Woi woi woi...ini bukan surat habaq Metro atau Kosmo. Ini tetap blog Abu Nawas... Gambar Fasha Sandha kangkang ni adalah untuk hangpa buka dan baca cerita kat bawah ni.
Aku tak suruh hangpa dok pi kelebek apa yang ada dalam kain Fasha Sandha tu...biaq pi kat profesor tu sorang saja yang tau. Dia nak buat apa kat celah kangkang Fasha tu biaq pi kat dia. Dia profesor, dia tau la apa nak buat dengan celah kankang tu..keh keh keh.
Satgi ada pulak yang dok pi pebesaq gambaq ni sebab nak tengok jugak seluaq dalam Fasha tu warna apa..kah kah kah...Jangan dok jadi macam Lebai Zan kampung aku tu kah kah kah.
Yang patut hangpa baca ialah kisah kat bawah ni. Cerita ni hangpa tak akan jumpak melainkan dalam blog Abu Nawas saja. Bila baca tolong habaq kat anak2 hangpa yang umno bukan perjuang kemerdekaan tapi umno adalah talibarut penjajah.
Satgi ada pulak yang keluaq fatwa kata depa ni tak percaya Tuhan . Tanya la yang dok keluaq fatwa tu hangpa yang percaya Tuhan tu dok buat apa time depa ni lawan penjajah. Kalau depa ni tak masuk hutan lawan penjajah, pak lebai pun tak boleh lepak dalam masjid macam la ni....
JOM BELAJAQ SEJARAH!
...............................................................................
Kamarulzaman Teh
- Nama: Kamarulzaman Teh, lebih dikenali sebagai Pak Zaman
- Tarikh Lahir: Tahun 1920, di Kampung Tanjung Broga, Mukim Sanggang, temerloh, Pahang
- Keluarga: Anak sulung daripada 5 orang adik beradik, 2 lelaki dan 3 perempuan
- Pendidikan: Lulus darjah 5 sekolah Melayu, melanjutkan pelajaran hingga standard 7 di sekolah Inggeris Clifford, Kuala Lipis, Pahang. Kemudian lulus Sekolah Pertanian Serdang, Selangor.
- Pekerjaan: Pada tahun 1940 dan 1941, beliau berkhidmat di Serdang sebagai Malay Agriculture Subordinate (Pegawai Rendah Pertanian).
- Politik: Dalam Masa Perang Anti-Jepun bertugas secara bawah tanah di Temerloh berkoodinasi dengan TAJRM
- Tahun 1943 diterima menjadi anggota PKM. Awal 1946, beliau menubuhkan API Pahang dan menjadi Ketua 1. Bila API diharamkan, beliau menubuhkan PETA.
- Beliau adalah pengasas basis revolusioner Temerloh khasnya dan Pahang amnya.
- Pada bulan Oktober 1947, kamarulzaman dilantik sebagai seorang wakil PKM yang terbuka, bertugas di bahagian Pantai Timur.
- Awal Jun 1948, Kamarulzaman menghadiri kursus Kem Se-Malaya yang diadakan di hutan Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang dan dilantik sebagai komender Platun.
- 20 Jun 1948 beliau ditangkap oleh penjajah British. Beliau dihantar ke Penjara Pudu, Kuala Lumpur. Berkat usaha bapanya, beliau mendapat “pengampunan” Sultan, keputusan hukuman mati diubah menjadi penjara seumur hidup.
- 1962, beliau dibebaskan dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.
- Setelah dibebaskan Kamarulzaman bekerja di Temerloh Bus Company. Kemudian menyertai Parti Sosialis Rakyat Malaysia. 1981-1989 dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Pusat PSRM. Beliau pernah menjadi calon Parlimen Temerloh dalam pilihanraya 1974, tetapi dikalahkan.
- Dalam tahun 1950-an, ketika beliau masih dalam penjara, beliau dilantik sebagai anggota Kehormat Markas Besar Rejimen Ke-10.
- Rumahtangga: Beliau berkahwin pada tahun 1947. Tapi isterinya minta fasah ketika beliau di dalam penjara.
Catatan Abdullah C.D. berkenaan Kamarulzaman Teh: Pemimpin dari Temerloh, Kamarulzaman Teh
Kamarulzaman Teh dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Tanjung Broga, Mukim Sanggang, Temerloh, Pahang. Bapanya, Haji Teh bin Tok Abu Bakar, seorang guru sekolah yang lulus dari Maktab Perguruan, berasal dari Kampung Lebak, Temerloh. Ibunya bernama Hajah Siteh binti Ali.
Pada mulanya Kamarulzaman belajar di Sekolah Melayu Kampung Lebak, Temerloh, lulus darjah lima pada tahun 1929. Pada tahun 1930 Kamarulzaman masuk Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Lipis, Pahang, lulus darjah tujuh. Kemudian beliau memasuki Sekolah Pertanian Serdang dan mendapat kelulusan pada tahun 1939. Pada tahun 1940-41, Kamarulzaman berkhidmat di sana sebagai Pegawai Rendah Pertanian. Kegemarannya masa di sekolah ialah menjadi pengakap, bermain kriket, hoki dan badminton.
Kamarulzaman gemar membaca buku-buku sejarah seperti sejarah kolonial dan tanah jajahan, sejarah Revolusi Oktober, pemberontakan di Indonesia dan lain-lain. Buku-buku ini terdapat di sekolah pada waktu itu. Ini merupakan pengaruh politik yang awal di sanubari beliau.
Sebelum Perang Dunia Kedua, beliau menyertai KMM di bawah pimpinan Mustapha Hussein. Beliau dan Nazar Nong, juga dari Pahang, adalah rakan seperjuangan dan bercita-cita sama berjuang untuk kemerdekaan tanah air.
Pada masa Perang Anti-Jepun, Kamarulzaman bergerak secara bawah tanah selama dua tahun, dari hujung tahun 1943 hingga Ogos 1945. Tugasnya ialah memimpin badan propaganda di bahagian Temerloh dan berkoordinasi dengan pasukan TAJRM. Dalam badan propaganda, beliau menyebarkan siaran-siaran kepada massa, memberi penjelasan tentang perjuangan antifasis, serta membuat siasatan dan mengutip maklumat tentang gerak-geri mata-mata gelap Jepun.
Kamarulzaman menjadi anggota PKM melalui cawangan di Temerloh pada tahun 1943.
Setelah Jepun menyerah kalah, Kamarulzaman ditugaskan membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan orang Melayu. Beliau bekerjasama dengan PKMM. Ketika itu API sebagai sayap PKMM baru sahaja ditubuhkan. Kamarulzaman telah menubuhkan API di Pahang pada awal tahun 1946 dengan beliau sebagai Ketua satunya dan Yusuf Salleh sebagai Setiausahanya.
Di bawah pimpinan Kamarulzaman, semangat nasionalisme anggota-anggota di dalam barisan API Temerloh berkobar-kobar, militan dan revolusioner. Sebahagian daripada mereka dipupuk untuk diserapkan menjadi anggota PKM. Di seluruh Pahang anggota API ketika itu berjumlah lebih kurang seratus orang. Tiga puluh empat orang daripadanya ialah anggota PKM.
Tugas API ialah memberikan penerangan kepada massa rakyat tentang perjuangan anti-British. Salah satu cara dalam menjalankan tugasnya ialah menubuhkan badan sandiwara yang terdiri daripada dua puluh hingga tiga puluh orang kawan. Pementasan sandiwara mengisahkan penderitaan rakyat di bawah belenggu penjajahan, dan sindiran tajam terhadap penjajah British. Apabila tirai dibuka, anggota API menyanyikan lagu “Darah Rakyat,” “Tanah Air” dan lain-lain. API bergerak di pelbagai tempat seperti Chenor, Bera, Lubuk Kawah, Semantan, Benta dan lain-lain.
Apabila API diharamkan, ditubuh pula PETA dengan Wahi Anuar sebagai Ketua Satunya. Anggota-anggota API secara automatik menjadi anggota PETA. Bersempena kongres PETA yang diadakan pada bulan April 1948 di Temerloh, satu perarakan secara besar-besaran telah diadakan. Polis cuba menghalang tetapi ditentang dengan gagah berani oleh para peserta perarakan.
Selepas Perang Dunia Kedua, berlaku rusuhan antara kaum di Batu Malim, Raub, Pahang. Semasa rusuhan itu meletus, Kamarulzaman dihantar oleh PKM bersama dengan Shamsuddin Salleh dan Nazar Nong yang mewakili PKMM dan seorang kawan Tionghua wakil PKM dari Bentong memberi penerangan kepada orang Melayu dan Tionghua. Rusuhan itu akhirnya dapat dicegah daripada merebak.
