{{{{{{{{{ Promosi Hebat! }}}}}}}}}}

Jom Buat Duit Dengan Churp2
Jom Buat Duit Dengan Churp2!
Anda BERRY yang mana?
Contest Siapa Paling Comel
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Rakyat Malaysia Hebat Ber-FB!
Tukar iPad kepada iPhone!
Seksi betul..
Seksi betul..
Hanya Komen di FB Untuk Menang!
Kalau Rasa Hebat Tengok Neh..!
Submit Blog Pon Boleh Menang RM 5000!
Kan best kalau dapat bilik tidur camneh.
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!

Thursday 5 May 2011

Malang! Sudahla Tersepit, Dirogol Pulak..

Thursday 5 May 2011





Kehebatan Seorang Ibu



 Ibu ......ibu...engkaulah ratu hatiku.

Puan Licia Ronzulli, seorang ahli Parlimen di Itali, juga seorang ibu kepada seorang bayi bernama Victoria.



Walaupun seorang ahli parlimen yang sibuk,tanggungjawab sebagai ibu  tak diabaikan begitu sahaja.

Dia bijak menjaga anaknya supaya tidak menagis dan menganggu dewan ketika bersidang.
Jadi dua kerja dalam satu!!



Games Yang Menghina Islam! (Wajib Baca!) Part 2

7) Guitar Hero 3 Legends Of Rock


Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.


Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.


Games Yang Menghina Islam! (Wajib Baca!) Part 1

1) Devil May Cry 3




KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.



Disebalik Video Yang Paling Banyak Ditonton Di Youtube


533,550,809 viewers
656,265 likes | 1,325,358 dislikes

no komen


Asal-Usul Nasi Lemak



Pada zaman kesultanan Melaka, tinggallah Mak Kuntum bersama anaknya Seri. Suami Mak Kuntum telah lama terkorban dalam pertempuran menentang musuh di Selat Melaka.

Adapun Mak Kuntum ini kerjanya mengambil upah mengurut. Setiap awal pagi, Mak Kuntum telah keluar dari rumahnya untuk mencari pelanggan. Tinggallah Seri seorang diri dirumah untuk menjalankan kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas rumah dan sebagainya. Begitulah kehidupan dua beranak ini setiap hari walaupun pada cuti umum.



RM500, 000 Atau Lupakan Aksi Kelab Gergasi EPL di Bukit Jalil

KUALA LUMPUR - Tanggung kos penangguhan pembaikan trek sehingga RM500,000 dan Stadium Nasional, Bukit Jalil boleh dibuka semula untuk menyambut kehadiran tiga kelab gergasi Liga Perdana England (EPL)!

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengenakan syarat itu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekiranya masih berhajat melangsungkan perlawanan persahabatan skuad kebangsaan dengan Liverpool, Arsenal dan Chelsea di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Julai ini.

Beliau berkata, Kementerian juga sedia mengatur penangguhan dan penjadualan semula kerja pembaikan trek dengan pemiliknya, Perbadanan Stadium Merdeka tetapi menegaskan tidak dapat membiayai kos berkenaan kerana akan dianggap membazirkan wang rakyat.



Pasangan Suami Isteri Dibunuh Kejam

Sanak-saudara dan jiran tetangga sedih dengan kejadian kontaktor, Mohammad Yusof @ Abdul Rashid Samang dan isterinya, Timah @ Fatimah Pachu yang mati dibunuh di Kampung Gemeti, Bentong, Pahang, semalam.
BENTONG 4 Mei - Seorang kontraktor warga emas bersama isterinya ditemui mati dibunuh kejam, dipercayai dengan menggunakan cangkul dan objek tajam di bilik tidur rumah mereka di Kampung Gemeti di sini awal pagi ini.

