 2010, ditambah pula shareholders' equity yang lebih rendah daripada 50% modal sehingga Jun 2010, maka ia telah melanggar peraturan penyenaraian, lantas dimasukkan ke adalam status GN3.

Selain itu, menurut laporan kewangan 2010 Tricubes, syarikat ini telah mengalami kerugian bersih sebanyak RM3.35 juta (RM3,346,752). Meskipun Tricubes memohon agar Bursa Malaysia mengecualikan dirinya daripada peraturan GN3, namun Bursa Malaysia enggan meluluskan permintaannya.

Menurut peraturan GN3 di Bursa Malaysia, Tricubes perlu mengemukakan satu rancangan penstrukturan semula kewangannya dalam tempoh 12 bulan, bermula 29 Oktober 2010 (tarikh dimasukkan ke status GN3). Malah, rancangan tersebut perlu diluluskan Bursa, malah dilantik penajanya dalam masa tiga bulan, dan menghabiskan program penstrukturan semula dalam masa enam bulan selepas diluluskan Bursa.

Jikalau Tricubes gagal mematuhi mana-mana peraturan, maka Bursa Malaysia boleh menghentikan sementara jual-beli saham syarikatnya, dan kemudian menarik penyenaraiannya (delist).

Menurut kenyataan terbaru Tricubes pada 1 April 2011, tiada perkembangan yang besar dalam rancangan penstrukturan semula kewangan syarikat tersebut. Menurut had tempoh, Tricubes harus menghantar laporan penstrukturan kewangannya sebelum 29 Oktober 2011, dan mendapat kelulusan daripada Bursa Malaysia - untuk mengelakkan dirinya daripada ditarik penyenaraiannya (delist).

Sebagaimana yang diketahui, Tricubes cuba membida 32.2% saham Pos Malaysia daripada Khazanah Nasional Berhad, tetapi gagal.

Pada saat-saat yang genting ini, Najib membawa cahaya harapan kepada penstrukturan semula kewangan Tricubes apabila mengumumkan pemberian projek 1Malaysia email bernilai RM50 juta kepadanya. Berikutan kontrak ini, Tricubes mungkin sempat untuk mengemukakan rancangan penstrukturan kewangannya sebelum hujung Oktober.

Apa yang dipertikaikan, PEMANDU yang mendakwa diri mengutamakan meritokrasi dan ketelusan itu, melantik sebuah syarikat yang berdepan dengan masalah kewangan untuk melaksanakan projek kerajaan ini.

Menurut maklumat rasmi, pemegang saham kedua terbesar Tricubes adalah Commerce Technology Ventures, ditubuhkan pada Julai 2000, dengan fungsi utamanya membekalkan modal untuk pembangunan teknologi. Sehingga hari ini, syarikat ini telah melabur di 22 buah syarikat, termasuk 10 buah syarikat telekomunikasi, enam syarikatadvanced manufacturing, lima syarikat life science dan satu lain-lain.

Modal Commerce Technology Ventures dikendalikan CAV Private Equity Management Sdn Bhd, syarikat ini adalah salah satu syarikat di bawah CIMB Group. Menurut laporan kewangan Tricubes 2010, Commerce Technology Ventures merupakan pemegang saham kedua terbesar yang memegang 15.63% saham. Pemegang saham terbesar Tricubes adalah Khairun bin Zainal Mokhtar - selain memiliki 15.72% saham secara langsung, juga memiliki 14.17% saham melalui Ambank.


*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview. Disedut, diterjemah dan disunting dari teks asal.


Facebook Temukan Jodoh Zed Zaidi & Natalia

KUALA LUMPUR: Pelakon Zed Zaidi, 31, atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil bakal menamatkan zaman bujangnya dengan Natalia Mustafa Kamal, 28, pada 29 April ini.

Majlis akad nikah akan diadakan di Restoran Felda Villa, di sini dengan tetamu terdiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Kedua-dua pasangan kemudiannya akan diraikan dalam satu majlis resepsi pada 7 Mei di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur dengan tema moden tradisional.

Menurut Zed, dia tidak melakukan upacara pertunangan sebaliknya terus melangsungkan acara ijab kabul.

“Acara pernikahan nanti akan dibuat secara sederhana sahaja dengan dihadiri keluarga kami sahaja. Mereka minta agar dibuat secara tertutup manakala majlis resepsi baru kami menjemput rakan-rakan dan media,” ujarnya.



Bercerita tentang detik perkenalannya dengan wanita tersebut yang juga ahli perniagaan, Zed memberitahu mereka bermula sebagai rakan Facebook sehinggalah kemudian bertukar menjadi rakan perniagaan sebelum hadirnya bibit-bibit cinta.

“Kami kenal di laman sosial Facebook sejak tahun 2008. Selepas itu saya tolong dia usahakan perniagaan dalam talian miliknya.

“Pada asalnya kami hanya rakan biasa sahaja sehinggalah selepas menunaikan umrah tahun lalu, saya mendapat petunjuk dialah calon yang paling sesuai untuk saya,” katanya.

Tambah Zed, Natalia merupakan seorang gadis yang memahami dan sentiasa setia dengannya.

“Dia sangat memahami kerjaya saya sebagai pelakon kerana dia pun dahulu pernah bekerja di TV3.

“Lagipun dia antara kawan yang sentiasa ada di sisi saya serta sanggup mendengar masalah saya,” ujarnya.

Ditanya tentang persiapan perkahwinan, Zed berkata, dia sedang dalam beberapa fasa terakhir untuk majlis tersebut.

“Semuanya keluarga sudah uruskan, saya sudah bercuti sejak 15 April lalu untuk urusan perkahwinan. Sekarang hanya tinggal beberapa perkara sahaja lagi yang belum selesai. Insya-Allah semua akan berjalan lancar,” ujarnya yang akan memberi tujuh dulang hantaran kepada pihak perempuan.

Zed turut merancang untuk membuka sebuah francais makanan bersama isterinya selepas bergelar suami isteri nanti.

Kad kahwin yang dihasilkan seperti laman sosial Facebook lambang pertemuan jodoh Zed Zaidi dan bakal isterinya.



Sumber: Mstar Online


Lagi Artikel Menarik