Pada Oktober 1947 Kamarulzaman dilantik sebagai salah seorang wakil PKM secara terbuka, bertugas bagi kawasan Pantai Timur meliputi Pahang, Terengganu dan Kelantan. Beliau bergerak secara terbuka atas nama wakil PKM. Dalam kongres penubuhan BTM di Kajang, Selangor pada Oktober 1947, beliau dijemput berucap sebagai wakil PKM. Orang ramai banyak yang terkejut, kerana sebelum ini beliau dikira wakil API.
Dalam Jabatan Kerja Melayu, Kamarulzaman bertanggungjawab terhadap tugas untuk mengembangkan organisasi PKM bahagian Melayu di kawasan Sektor Timur, dengan Pahang sebagai titik utamanya.
Semakin bergolaknya situasi perjuangan, penjajah British semakin hebat menekan gerakan untuk kemerdekaan. Pihak organisasi PKM mengeluarkan arahan untuk melatih kawan-kawan dalam soal persenjataan. Kamarulzaman ditugaskan menyediakan satu tempat latihan. Beliau berbincang dengan kawan-kawan dan memilih hutan Lubuk Kawah sebagai kem tempat latihan. Kawan-kawan tertentu sahaja yang dibenarkan membuat kem itu yang dikenali dengan nama Kem Se-Malaya. Satu demi satu regu kader bahagian Melayu dari setiap negeri datang untuk berlatih. Jumlah yang hadir seramai tiga puluh enam orang. Kursus hanya dapat diadakan selama dua minggu sahaja kerana keadaan semasa yang berubah amat cepat.
Sebelum latihan bermula, satu regu kawan-kawan yang diketuai oleh Ibrahim Chik pergi mengambil 15 pucuk senjata daripada kawan Tionghua di Batu Tiga.
Pada 20 Jun 1948, Kamarulzaman ditangkap oleh penjajah British di bawah Undang-undang Darurat. Mengikut laporan yang saya terima, beliau ditangkap pada kira-kira pukul 10 pagi di Kedai No. 1, Jalan Abu Bakar, Temerloh. Masa itu beliau menyeberang sungai dari kampung ke bandar. Dia belum mengetahui yang darurat telah diisytiharkan pada malam sebelumnya. Apabila sampai ke kedai, dia terus pergi ke stesen bas untuk pergi ke Mentakab. Tiba-tiba datang beberapa orang. Yang beliau ingat ialah seorang sub-inspektor (beruniform) dan dua orang mata-mata gelap bernama Ismail dan Mat Taram (tidak beruniform). Mereka berkata kepada Kamarulzaman. “Minta segera pergi ke Mentakab, kerana OCPD Day mahu berjumpa.”
Kamarulzaman menjawab, “Saya penduduk di Temerloh, saya boleh pergi, tak payahlah kalian arahkan, dan saya boleh pergi sendiri.”
Polis itu berkata lagi, “Che Kamar mesti pergi sekarang juga kerana hal ini penting.”
Kamarulzaman terus menjawab, “Penting tak penting tu soalan saya. Kalau ada warrant of arrest (surat rasmi tangkapan), boleh saya mengikut secara teratur.”
Mereka memberitahu Kamarulzaman bahawa mereka tak ada waran. Kamarulzaman menjawab, kalau tak ada waran, dia tak mahu pergi, biarlah dia pergi bersendirian, jangan memaksanya.
Mereka berkata, “Kalau begitu Che Kamar tak mahu pergilah.”
Kamarulzaman menjawab, “Tidak, bukan saya tak mahu pergi.”
Tiba-tiba mereka cuba mengasak beliau untuk ditangkap. Apabila beliau diasak ke suatu sudut, secara tak sedar beliau telah mengenakan tumbukan kepada mereka bertiga. Dan mereka terlentang di atas tong peti surat di situ sambil berteriak, “Tangkap dia. Dia melawan!”
Kamarulzaman jawab, “Saya tidak melawan. Encik datang menggasak saya. Saya sudah beritahu jangan, saya boleh pergi sendiri.”
“Mana boleh,” jawab mereka. Mereka datang sekali lagi, Kamarulzaman menumbuk mereka lagi hingga terjatuh.
Beberapa kali pertarungan berlaku. Akhirnya mereka bertiga menyerang Kamarulzaman lagi, memegang dan membawa beliau ke tengah lorong simpang tiga bandar Temerloh. Kamarulzaman meminta mereka berhenti sebentar kerana nak memberitahu orang ramai hal yang sudah terjadi. Dengan kesempatan ini beliau memberitahu orang ramai di situ yang beliau telah ditangkap oleh penjajah British. Lantas Kamarulzaman terus dibawa menuju ke balai polis.
Di tengah jalan, Mat Taram berkata kepada beliau, “Matilah saya Che Kamar, orang Che Kamar tentu cari saya.”
Kamarulzaman berkata kepadanya, “Encik Taram menjalankan tugas, tugas Che Taram sudah selesai. Tapi sekiranya perkara itu sejengkal, jangan buat jadi sedepa.” Kerana orang ramai di situ adalah penyokong gerakan kemerdekaan.” Mat Taram telah melahirkan rasa takut dan bimbang akan padah tindakannya.
Sesampai sahaja di Balai Polis Temerloh, OCPD Day ada di situ. OCPD bukan main garang. Dia memaki Kamarulzaman dengan berkata “You’re a Russian dog!” (Kamu anjing Russia).
Kamarulzaman menumbuk meja dan menjawab, “You’re an imperialis dog!” (kamu anjing imperialis).
“Sombong, ya!”, kata Day lagi dalam bahasa Melayu pelat Inggeris.
Kamarulzaman menjawab, “Tidak, saya tidak sombong. Tuan yang bercakap dulu.”
Day memerintahkan Kamarulzaman dikurung dalam lokap. Dia ambil beg Kamarulzaman lalu membuka dan menjumpai sepucuk pistol di dalamnya.
Day bertanya, “Apakah itu senjata kamu?” Kamarulzaman berkata, “Bukan, saya tak tahu, takkan saya pergi ke bandar bawa senjata, lagi pun ini menurut undang-undang memang salah.” Semasa beliau bergelut dengan polis, pistol itu tak terlepas ada di bahunya.
Sarjan polis Temerloh waktu itu adalah orang bawah tanah. Kerana itu, Kawan Haji Hashim (Chen Nan) telah mengutus Rosli (waktu itu dia belum masuk pasukan lagi) membawa sepucuk surat meminta Sarjan melepaskan Kamarulzaman. Kerana ini adalah tangkapan yang dirancang oleh penjajah British, maka Sarjan tak boleh buat apa-apa. Walau bagaimanapun Rosli dilepaskan.
Kamarulzaman tinggal dilokap Temerloh selama tiga hingga empat hari sahaja, kemudian terus dihantar ke penjara Kuala Lipis. Di sana sudah terdapat ramai kawan-kawan yang ditahan di bawah Undang-undang Darurat. Mereka itu terdiri daripada anggota PKMM, API, dan lain-lain. Dua malam di sini Kamarulzaman dihantar ke Balai Polis Campbell, Kuala Lumpur. Keesokannya pula beliau dihantar ke Penjara Pudu. Di sana beliau diasingkan di bilik khas menunggu pembicaraan mahkamah. Dalam bilik khas itu, beliau bertemu dengan Adnan dari Kajang, Selangor yang juga ditangkap kerana kes senjata api.
Mengikut rancangan yang ditetapkan dalam perhimpunan kader di Kem Se-Malaya, Kamarulzaman ditugaskan membentuk pasukan bersenjata di daerah Temerloh sebagai persiapan untuk menghadapi tindakan penjajah British yang telah diduga akan bertindak dengan lebih keras dan melakukan penangkapan secara sekali gus. Temerloh juga diputuskan sebagai pusat pasukan Melayu. Di situ ramai pemuda berdarah revolusioner dari PKMM, PETA, BTM dan lain-lain telah berkumpul dan menunggu perintah dari Kamarulzaman sahaja. Akan tetapi kerana Kamarulzaman tertangkap, kawan-kawan itu terpaksa bergerila secara sendiri-sendiri untuk mengelakkan penangkapan penjajah British.
