{{{{{{{{{ Promosi Hebat! }}}}}}}}}}

Jom Buat Duit Dengan Churp2
Jom Buat Duit Dengan Churp2!
Anda BERRY yang mana?
Contest Siapa Paling Comel
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Rakyat Malaysia Hebat Ber-FB!
Tukar iPad kepada iPhone!
Seksi betul..
Seksi betul..
Hanya Komen di FB Untuk Menang!
Kalau Rasa Hebat Tengok Neh..!
Submit Blog Pon Boleh Menang RM 5000!
Kan best kalau dapat bilik tidur camneh.
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!

Wednesday 18 May 2011

DAP Sokong Anwar Kekal ketua Pembangkang

Wednesday 18 May 2011
DAP hari ini mengesahkan bahawa ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap kekal sebagai ketua pembangkang meskipun telah diarahkan untuk membela dirinya dalam perbicaraan liwat II.

“Kami tidak akan menggantikan ketua pembangkang selagi beliau tetap adalah MP,” kata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, selepas merasmikan Festival Georgetown di Kuala Lumpur hari ini.

NONELim berkata demikian ketika ditanya wartawan sama ada keputusan mahkamah yang mendapati kes prima facie ke atas Anwar yang didakwa meliwat pembantunya, Saiful Bukhari Azlan akan menjejaskan Pakatan Rakyat.

"Kita masih kuat dan akan meneruskan agenda pembaharuan,” katanya.

Anwar dan PKR dikatakan mengalami tamparan pada Isnin lalu apabila hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamed Zabidin Mohamed Diah memerintahkannya membela diri kerana berpendapat Mohd Saiful adalah saksi yang “berkata benar dan berwibawa”.

NONE



5 Litar Paling Bosan Dalam Sejarah Formula 1

Harini aku stop jap pasal politik. Kita sembang pasal sukan pulak. Dalam post ni aku nak share sikit ngan korangyang TERBACA post ini dengan sengaja ataupon tidak sengaja. Bagi yang sengaja tu konfem korang memang peminat Formula 1 macam aku. Heheh.

F1 ni macam sukan-sukan yang lain jugak, ada kriteria-kriteria yang tersendiri sebagai faktor penarik para peminat sukan ini. Litar bersejarah seperti Spa-Francorchamps, Silverstone dan Suzuka memang salah satu litar yang dapat menganjurkan perlumbaan yang klasik, manakala litar moden seperti Litar Yas Marina, Sepang dan Shanghai disukai kerana reka bentuk yang moden dan mempunyai kemudahan bertaraf lima bintang!

Macamana pon, ada jugak dalam banyak-banyak litar tu tak berapa nak popular atas sebab-sebab tertentu. Minggu ni pulak akan berlangsungnya GP Catalunya,Sepanyol dimana perlumbaan yang kurang diminati oleh peminat-peminat dari luar Sepanyol disebabkan faktor litar yang membosankan jadi kat bawah neh adalah antara 10 litar yang paling bosan dalam perlumbaan F1.


5. Litar Catalunya, Sepanyol





Pada minggu ni, litar ni akan menganjurkan perlumbaan buat kali ke 22, walaubagaimanapun ia tetap gagal untuk menyajikan perlumbaan yang menarik berdasarkan 21 perlumbaan yang lalu. Hanya saingan antara Mansell dan Senna pada tahun 1994 sahaja yang berjaya memberikan impak terhadap perlumbaan di litar ini. Namun sejak itu, tiada lagi perlumbaan yang berkualiti dipamerkan. Dalam 21 perlumbaan, 10 telah dimenangi oleh pelumba yang bermula di petak pertama dan selebihnya dimenangi oleh pelumba yang bermula di petak kedua dan ketiga. Ini dibuktikan apabila hanya terdapat 21 overtaking dalam 4 perlumbaan sebelum ini.



Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN

KUALA LUMPUR, 18 Mei — Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini awal pagi ini kerana demam dan batuk.

Jurucakap IJN memberitahu bekas perdana menteri itu dimasukkan ke IJN kira-kira 6 pagi.

“Ya, beliau (Dr Mahathir) dimasukkan ke IJN pagi tadi dan mengikut laporan perubatan beliau hanya batuk dan demam sahaja.

“Keadaan beliau stabil dan kita telah menjalankan fisioterapi, kemungkinan beliau akan berada di IJN selama seminggu,” katanya.


Sementara itu, pegawai khas Dr. Mahathir, Sufi Yusoff yang dipetik beberapa media tempatan berkata, perdana menteri keempat itu dimasukkan ke wad normal pagi tadi setelah dua hari menghadapi masalah demam dan batuk.

“Beliau kini menerima rawatan antibiotik intravenous selain menjalani fisioterapi dada. Dijangkakan beliau akan terus berada di IJN selama seminggu.