Mayat Mohammad Yusof @ Abdul Rashid Samang, 71, ditemui dengan dua kesan tikaman di bahagian dada dan perut manakala isterinya, Timah @ Fatimah Pachu, 68, maut dengan kesan kecederaan di tengkuk.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Komisioner T. Narenasegaran berkata, polis menerima panggilan penduduk mengenai kejadian itu pada pukul 1.30 pagi setelah terdengar bunyi bising dan jeritan kuat dipercayai oleh kedua-dua mangsa.



Punca Kenaikan Harga Minyak RON97






Harga RON97 adalah RM1.80 seliter ketika mula-mula RON95 diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia. Waktu itu rakyat telah dicemburui oleh kerajaan kerana memperolehi harga minyak yang RON97 yang sangat murah berbanding negara jiran.

Rakyat Malaysia yang sebelum itu berdepan kenaikkan 78sen sekaligus oleh kerajaan BN pimpinan Paklah, telah berasa lega kerana penurunan semula harga minyak hingga ke lantai harga lantai RON97 sekitar RM1.80 per liter. Penurunan harga minyak adalah berkadar terus dengan harga minyak dunia yang turun merundum setelah mencecah kemuncaknya pada Ogos 2008 (seperti jangkaan Anwar Ibrahim dalam debat bersama Shabery Cheek). Maka rakyat Malaysia dapat menikmati harga petrol RON97 yang cukup melegakan.


Remy Ishak Bakal Kena Boikot Dengan Reporter Hiburan?

4 MEI 2011: Mula-mula, Murai Batu sangkakan cerita ni hanya sekadar gosip atau khabar angin semata-mata. Tapi, rupa-rupanya, kes reporter hiburan nak boikot aktor Remy Ishak ini bukanlah satu tindakan yang dibuat secara melulu atau main-main.

Khabarnya, tindakan yang dibuat oleh rakan-rakan wartawan hiburan ini dilakukan dengan bersebab. Yang mana, mereka dah tak tahan lagi nak berdepan dengan sikap dan atitude Remy Ishak yang acuh tak acuh setiap kali diwawancara. Adakalanya, Remy suka buat muka ketat bila dia kurang senang dengan beberapa pertanyaan yang diajukan buat dirinya.

Atas sebab itu, rakan-rakan wartawan hiburan yang lain sudah nekad untuk memboikot Remy Ishak yang baru saja memenangi trofi Pelakon Lelaki Drama Popular di Anugerah Bintang popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011).



Rokok Facebook?





Rasa macam nak try jer.. Nasib baik rokok ni palsu.. keh keh keh


Tersuluh Jasad Anak Saudara Sendiri

KUALA PILAH: “Hati ini bagaikan mahu gugur apabila mendapati objek seperti manusia yang tersangkut pada terowong itu tubuh anak saudara,” kata Abdul Azam Wahab, 23, yang menemui mayat seorang daripada tiga beradik dihanyutkan arus deras kelmarin, ketika mandi di Hutan Lipur Ulu Bendol, di sini.

Semalam, mayat Nursyaza Alisa Said Ahmad, 5, ditemui pada jam 3.15 pagi manakala mayat adiknya, Nursyaza Azera, 4, ditemui pada jam 10.20 pagi. 

   
  • FotoLEMAS...anggota bomba membawa jenazah Nursyaza Azera yang lemas di Sungai Ulu Bendol, semalam.
  • FotoUSUNG...bapa saudara mangsa, Wan Aziz Wan Abdullah mengusung jenazah Nursyaza Azera.
  • FotoTINGGAL KENANGAN...gambar Nursyaza Alisa (kanan), Norshaza Azera (kiri) dan Nur Sakinah (tengah) tidur bersama sebelum kejadian.

Mayat Nursyaza Alisa dijumpai Abdul Azam kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian manakala Azira ditemui pasukan mencari dan menyelamat berdekatan Sekolah Kebangsaan Ulu Bendol, di sini.

Bagaimanapun, mayat Shakinah belum ditemui sehingga petang semalam dan operasi mencari masih diteruskan.