Kerana beliau ditangkap, saya yang sedang membangun pasukan di Benta dipanggil balik ke Temerloh untuk mengambil alih tugas Kamarulzaman. Malangnya, saya juga tertangkap di tengah jalan di kawasan Ulu Dong. Keadaan ketika itu amat genting bagi gerakan revolusi di bahagian Melayu kerana tiga orang pimpinan utama telah ditangkap, menimbulkan rasa pesimis di kalangan organisasi dan massa rakyat. (Rashid Maidin juga ditangkap pada Julai 1948). Hanya setelah saya berjaya melepaskan diri dari tangkapan musuh dan kembali ke Temerloh bergabung dengan pasukan asas, barulah dikembangkan semula pembangunan pasukan Melayu. Hampir setahun kemudian iaitu pada 21 Mei 1949, barulah kami berjaya membentuk Rejimen Ke-10. Dan sejak itu, barulah revolusi di bahagian Melayu berkembang semula. Untuk menghargai sumbangan Kamarulzaman memimpin perjuangan untuk kemerdekaan di kawasan Temerloh sehingga terdapat ramai pemuda Melayu yang tinggi kesedaran nasional dan revolusioner serta terbentuk sejumlah anggota asas untuk pembentukan Rejimen Ke-10, Markas Besar Rejimen Ke-10 telah menganugerahkan gelaran sebagai anggota Markas Besar Kehormat Rejimen Ke-10 kepadanya. Dan sejak itu, barulah revolusi di bahagian Melayu berkembang semula.
Mengikut laporan Kamarulzaman, semasa perbicaraan, hakim menjatuhkan hukuman bersalah memiliki senjata api dan dikenakan hukuman gantung sampai mati ke atas beliau. Akan tetapi setelah itu beliau diberitahu bahawa ada surat yang mengatakan beliau sudah diampunkan oleh Sultan Pahang, lalu hukuman diubah menjadi penjara seumur hidup.
Kamarulzaman adalah pejuang kemerdekaan yang pertama sekali dijatuhi hukuman gantung kerana memperjuangkan kemerdekaan setelah darurat diisytiharkan. Akan tetapi kerana beliau mendapat pengampunan dari Sultan Pahang, beliau tidak jadi digantung. Pejuang kemerdekaan yang pertama menjalani hukuman gantung ialah Adnan yang di penjara bersama dengan Kamarulzaman. Beliaulah putera terbaik tanah air yang pertama menghadapi tali gantung penjajah. Beliau anggota PKMM dan BTM yang berasal dari Selangor. Setelah penjajah British mengisytiharkan Undang-undang Darurat, beliau menyertai perjuangan bersenjata anti-British di Selangor. Akan tetapi beliau tercedera dalam pertempuran dan ditangkap musuh lalu dijatuhi hukuman gantung. Mengikut laporan Kamarulzaman, selepas Adnan digantung, barulah kawan-kawan lain turut digantung, kadang-kadang tiga orang, kadang-kadang enam orang satu kali digantung. Yang saya maksudkan di sini ialah dari orang Melayu sahaja. Selain itu masih ramai pejuang kemerdekaan dari kaum lain juga menghadapi tali gantung penjajah. Antara yang meninggalkan kesan mendalam bagi saya ialah Ganapathy.
Ganapathy adalah seorang pejuang peringkat internasional yang ulung yang pernah bersama-sama saya bergerak dalam PKM untuk usaha kemerdekaan tanah air. Yang teristimewanya ialah beliau dua kali dihukum gantung. Kali pertama semasa Perang Dunia Kedua oleh kaum fasis Jepun. Akan tetapi kerana kekalahan Jepun secara mendadak, maka beliau tidak sempat digantung. Kali kedua pada masa Perang Pembebasan Nasional Anti-British. Beliau memasuki perjuangan bersenjata anti-British setelah darurat diisytiharkan. Akan tetapi beliau tertangkap oleh penjajah lalu dijatuhi hukuman gantung.
Mengikut laporan Kamarulzaman kawan-kawan yang dikenakan hukuman gantung cukup bersemangat dan amat mengharukan. Esok mereka akan digantung, malamnya mereka tidak tidur, menyanyi lagu-lagu patriotik dan meneriakkan slogan “Hidup PKM.” Apabila mereka dibawa ke tali gantung, kedengaran mereka terus menyanyi.
Di Penjara Pudu, Kamarulzaman bersama kawan-kawan lain memimpin para tahanan melancarkan perjuangan untuk perbaikan layanan dan lain-lain. Berkat perjuangan mereka, pihak berkuasa penjajah terpaksa memberikan sedikit kelonggaran ke atas mereka.
Tiga bulan sebelum tarikh Kamarulzaman dikeluarkan daripada penjara, beliau telah dipanggil oleh tiga orang pegawai Special Branch untuk soal siasat – seorang menyoal, seorang memerhatikan gerak-geri beliau dan seorang lagi membuat catatan.
Tiga bulan kemudian, pada tahun 1962, Kamarulzaman dibebaskan. Sebelum keluar daripada penjara pihak Special Branch membacakan beberapa syarat yang dikenakan ke atas beliau seperti tidak boleh campur politik, tak boleh campur kesatuan sekerja, tidak boleh bercakap dengan bekas tahanan politik, tidak boleh meninggalkan daerah Campbell Police District, tidak boleh tukar alamat tanpa izin dan mesti berada di dalam rumah antara jam 10.00 malam hingga 6.00 pagi.
Setelah dua tahun Kamarulzaman berada di Kuala Lumpur, beliau menulis surat kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) memohon balik ke Temerloh untuk menjaga ibunya yang sudah tua. Permintaannya ini diluluskan tetapi ditambah lagi dua syarat – iaitu mesti melaporkan diri ke polis daerah Temerloh dan tidak boleh pindah dari daerah Temerloh ke tempat lain. Syarat-syarat ISA seperti yang disebutkan di atas tadi tetaplah dikenakan selama lapan tahun mulai 1962 hingga 1970.
Setelah semua syarat-syarat yang dikenakan ke atas beliau dibatalkan pada tahun 1970, kawan-kawan dari Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) (kemudiannya Parti Rakyat Malaysia) datang menemuinya dan minta beliau menjadi anggotanya. Pada tahun 1974, PSRM minta beliau menjadi calon Parlimen Temerloh menentang Datuk Hamzah Abu Samah, seorang menteri dalam Kerajaan Barisan Nasional. Kamarulzaman mendapat sokongan yang sangat baik daripada semua kaum di Temerloh, walaupun beliau baru sahaja berkecimpung dalam politik pilihan raya. Kamarulzaman terus bergiat dalam PSRM dan telah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Pusat parti itu selama sembilan tahun dari tahun 1981 hingga 1989. Beliau meninggal dunia pada 5 November 2002 dalam usia 82 tahun.
.................................................JAMEN KADER
Nama sebenar Jasman ialah Jamal bin Haji Sulaiman, tetapi beliau menggunakan nama samaran sebagai J.H. Jasman. Beliau lahir di sebuah kampung di Sengarang, Batu Pahat, Johor pada tahun 1918. Ibu bapanya berasal dari Kalimantan Selatan (masa itu di bawah pemerintahan Belanda) dari suku bangsa Banjar.
Jasman mendapat pelajaran awal di sekolah kampung dengan bayaran sendiri. Setahun kemudian dia meneruskan pelajaran di Sekolah Melayu Parit Kemang, Sengarang dan di sebelah petangnya pula belajar sekolah Arab. Beliau lulus darjah lima sekolah Melayu dan mendapat pilihan menjadi guru pelatih.
Akan tetapi kerana beliau tidak mempunyai surat beranak, beliau tidak diakui sebagai guru pelatih bahkan diberhentikan terus dari sekolah. Di sekolah Arab pula beliau lulus darjah enam dan juga ditawarkan menjadi guru pelatih. Kemudian beliau meneruskan pelajaran Inggeris di sekolah swasta sebelah petang dengan bayaran sendiri. Pelajarannya terhenti kerana pencerobohan Jepun ke atas Malaya.
Setelah fasis Jepun menduduki Malaya, beliau dan isteri menyertai gerakan anti-Jepun pada Mei 1942. Kemudian beliau bersama 43 orang pemuda Melayu yang menganggotai organisasi anti-Jepun dijemput menyertai kursus politik dan latihan militeri selama 27 hari. Melalui kursus politik dan militeri ini mereka telah mendapat kesedaran yang lebih mendalam dan memperkuatkan tekad juang menentang fasis Jepun demi kemerdekaan tanah air. Beliau diatur menjalankan tugas menyusun orang ramai, memberi penerangan, mengutip yuran dan derma, mengadakan rapat-rapat umum dan lain-lain. Pekerjaannya berkembang ke seluruh Batu Pahat. Di bawah pimpinan beliau, kampung-kampung Melayu di Batu Pahat telah disusun ke dalam organisasi anti-Jepun.