Wikileaks: Najib dan Pembunuhan Altantuya

Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur mengikuti secara dekat perbicaraan tertuduh dalam kes pembunuhan jurubahasa Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan sering berbincang sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dalam pembunuhan tersebut, demikian menurut kabel diplomatik yang dibekalkan kepada Asia Sentinel oleh lamanweb WikiLeaks.

najib pc in parliamnet on altantuya murder case allegations 030708Para diplomat tersebut, seperti juga orang awam, turut membuat spekulasi bahawa perbicaraan itu sengaja dilambat-lambatkan dan khuatir apa yang disebut dalam salah satu kabel tersebut sebagai "salahlaku pendakwaan" yang telah dimanipulasi untuk tujuan politik. 

Pegawai kedutaan mengasaskan kebimbangan mereka kepada sumber-sumber pendakwaan, kerajaan dan pembangkang.

Kabel itu juga menarik perhatian kepada satu dakwaan menarik bahawa Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, 
mungkin telah cuba untuk menggunakan prosiding tersebut untuk membabitkan Najib - satu dakwaan yang cepat-cepat didiamkan dalam akhbar Malaysia.


Jom Chatting Bersama Dato Sri Anwar Ibrahim di Yahoo MY

Ketika BudakMiri sedang bertwitter sebentar tadi, terbaca satu tweet dari Dato' Sri Anwar Ibrahim mengatakan yang beliau akan disoaljawab secara langsung di Yahoo Malaysia esok. Di bawah adalah tweet beliau yang saya maksudkan.


Beliau akan berada di sesi soal jawab itu pada pukul 11:30 pagi esok. Jadi, bagi korang yang ada soalan untuk Dato' Sri bolehlah berbuat demikian di website ini bermula pada pukul 11:30 pagi esok. 

Jadi, apa lagi?! Rebutlah peluang ni beb! Chatting live siot!Mungkin korang nak bertanya pasal isu politik semasa, pasal kenaikan tariff elektrik, tak pon pasal video seks beliau. Dah nama pon soalan kan?Heheh. Tapi tanya yang berkaitan jela. Kalau yang merapu-rapu tu konfem tak akan dilayan punya. Hahah!

Esok jangan lupa ye, pukul 11:30 pagi di website ini. Bookmark siap-siap. Esok kita serbu beramai-ramai memeriahkan ruangan chatting.


Swansea FC selangkah ke EPL


LONDON - Kelab Wales, Swansea City menempah tiket ke perlawanan penentuan bagi merebut slot terakhir ke Liga Perdana England selepas mengatasi Nottingham Forest 3-1 di Stadium Liberty kelmarin.


Lebih dikenali dengan nama Swans, kelab itu berpeluang menentang seteru utama dari negara yang sama, Cardiff di Wembley pada 30 Mei ini, jika menang ke atas Reading.





Rintihan, Hembusan dari Lokap Mona Fendy

NGERI...lokap dan kawasan lokap di IPD Raub yang menempatkan Mona dan suaminya.



RAUB: Suara rintihan pada lewat tengah malam, hembusan nafas di tengkuk yang meremangkan bulu roma dan perasaan seperti diperhatikan seseorang, antara pengalaman seram ditempuhi anggota polis bertugas di lokap yang pernah menempatkan Mona Fandey bersama suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka, Juraimi Hussin, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.



[GEMPAR] Haram Menikahi Gadis Sekampung - JAKIM

BERITA GEMPAR!!!!! HARAP-HARAP TENANGKAN PERASAAN

SEBELUM MEMBACA LAPORAN INI, BAGI YANG TELAH

TERLANJUR... APA NAK BUAT!!!!




Pernikahan adalah sesuatu yang dituntut tetapi hendaklah berlandaskan hukum syarak yang telah ditetapkan bagi menjamin kesjahteraan hidup didunia dan akhirat.

Haram menikahi gadis satu kampung. JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru. Setelah diadakan perbincangandan diskusi di antara para pemimpin, JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 Oktober tahun 2010:




Pekerja Petronas Bergambar Dalam Peti Ais

Dari email yang diterima:-

emmmm.. susah nak cakap.. tapi ini betul-betul terjadi di Petronas area kepong.. huii tak lalu nak membeli minuman kat petronas dah.. rasa loya tekak… siap masuk dengan kasut tu
* pengirim tidak mahu nama dan emelnya dipaparkan.. terima kasih


MUNGKIN MEREKA SENGAJA BUAT SUKA-SUKA DAN BAGI KAMI SENDIRI, TIADA MASALAH PUN KALAU KORANG NAK MASUK ATAU TIDUR KAT DALAM PETI TU PUN SINCE SEMUA AIR PUN BERTUTUP. TAPI KENA INGAT, DI MALAYSIA NI, MANUSIA NI MACAM-MACAM RAGAM DAN BILA ORANG YANG AMAT PEMBERSIH MELIHAT GELAGAT ANDA SEPERTI INI, TENTULAH IANYA MENGUNDANG PERSPEKTIF YANG TIDAK BAIK DI MATA MEREKA. JADI PADA KAMI, TAK PERLULAH BUAT BEGITU UNTUK KESERONOKAN YANG SEMENTARA TETAPI MEMBERIKAN IMEJ YANG AMAT BURUK PADA PREMIS ANDA.

-ohtidak-


Lagi Artikel Menarik