Menurut Abdul Azam yang baru melangsungkan perkahwinan Sabtu lalu, walaupun operasi secara rasmi dihentikan kira-kira jam 10.20 malam kelmarin, namun saudara-mara mangsa mengambil keputusan untuk terus mencari.

hMetro


Pasang Sistem Amaran Awal Elak Kepala Air

KUALA PILAH 4 Mei - Fenomena kepala air yang berlaku di Hutan Lipur Ulu Bendul di sini semalam adalah sesuatu yang luar biasa dan jarang berlaku.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia berpunca daripada hujan lebat dan wujudnya takungan di bahagian tinggi sebelah hulu dekat Gunung Angsi



''Air yang datang secara tiba-tiba dari kawasan gunung menyebabkan tiga kanak-kanak malang itu dihanyutkan air deras," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan kejadian itu berikutan fenomena kepala air di Hutan Lipur Ulu Bendul di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang semalam, Nur Syaza Alisa Said Ahmad, 5; Nur Syaza Azira, 4, dan Nur Syaza Sakinah, 2, hanyut dibawa arus deras yang disebut fenomena kepala air ketika sedang mandi di kawasan perkelahan popular itu.



Hukum Perempuan Mencukur Bulu Kening

Sepertimana yang kita ketahui, perempuan dengan hiasan memang tidak dapat dipisahkan. Mereka suka bermekap agar kelihatan cantik dan menambahkan keyakinan diri. Pelbagai perkara yang mereka lakukan untuk menambahkan kecantikan termasuklah ada segelintirnya yang sampai cukur bulu kening. 

Semasa zaman persekolahan dulu, pernah jugak ternampak ada seorang budak perempuan ini nampak macam dia cukur bulu kening. Tapi kalau tanya korang lah, mesti ramai lebih suka tengok perempuan yang mempunyai bulu kening yang tebal. Apakah hukumnya perempuan yang cukur bulu kening di sisi Islam? 


Cara Betul Kepit Kuku

Salah satu tujuan blog ini dibuat adalah sebagai suatu bentuk perkongsian maklumat yang jarang diketahui orang. Disini saya akan terangkan cara-cara mengepit kuku mengikut sunnah Nabi SAW. Sesiapa yang istiqamah amalkan sunnah pada zaman fasakh dan mungkar ini, dia akan dapat pahala seolah-olah pahala mati syahid. Orang yang mati syahid ni, dia akan masuk syurga tanpa hisab. 


Bukan saya katakan cara anda kepit kuku itu salah, tetapi kalau kita kepit kuku dengan cara Sunnah Nabi, maka kita akan dapat pahala. Tetapi pahala itu tak bermakna kalau kita tak solat 5 waktu sebab jika baik solatnya maka baiklah amalnya.



Model Kereta Audi Yang Diperbuat Daripada Kertas

Taras Lesko telah diupah oleh Audi sendiri untuk membuat model kertas terperinci untuk kereta Model 2012 Audi A7. Sebanyak 285 helas kertas digunakan dan mengambil masa 245 jam untuk disiapkan. 750 bahagian kereta berkenaan dan digabungkan dengan berpandukan gambar dan blueprints kereta Audi itu.
Audi A7 Paper Model 1
perghhh semart tu beb


Orang Islam Juga Tentera Israel

Percaya atau tidak, terdapat tentera israel yang menganuti agama islam. Mereka ini walaupun islam tetapi mempunyai kerakyatan israel. Ini adalah disebabkan mereka lahir di israel. Bukan semua penduduk israel adalah yahudi semata-mata. Jangan cepat salah sangka dan mempunyai andaian yang negatif terlebih dahulu. Mereka berkhidmat sebagai tentera di israel adalah atas nama sayangkan negara. Mereka mahu israel di iktirafkan oleh dunia antarabangsa. Susur galur dan sejarah israel adalah sangat rumit dan sukar untuk dimengertikan jika pembacaan kita tidak menyeluruh. Andai seumur hidup kita, dihabiskan untuk membaca sejarah-sejarah terdahulu belum tentu kita boleh menguasai sepenuhnya. 





Lagi Artikel Menarik