Menjelang akhir Perang Anti-Jepun, di kawasan Batu Pahat telah berlaku peristiwa pembunuhan besar-besaran akibat hasutan fasis Jepun. Jasman dan kawan-kawan lain dalam organisasi anti-Jepun bahagian Melayu berusaha mencegahnya dan menyiasat duduk perkara sebenarnya dalam keadaan yang amat bahaya. Akan tetapi kerana pertentangan antara orang Melayu dan orang Tionghua semakin serius, maka organisasi anti-Jepun seperti lasykar rakyat dan lain-lain di kampung menjadi kucar kacir, kader-kader bahagian Melayu turut menjadi mangsa serangan kumpulan parang panjang. Jasman dan sembilan orang kawan pernah terkepung, tetapi berjaya berundur ke Johor Bahru bersama pasukan TAJRM. Sementara itu kawan-kawan lain di bawah pimpinannya telah terputus hubungan sama sekali.
Pada Januari 1945, Jasman diterima sebagai anggota PKM. Pada bulan Februari 1947, beliau dilantik sebagai Setiausaha Jabatan Kerja Melayu Johor. Menjelang darurat, beliau menghadiri kursus politik dan militer di Sekolah Parti Kem Se-Malaya. Apabila tercetusnya darurat, beliau memimpin pasukan Melayu di Johor dan Melaka dan bergerak di kawasan Tangkak Barat – Melaka.
Bergabung Dengan Rejimen Ke-10 Di Temerloh
Kira-kira awal 1953, Jasman memimpin sejumlah kawan-kawan Melayu yang bergerak di kawasan Tangkak, Melaka datang ke Pahang bergabung dengan Rejimen Ke-10. Antara mereka yang masih saya ingat ialah Suti.
Jasman adalah kader peringkat Negeri Jabatan Kerja Melayu bertanggungjawab di bahagian Melaka. Beliau ikut serta dalam perkumpulan Sekolah Parti Kem Se-Malaya di Lubuk Kawah, Temerloh pada bulan Jun 1948. Seorang kawan lagi ialah Suti. Dalam masa aman dia keluar negeri. Tapi apabila Darurat diisytiharkan, dia balik untuk menyertai perjuangan bersenjata.
Ketika itu di Melaka terdapat ramai orang API / PETA, PKMM dan lain-lain di bawah pengaruh Dr. Burhanuddin mahu menyertai perjuangan bersenjata. Tetapi kerana Undang-Undang Darurat, mereka tak dapat berhubung dengan organisasi PKM. Kerana itu mereka secara beramai-ramai masuk menjadi askar Melayu menunggu peluang menyertai perjuangan bersenjata.Mengikut laporan dari Jasman dan Suti, mereka yang bergabung dengan pasukan Tionghua di Melaka telah menghubungi Rashid Maidin melalui seorang budak penggembala lembu. Mereka telah menjanjikan isyarat bendera merah sebagai sasaran bagi Rashid Maidin bergabung dengan pasukan gerila. Setelah bergabung, mereka dibom hebat oleh tentera penjajah British. Akhirnya Rashid Maidin dapat dihantar ke Rejimen Ke-10 di Pahang dengan selamat.
Jasman pernah membuat sumbangan besar dalam masalah menyelesaikan peristiwa Siao Liu tahun 1949 - 1950. Siao Liu bekas Wakil Pengarah Jawatankuasa Kerja Kecil Tentera Ke-2 Johor - Melaka. Dia memutuskan hubungan dengan Jawatankuasa Wilayah, semua keputusan tak disampaikan kepada kawan-kawan. Siao Liu cuba melakukan pemecah belahan dengan membuat programnya sendiri: Katanya inilah "Kunci Revolusi Malaya." Dia mengemukakan untuk "membahagi-bahagikan ladang getah secara sama rata". Di samping itu dia juga mengemukakan harus melakukan pertempuran-pertempuran siang malam. Tapi apabila menghadapi serangan kempen kepung basmi musuh secara besar-besaran, dia menjadi luntur semangat dan berkata pula "situasi Malaya sekarang belum matang lagi, perjuangan bersenjata tak sesuai". Maka itu pasukan bersenjata harus dibubarkan. Semua kawan tak dibenarkan keluar dari perkhemahan, semuanya harus ikut keputusannya.
Jasman dan kawan-kawan Melayu di sana menentang tindakan Siao Liu itu. Dengan menggunakan alasan hendak pergi ambil kad pengenalan, Jasman memimpin kawan-kawan Melayu menghubungi Jawatankuasa Wilayah dan menyampaikan laporan terperinci mengenai Siao Liu. Jawatankuasa Wilayah telah menghantar satu pasukan tentera bersama dengan unit pimpinan Jasman ke Melaka. Mereka telah membekuk Siao Liu. Dengan itu rancangan Siao Liu yang cuba mengkhianati pasukan bersenjata berjaya dibongkar dan digagalkan. Kawan-kawan pasukan itu dapat diselamatkan. Ini satu sumbangan besar Jasman dan kawan-kawan Melayu Melaka kepada perjuangan bersenjata.
Setelah tiba di Rejimen Ke-10, Jasman dilantik menjadi anggota Markas Besar Rejimen Ke-10. Berdasarkan ketetapan Jawatankuasa Pusat dan Markas Agung, Jasman memimpin sebahagian pasukan Rejimen Ke-10 di bawah pimpinan Dewan Sentral Komiti Selatan Malaya (DCCSM) manakala saya pula memimpin sebahagian Rejimen Ke-10 di bawah pimpinan Dewan Sentral Komiti Utara Malaya (DCCUM).
--- dipetik dari Memoir Abdullah C.D. (Bahagian 1 dan 2),
ASI
perajurit India dari Rejimen Ke-5 Tentera Pembebasan
Nasional Malaya sedang memberi hormat. Berdiri di
depan sebelah kanan ialah Asi.
Nasional Malaya sedang memberi hormat. Berdiri di
depan sebelah kanan ialah Asi.
Tanya: Kami mendengar berita yang mengatakan pernah ada satu pasukan India, benarkah?
Asi: Ya, benar.
Tanya: Bolehkah ceritakan sedikit tentang pasukan India tersebut?
Asi: Peristiwanya telah berlalu lama, banyak perkara saya dah lupa. Saya masuk pasukan pada tahun 1952, masih kanak-kanak lagi kira-kira berumur 12 tahun setengah. Masa itu ada banyak gerup tentera India bergerila di Negeri Perak terutamanya kawasan Sungai Siput.
Tanya: Bilakah pasukan India ini didirikan?
Asi: Ketika pasukan India ini dirasmikan saya ada bersama, pada tahun 1952. Unit-unit gerila India dari beberapa tempat dikumpulkan di kawasan Penalok, Tabung, daerah Chemor. Ketua Rejimen Ke-5, Kawan Sukom mengumumkan perasmian pasukan India ini. Selain itu Komisaris Politik Pasukan India, Kawan Mutusamy juga hadir dalam perasmian itu. Pasukan ini tiada nama khas, cuma dinamakan Pasukan India di bawah Rejimen Ke-5.
Tanya: Bolehkah ceritakan sedikit tentang pimpinan pasukan India ini?
Asi: Pasukan India ini dipimpin oleh Mutusamy sebagai Komisaris Politik Pasukan. Beliau adalah anggota Jawatankuasa Daerah Parti. Pembantunya ialah Perumal. Anggota Area Komiti Parti. Selain itu terdapat 2 orang kawan Cina yang ikut memimpin pasukan iaitu Kawan Chi Min dan Fuk San. Abdullah C.D. kenal Mutusamy kerana dia pernah datang bertemu dan berbincang di Ulu Kinta pada tahun 1953.
Tanya: Apa tugas Kawan Asi di Pasukan India?
Asi: Saya ditugaskan sebagai pengawal Kawan Mutusamy. Di samping itu juga pernah menjalankan kerja utusan, penerbitan dan lain-lain.
Tanya: Boleh terangkan sedikit bagaimana tentang kerja utusan?
Asi: Kerja utusan adalah kerja hubungan antara satu tempat ke satu tempat. Tugas saya ialah menghubungi berbagai unit seperti regu hospital, regu penyusun massa dan lain-lain. Utusan antara markas pengarah pasukan India dengan unit hospital kira-kira seminggu perjalanan, kalau pergi balik kira-kira setengah bulan. Anggota utusan terdiri dari 4 orang, iaitu 2 orang kawan (peringkat kakak berumur belasan), saya dan seorang kanak-kanak wanita berumur lebih kurang 9 tahun. Senjata hanya 2 laras dipakai oleh 2 kakak tadi.
Tanya: Bagaimana pula tentang kerja penerbitan?
Asi: Kerja penerbitan pada dilakukan oleh Kawan Mutusamy sendiri. Setelah saya masuk, beliau mengajar saya menulis stensels dan mencetaknya. Kemudian majalah itu di edarkan kepada massa rakyat.
Tanya: Berapa jumlah pasukan India dan bagaimanakah keadaannya?
Asi: Saya juga sudah lupa secara konkritnya, tapi rasanya 85 orang, semuanya India kecuali 2 orang kader Cina yang saya sebutkan tadi. Kami dibahagikan kepada 4 seksyen. Yang lain-lain sama juga dengan pasukan-pasukan Cina dan Rejimen Ke-10. Pasukan ini kemudian dijadikan beberapa gerup dicampur dengan kawan-kawan Cina dari Rejimen Ke-5 untuk menjalankan kerja massa di berbagai tempat kawasan Sungai Siput. Pasukan markasnya terdiri dari beberapa orang saja iaitu Mutusamy dan beberapa orang pengawal. Kami sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat mengikut Mutusamy.
Tanya: Bagaimanakah suasana ketika penubuhan pasukan India?
Asi: Suasananya memang hangat. Kami kumpul 80 orang lebih menerima latihan, kursus dan macam-macam. Keadaan kehidupan sangat susah. Beras boleh dikatakan tak ada. Makanan utama kami ialah buah labu dan ubi kayu. Makanan pokok bersandar pada bantuan orang Asli. Setiap hari, ada 30-40 Orang Asli menghantar ubi ke tampat kami. Ini diurus oleh Kawan Sukhom, Ketua Rejimen Ke-5.
Tanya: Bagaimanakah sambutan massa?
Asi: Sambutan massa India sangat menggalakkan. Mereka membelikan barang-barang untuk pasukan dan menghantar anak-anak mereka memasuki pasukan. Dari Batu Satu Sungai Siput hingga ke Lasa semuanya terdiri dari orang India penoreh getah yang menyokong perjuangan bersenjata. Mereka dibawa oleh penjajah British dari India untuk dijadikan buruh murah di estet-estet British. Masa itu pengaruh Rejimen Ke-5 kuat di kawasan itu. Oleh itu penjajah British menganggap kawasan ini sebagai kawasan merah.
Tanya: Bagaimanakah keadaan pasukan ketika menghadapi taktik kampung berkurung penjajah British?
Asi: Penjajah British memang licik dan jahat. Dia telah melaksanakan satu strategi untuk memutuskan hubungan tentera dengan massa dengan cara mendirikan kampung berkurung dan menyekat perbekalan. Di Sungai Siput, penjajah British memindahkan massa secara mengejut. Hari ini kita masih bertemu dengan massa di dalam estet getah, esok sudah tiada. Tentera British menyiapkan terlebih dahulu kem kurungan, kemudian memindahkan kaum buruh di estet-estet getah secara paksa. Dengan itu hubungan kami dengan massa agak terbatas dan barang-barang perbekalan juga sukar diperolehi kerana diperiksa ketat oleh askar British. Kehidupan material kami mengalami kesulitan. Kami terpaksa makan ubi kayu, keledek, pisang, umbut langkap, umbut nibung, buah-buah hutan seperti buah kulim dan sebagainya.
Tanya: Kami mendapat berita bahawa pada tahun 1953 satu regu Rejijmen Ke-10 telah bergabung dengan 1 kompeni pasukan Cina dan pasukan India dari Rejimen Ke-5. Benarkah?
Asi: Ya, benar. Seluruh pasukan India ikut serta dalam pasukan gabungan ini.
Tanya: Pada tahun 1953, pasukan Rejimen Ke-10 terkena serangan udara besar-besaran di Ulu Kinta. Kami mendapat tahu bahawa serangan itu adalah serangan udara terbesar dalam sejarah Perang Pembebasan Nasional Anti-British. Apakah kesannya serangan itu ke atas pasukan India?
Asi: Ya, saya ingat peristiwa itu. Serangan itu besar sekilnya sampai ke Lasa. Beberapa orang kawan Melayu dari Rejimen Ke-10 yang terputus hubungan tinggal bersama kami. Kami Rejimen Ke-5 juga terkena serangan itu. Untuk mengelakkan serangan itu, pasukan kami berundur bergabung dengan pasukan Cina di Pahang. Sebulan tinggal di Pahang barulah kami balik ke Sungai Siput. Selepas serangan udara besar-besaran ke atas Rejimen Ke-10 itu, penjajah British tak putus-putus melancarkan kempen kepung basmi ke atas kami.
Tanya: Bolehkah ceritakan sedikit lagi tentang Kawan Mutusamy?
Asi: Kerana saya masih kecil masa itu, saya tak tahu mana riwayat hidupnya. Tapi dia juga berasal dari Sungai Siput. Beliau seorang pimpinan yang baik, sangat disayangi dan dihormati oleh kawan-kawan India. Pada suatu hari selepas Perundingan Baling, saya diatur oleh Kawan Mutusamy pergi menghubungi regu penyusun massa (massworker) untuk mengambil surat khabar. Akan tetapi, bila saya balik ke perkhemahan, kawan-kawan sudah tiada. Jadi masa itu saya terputus hubungan dengan Kawan Mutusamy. Tapi seorang Kawan Cina bernama Lem Poh yang terkena peluru di bahagian dada dapat balik ke perkhemahan. Saya membantu dia mengubati lukanya sampai sembuh. Cerita dari kawan Cina itu lebih kurang begini:
Setelah saya keluar dari pasukan, Kawan Mutusamy membawa membawa kawan-kawan ke Kuang untuk menyampaikan kursus kepada gerup kawan-kawan India di situ. Tapi ada seorang perajurit bernama Supaya keluar menyerah diri kepada musuh dan membocorkan rahasia pasukan. Pasukan India berpindah, tapi tak jauh dari tempat itu. Malangnya Supaya yang berkhianat telah membawa askar Gurkha menyerang. Dalam serangan itulah Kawan Mutusamy dan ramai kawan terkorban.
Tanya: Selain dari peristiwa di atas, apakah ada peristiwa-peristiwa yang lain lagi?
Asi: Setelah terkorbannya Kawan Mutusamy, kami boleh dikatakan putus hubungan dengan organisasi. Masa itu saya masih mentah lagi, tapi terpaksa menghubungi regu-regu Kawan India di beberapa kawasan. Yang paling berat ujian yang kami alami ialah pada tahun 1957-1958. Pihak penjajah memperhebat serangan militer dan politik ke atas kami. Pada siang hari kapal terbang mengebom, pada malam hari pula ditembak dengan meriam atau mortar. Gerakan ini disertakan pula dengan perang saraf, menabur poster, mengeluarkan seruan-seruan memujuk menyerah diri dari udara dan sebagainya.
Dalam pada itu pada tahun 1958, seorang kader Cina dari Rejimen Ke-5 bernama Kui Ming telah belot kepada penjajah. Kader tersebut sangat mahir dengan berbagai jaringan dan susunan Rejimen Ke-5 termasuk juga pasukan India. Dia membawa askar menyamar sebagai Tentera Pembebasan masuk ke dalam perkhemahan regu penyusun massa dan menangkap mereka hidup-hidup. Selain itu dia juga membawa askar menyerang kawan-kawan India dan Rejimen Ke-5. Kerana perbuatan pengkhianatan ini, regu-regu India di Jalung, Lasah, Chemor dan lain-lain kena serang, ramai kawan terkorban, sejumlah ditangkap dan ada sejumlah kecil melarikan diri. Masa itu kami terputus hubungan sama sekali. Sehingga tahun 1959, barulah diketahui bahawa pasukan India itu telah hancur, yang tinggal saya dan Alu sahaja.
Kami dapat berhubung dengan Kawan Sukom, Ketua Rejimen Ke-5. Masa itu Rejimen Ke-5 hanya tinggal 12 orang saja. Kawan-kawan yang lain kebanyakannya telah terkorban kerana pengkhianatan.
Pengkhianatan Kui Ming mendatangkan akibat yang amat parah kepada Rejimen Ke-5. Lao Ma (Wi Kek) seorang kader pimpinan peringkat pusat parti juga terkorban kerana pengkhianatannya. Selain itu 1 platun kawan-kawan yang sakit di bawah pimpinan kader Area Komiti Ah Fuk ditangkap hidup-hidup. Kawan-kawan yang sakit itu diletakkan di suatu tempat yang sangat rahasia. Akan tetapi setelah Kui Ming mengkhianat, dia membawa askar yang menyamar sebagai Tentera Pembebasan masuk ke tempat kawan-kawan yang sakit itu. Lalu mereka ditawan semuanya.
Pada tahun itu juga (1959), Kawan Sukom membawa kami 12 orang berpindah dari Sungai Siput. Tiba di suatau tempat, barulah Kawan Sukom memberitahu bahawa sekarang kita sudah berada di Betong, Negeri Thai.
Tanya: Apakah Kawan Asi tidak merasa mahu menyerah diri di saat-saat susah payah begitu?
Asi: Ada sejumlah kawan keluar menyerah diri kerana tak tahan menderita dan sebahagiannya kerana terputus hubungan. Pada masa itu saya dan Alu tidak pernah berniat hendak menyerah diri, kami tak mahu menjadi anjing penjajah. Kami bersedia berkorban demi kemerdekaan tanah air.
Tanya: Bilakah Kawan Asi tiba di Rejimen Ke-10?
Asi: Tak lama setelah tiba di Betong, saya dan Alu dihantar ke Rejimen Ke-10 untuk belajar bahasa Melayu. Siapa tahu akhirnya saya terus menjadi anggota Rejimen Ke-10.
Tanya: Tadi kawan ada menyebut nama Alu. Bolehkah ceritakan sedikit tentangnya?
Asi: Alu atau nama sebenarnya Konco Pillai berasal dari India dibawa oleh penjajah British ke Malaya. Dia menjadi SC mengawal estet Gong. Pada 15 November 1948, pasukan asas Rejimen Ke-10 di bawah pimpinan Kawan Abdullah C.D. menyerang estet Gong dengan akal cerdik. Ramai SC telah ditawan termasuk Alu. Alu dan sejumlah SC lagi memilih untuk menyertai perjuangan bersenjata bersama Abdullah C.D.. Sejak itulah dia masuk pasukan dan kemudian dihantar ke pasukan India. Dia adalah rakan seperjuangan saya yang akrab, saya kira dia bertempur tak kurang dari 70-80 kali sedangkan saya 30-40 kali saja.
Tanya: Setelah tiba di Rejimen Ke-10, apakah Kawan Asi masih menjalankan kerja bahagian India?
Asi: Di Rejimen Ke-10, saya ikut serta dalam berbagai tugas tentera dalam pasukan. Di samping itu saya juga ikut serta kerja penerbitan bahasa India. Umpamanya menterjemah bahan-bahan dari bahasa Cina atau Melayu ke bahasa India, dicetak dan diedarkan kepada massa India. Pada tahun 80-an, Rejimen Ke-10 menerbitkan akhbar India bertajuk KEHIDUPAN BARU. Akhbar ini diedarkan secara bawah tanah di kalangan orang India. Pernah juga kawan petugas bawah tanah India datang berkunjung ke Markas Besar Rejimen Ke-10. Pada tahun 1980-an kami terbitkan majalah HARAPAN RAKYAT.
Tanya: Kawan Asi telah menceritakan suatu sejarah yang penting berkenaan pasukan India dan kami percaya sejarah ini tidak ramai orang yang mengetahuinya. Sejarah ini menunjukkan bahawa perjuangan bersenjata untuk kemerdekaan tanah air kita dibayar dengan darah rakyat semua kaum dan lapisan negara kita.
Asi: Ya, pasukan India di Sungai Siput hanya tinggal saya dan Alu saja. Alu telah meninggal dalam tahun 80-an kerana sakit jantung. Jadi kini tinggal saya seorang saja. Begitu juga pimpinan Rejimen Ke-5 Kawan Sukom juga telah terkorban dalam tahun 1970-an.
JOHAN – PEJUANG
INTERNASIONALIS PROLETAR
Tatkala mendengar lagu TENTERA PEMBEBASAN NASIONAL dan lagu BARISAN GERILA MALAYA, setiap perajurit Rejimen Ke-10 akan kembali mengenang Kawan Johan.
Johan seorang anggota Parti Komunis Indonesia, lahir di daerah Minangkabau, Sumatera. Ketika menuntut di sekolah menengah, beliau telah mendengar kisah ahli Parti Komunis Malaya telah melancarkan perjuangan gagah berani menentang kaum penceroboh fasis Jepun. Setelah tamat pengajian sekolah menengah, beliau bertekad datang ke Malaya untuk mengikuti perjuangan menghalau kaum imperialis bersama pejuang-pejuang patritot dan komunis Malaya.
Di Malaya, beliau ditugaskan bekerja secara bawah tanah di Jabatan Kerja Melayu di bawah pimpinan Abdullah C.D., berkhidmat di bahagian perpustakaan dan menerbitkan akhbar Suara Rakyat.
Awal Jun 1948, beliau menyertai sekolah Parti Kem Se-Malaya yang diadakan oleh Jabatan Kerja Melayu PKM. Johan dan kader-kader penting JKM dari seluruh Malaya telah menghadiri sekolah tersebut.
Pertengahan Jun 1948, penjajah British mengisytiharkan Undang-udang Darurat. Johan bersama anggota PKM yang lain masuk hutan bergerila. Beliau menjadi salah seorang anggota pengasas Rejimen Ke-10 seramai 17 orang di bawah pimpinan seorang kader API dan Jabatan Kerja Melayu, Alang Kassim.
Pada 21 Mei 1949, Rejimen Ke-10 didirikan dengan rasminya di bawah pimpinan Abdullah C.D. Dalam upacara yang khidmat itu, Johan telah mempersembahkan 2 lagu ciptaannya bertajuk TENTERA PEMBEBASAN NASIONAL dan BARISAN GERILA MALAYA. Selesai Komisaris Politik Rejimen Ke-10 mengangkat sumpah berjuang bermandi darah untuk kemerdekaan tanah air dari cengkaman penjajah British, Johan dengan memeganng sepucuk pistol di tangan melangkah dengan gaya march sambil menyanyikan lagu tersebut di depan kira-kira 200 orang perajurit Rejimen Ke-10. Kedua-dua lagu ini telah diiktiraf oleh Markas Besar Rejimen Ke-10 sebagai lagu rasmi pasukan Melayu tersebut.
Pada 7 Julai 1949, dalam satu rapat umum di kalangan massa yang diadakan di Kampung Bukit Chempedak untuk merayakan hari ulangtahun Barisan Tani Malaya, Johan tampil di depan massa rakyat menyampaikan pidato yang berapi-api dan pertunjukan kesenian, nyanyian dan tarian yang menarik. Massa rakyat yang menghadiri perayaan tersebut terpegun melihat kepandaiannya.
Johan sebagai pejuang internasionalis proletar yang berasal dari kalangan pelajar dengan cepat dapat menyesuaikan diri dengan keadaan perang gerila yang kusut masai. Tidak lama setelah berdirinya Rejimen Ke-10, beliau dilantik sebagai pegawai warior dan ketua grup, kemudian dilantik sebagai ketua grup perubatan dan ketua grup aktiviti kesenian. Pada bulan September 1949, beliau dilantik sebagai Ketua Platun.
Pada tahun 1950, Johan diutus memimpin satu regu menjalankan tugas di kawasan Jerantut, Pahang Barat. Dalam perjalanan mereka telah diserang hendap oleh askar penjajah akibat pengkhianatan seorang pembelot. Dalam pertempuran tersebut, Johan telah gugur dengan serta merta.
Untuk mengenangi jasa dan kepahlawanannya dalam perjuangan kemerdekaan Malaya, Markas Besar Rejimen Ke-10 telah menganugerahkan gelaran “Pahlawan Internasionalis Proletar” kepadanya.
Gugurnya Johan menandakan semangat setiakawan proletar yang tinggi dari rakyat rumpun yang sama Malaya – Indonesia. Dalam revolusi kedua-dua negara, baik dalam masa perang-perang patriotik kaum tani di Malaya seperti Perang Bahaman dan lain-lain hingga ke revolusi menentang Belanda Indonesia, rakyat kedua-dua negara saling bekerjasama antara satu sama lain.
Abadilah Johan sebagai pejuang kemerdekaan dan perajurit Internasional rakyat!
Tumpah darahmu demi kemerdekaan rakyat Malaya dan pembebasan rakyat kedua-dua negara!
..................................................................
MOKHTAR, KADER
BARISAN TANI MALAYA
- Mokhtar @ Mansor seorang kader Barisan Tani Malaya dan kader Rejimen Ke-10. Berasal dari Johor, beliau menyertai perjuangan anti-Jepun bersama Rejimen Ke-4 TAJRM di Johor.
- Tamat perang dunia II, beliau ditukar ke Selangor menyertai gerakan bawah tanah Jabatan Kerja Melayu PKM.
- 7 Julai 1947, Kongres penubuhan Barisan Tani Malaya diadakan di Selangor. Mokhtar dipilih sebagai anggota jawatankuasa pusat, di samping menyandang Setiausaha Barisan Tani Negeri Selangor. Beliau menumpukan usaha menyusun kaum tani di Tanjung Karang yang merupakan kawasan jelapang padi Selangor.
- Awal Jun 1948, beliau menyertai Sekolah Parti Kem Se Malaya di hutan Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang.
- Pertengahan Jun 1948, penjajah British mengisytiharkan Undang-undang Darurat, beliau dihantar ke Kedah untuk menyusun dan memimpin pasukan bersenjata kaum tani Melayu.
- 1959 beliau bersama beberapa orang pasukan Melayu Kedah ditransfer ke Markas Besar Rejimen Ke-10.
- 1961 Mansor dihantar keluar dari pasukan untuk membuka organisasai massa bawah tanah di Selatan Thai, terutamanya di Pattani dan Yala. Beliau menyusun beberapa buah sekolah agama di Yala dan Pattani.
- Pekerjaannya telah dicium oleh intelijen. Beliau diserbu polis, tapi dapat meluluskan diri. Beliau berundur ke Sungai Padi dan kemudian ke Bukit Ta di Daerah Weang, sempadan Kelantan Thailand. Beliau dapat berhubung dengan unit penyusun massa Rejimen Ke-10 dipimpin Ibrahim Chik.
- Di Bukit Ta, beliau mendapat dokongan massa rakyat. Massa mencarikan jodoh untuknya mendirikan rumah tangga dan mendapat beberapa orang cahaya mata.
- Tahun 1969 beliau meninggal dunia kerana sakit dalam usia 50 tahun lebih.
LAI RAFEL
- Lai Raifel atau nama sebenarnya Du Lung San dilahirkan pada tahun 1922 di Sitiawan Perak, mendapat pendidikan di Sekolah Chun Cheng kemudian di Nan Hwa High School. Pandai berbahasa China, Melayu dan Inggeris.
- Setelah fasis Jepun menceroboh China, Lai Raifel menjadi anasir cergas dalam Persatuan Membantu China Melawan Musuh yang ditubuhkan PKM. Dalam masa yang sama, beliau bekerja sebagai guru di sekolah swasta dan menjadi wartawan akhbar sebagai samaran. Beliau bertanggungjawab membawa Chen Ping menjadi anggota PKM.
- Tahun 1940, beliau ditugaskan menyusun buruh penoreh getah, intelektual dan pelajar di kawasan Kampar, Slim River, Tanjung Malim dan lain-lain.
- Tahun 1941, beliau dihantar menyusun buruh bijih timah di kawasan Tanjung Tualang – suatu industri terpenting penjajah British. Di sinilah beliau bertemu Rashid Maidin yang menjadi buruh mahir di kapal korek tersebut.
- Kedudukan beliau sebagai pengorganais buruh telah diintip oleh sepai penjajah. Pada suatu hari beliau dan sejumlah kader pimpinan diserbu polis. Raifel dan kader-kader tersebut ditangkap dan dipenjarakan oleh penjajah British.
- Di dalam penjara, beliau bertekad teguh, sedikit pun tak tunduk kepada penjajah.
- 20 Disember 1941, beliau dan sejumlah tahanan politik dibebaskan. Lai Raifel ditugaskan memimpin satu rombongan menerima latihan militeri di Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura bagi persiapan perjuangan bersenjata. Sekolah ini diadakan atas desakan PKM memandangkan tentera fasis Jepun terus menerus mara dan tentera penjajah British terus menerus memutih tapak kaki.
- Setelah tamat latihan selama 9 hari, Raifel memimpin regunya mara hingga ke Negeri Sembilan dan mendirikan Rejimen Ke-2 di situ.
- Julai 1942, Lai Raifel ditransfer memimpin Rejimen Ke-5 TAJRM di Perak.
- 1 September 1942, Lai Raifel dan sejumlah pimpinan tertingi parti dan tentera terperangkap dalam kepungan fasis Jepun ketika mengadakan persidangan diperluas Jawatankuasa Pusat Partu di Batu Caves, Selangor. Persidangan ini dirancang oleh Lai Te yang ketika itu menjadi Setiausaha Agung PKM untuk membasmi pimpinan tertinggi parti dan tentera. Lai Raifel telah bertempur sehingga pistolnya kehabisan peluru. Beliau bersama kawan-kawan lain menerobosi selapis demi selapis kepungan musuh. 18 orang kawan pimpinan dan kawan pengawal telah gugur dalam peristiwa tersebut. Kepala mereka yang gugur dipotong dan digantung di jalan-jalan utama Kuala Lumpur.
- November 1943, Lai Raifel ditangkap fasis Jepun ketika beliau seorang diri dalam perjalanan pulang dari mesyuarat.
- Di dalam penjara beliau dikenakan bermacam-macam seksaan di luar batas peri kemanusiaan, termasuk menggunakan bujukan wanita cantik dan lain-lain namun semua helah fasis Jepun tidak dapat menundukkan tekad beliau.
- Kerana tiada cara untuk mematahkan semangatnya, akhirnya beliau dihukum pancung oleh fasis Jepun. Beliau gugur dalam usia 21 tahun.
Sajak:
BERSEMADI UNTUK KAWAN RAIFEL *1 (translit)
Oleh Jang Chang
Di tengah jalan di PusingMusim panas tahun 1943,Tiba-tiba disergap musuh *2Beliau menyerbu dengan berani.
Sebab tak mahir alam sekelilingBeliau terjerumus ke dalam payaTerjatuh ke tangan musuhDiseksa dipaksa menyerah diri
Rela putih tulang, tak rela putih mataMendakwa mengutuk musuh terlaknatCita-cita kesateria tinggi mengawanDarah pahlawan menyirami medan pembunuhan
Askar dan polis musuh keparat
Terpaksa menitiskan air mata kerananya *3
Keterangan dari penulis sajak:
*1. Sebelum ditangkap oleh fasis Jepun, Lai Raifel adalah anggota Markas Besar Rejimen Ke-5 Negeri Perak, Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya, semasa korban, beliau baru berusia 21 tahun.
*2. Beliau ditangkap musuh di sebelah pagi pada bulan November 1943.
*3. Semasa korban, semangatnya telah mengharukan tidak sedikit anggota tentera dan polis sehingga mereka menitiskan air mata secara diam-diam.
(Jang Chang adalah seorang rakan seperjuangan Lai Raifel yang sama-sama meringkuk dalam penjara fasis Jepun)
Baca sajak asal (Mandarin)........................................................................
SITI NORKIAH
Jika bercerita tentang Rejimen Ke-10, tak dapat tidak harus menyebut Sungai Pahang, perjuangan Datok Bahaman, PKMM, API, PETA, AWAS, Barisan Tani Malaya dan Kesatuan Buruh Melayu.
Seorang kader veteran Rejimen Ke-10 yang juga puteri terpuji Sungai Pahang dan zuriat pejuang Datok Bahaman ialah Siti Norkiah, anak Pesuruhjaya PKMM Pahang, Mahmood Baginda. Aki beliau, Baginda pernah menyertai revolusi anti-Belanda di Indonesia, kemudian menyertai perjuangan Datok Bahaman.
Siti Norkiah adalah Ketua Awas Pahang. Di dalam pasukan beliau digelar sebagai Tun oleh rakan seperjuangan, manakala di kalangan massa rakyat di kawasan sempadan pula beliau di panggil Makcik Saripoh.
Profail Siti Norkiah Mahmood Baginda.
- Siti Norkiah binti Mahmud Baginda, di pasukan Rejimen Ke-10 lebih dikenali sebagai Tun Minah, dan di kalangan massa rakyat kawasan sempadan dikenali sebagai Makcik Saripoh.
- Lahir di Bandar Serambik Luar, Raub, Pahang pada tahun 1920-an.
- Bapa bernama Mahmud bin Baginda, ibu bernama Zaleha binti Mat Yusof, keturunan India Muslim berasal dari Karachi.
- Belajar secara tidak menetap dibeberapa sekolah kerana mengikut keperluan kerja bapanya dan belajar sendiri di kampung.
- Bapa (Mahmud bin Baginda) menjadi anggota KMM, rapat dengan Ibrahim Yaakob. Dalam masa aman Mahmud Baginda menjadi Pesuruhjaya PKMM Negeri Pahang. Tokki Siti Norkiah (bapa Mahmud Baginda) bernama Baginda Abdullah Murah berasal dari Sumatera, menyertai revolusi Indonesia menentang Belanda. Setelah revolusi itu gagal, beliau melarikan diri ke Malaya dan menetap di Pahang. Di Pahang beliau menjadi sahabat rapat Datok Bahaman dan menyertai Perang Bahaman.
- Sejak kecil, ayahnya (Mahmud Baginda) sentiasa menceritakan perihal politik, soal revolusi, sikap datuk neneknya terhadap revolusi dan lain-lain kepada Siti Norkiah dan adik beradiknya yang lain seperti Siti Khadijah (kakak) Zainab dan Osman Abadi (adik). Di bawah pengaruh bapa, mereka menjadi ahli KMM di bawah pimpinan Ibrahim Yaacob. Ibrahim Yaacob selalau datang ke rumahnya untuk bermesyuarat. Dalam masa yang sama, dengan dorongan bapanya mereka menyertai Sabahat Pena – Sebuah persatuan untuk menjalin persahabatan di kalangan anggota yang berpejabat di Pulau Pinang di bawah pimpinan Seikh Sagof.
- Dalam masa pendudukan Jepun, ayahnya menyokong perang anti-Jepun secara rahsia. Untuk satu masa pendek setelah Jepun kalah, rumahnya menjadi pejabat pemerintahan sementara Tentera Anti-Jepun.
- Setelah Jepun kalah, PKMM telah mendirikan AWAS (Angkatan Wanita Sedar) sebagai sayap wanitanya. Dalam satu sidang di Benta, Siti Norkiah dipilih menjadi Ketua Awas Pahang merangkap Ketua Awas bahagian Benta. Sebagai Ketua Awas, saban hari beliau sibuk berkejar ke sana ke mari mengadakan ceramah, rapat umum dan lain-lain untuk menabur semangat kemerdekaan di kalangan orang ramai.
- Jun 1948, penjajah British isytiharkan undang-undang darurat. Kerana hendak ditangkap, beliau berlindung di rumah-rumah massa, yang pada umumnya adalah anggota atau penyokong AWAS atau API. Dalam masa inilah beliau diterima menjadi anggota PKM di bawah perkenalan Kamarulzaman Teh.
- Pada penghujung 1949 barulah beliau dapat berhubung dengan pasukan TPNM Cina Rejimen Ke-6 yang berberak di Jerangsang. Tak lama setelah itu beliau dapat berhubung dengan Musa Ahmad dan adiknya Zainab. Kemudian Siti Norkiah menyertai regu Musa Ahmad bergerak di Pahang Utara, bergabung dengan Rejimen Ke-11.
- Pada penghujung tahun 1953, Pasukan Hang Jebat Rejimen Ke-10 tiba di Rejimen Ke-11 dalam rangka perpindahan strategik mereka ke utara. Siti Norkiah dan regu kawan-kawan Melayu di bawah pimpinan Musa Ahmad bertolak bersama-sama Abdullah C.D. ke kawasan sempadan.
- Pada tahun 1958, beliau berkahwin dengan Abu Samah Mohd. Kassim. Setelah penandatanganan Haadyai, beliau dan suaminya Abu Samah menetap di Kampung Perdamaian Sukhirin atau Kampung Chulabhorn 12 di Daerah Sukhirin, Wilayah Narathiwat, Selatan Thailand.
- Di kawasan sempadan, beliau ditugaskan memimpin regu penyusun massa. Antara kapung-kampung yang pernah disusunnya ialah Jadih di Sukhirin, Kg Perah, Kg. Balik, Kg. Chembir, Kampung Resa di Weang, Kampung Dohik, Kampung Teras, Kampung Pak Chek Teng di Sungai Padi; Kampung Kuala Kail, Kg. Kuala Balai, Kampung Jok di Banang Star, Yala dan lain-lain.
- Mulai tahun 1969, beliau menyertai pasukan penggempur Rejimen Ke-10 bergerak ke kawasan Ulu Kelantan di bawah pimpinan Abu Samah, menghadapi ujian kekurangan bahan makanan, serangan kempen kepung basmi tentera Kerajaan Kuala Lumpur dan lain-lain.
- Pada tahun 1980 beliau ditugaskan berkhidmat dalam Kompeni Ke-21 Rejimen Ke-10 iaitu pasukan induk Rejimen Ke-10, menjadi anggota Badan Pimpinan Markas Pengarah Kompeni merangkap memimpin bahagian wanita dan masalah wanita Kompeni Ke-21.
- Sepanjang perjuangannya, dalam parti beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Jawatankuasa Kawasan (Setiausaha Area Komiti) dan di dalam tentera dilantik sebagai Ketua Kompeni.
- Pada tahun 1988, Abdullah C.D. sebagai wakil Rejimen Ke-10 dan Ghafar Baba sebagai wakil Kerajaan Malaysia mengadakan perundingan damai tingkat rendah untuk menamatkan persengketaan bersenjata. Siti Norkiah menjadi anggota rombongan Rejimen Ke-10 dalam perundingan pusingan ke-2 yang berlangsung di Pulau Pinang pada bulan Ogos 1988. Seorang adiknya Hj. Mokhtar bin Mahmud Baginda menjadi orang penghubung antara Tun Ghafar Baba dan Abdullah C.D. dalam siri perundingan tersebut.
- Tahun 1999, beliau bersama suami Abu Samah Mohd. Kassim serta Abudullah C.D. dan Suriani selamat menunaikan fardhu Haji.
7 April 2009, tarikh yang paling sedih dalam hidupnya, rakan seperjuangan dan teman hidupnya Abu Samah kembali ke rahmatullah. Tapi dengan semangatnya yang teguh, beliau dapat hadapi hari-hari yang sedih itu dengan tabah.
.......................................................................
Ahmad Taha atau nama samarannya Remaja/ PWD, dilahirkan pada bulan November 1926 di Kampung Buntut Pulau, Mukim Perak, Daerah Temerloh, Pahang, menerima pelajaran sehingga darjah 6 sekolah Melayu.
Selepas Perang Dunia Kedua, beliau menyertai API, kemudian PETA. Beliau berkhidmat dalam rombongan bangsawan sebagai palakon, mempersembahkan drama, opera dan lain-lain untuk membangkitkan semangat kemerdekaan di bawah pimpinan Kamarulzaman Teh. Beliau pernah ikut serta dalam rombongan mendamaikan pergaduhan bangsa-bangsa di Bentong.
Beliau menjadi perhatian penjajah British kerana menyertai perjuangan untuk kemerdekaan tanah air. Setelah penjajah British mengisytiharkan Undang-undang Darurat pada bulan Jun 1948, rumahnya diserbu polis, tapi beliau telah berpindah ke hutan belukar. Pada bulan Oktober 1948, barulah beliau dapat berhubung dan menyertai Rejimen Ke-10. 1948 - 1953 pernah bertempur belasan kali dengan askar komanwel British.
Pada tahun 1953 – 1954, beliau ikut serta dalam perpindahan strategik Rejimen Ke-10 ke kawasan sempadan, ditugaskan menyusun massa. Pada tahun 1977 beliau berkhidmat di Kompeni Ke-22 Rejimen Ke-10 dan pada tahun 1984 berkhidmat di Platun Ke-12.
Di kawasan sempadan beliau dilantik sebagai Ketua Platun. Menjalan berbagai tugas perjuangan seperti menyusun massa, kerja dalam Markas Besar Rejimen Ke-10, memimpin unit-unit bersenjata, membuka ladang atau disebut berproduksi dan lain-lain.
Sesuai dengan minatnya sebagai seorang ahli seni, beliau banyak kali berlakon di dalam pasukan seperti dalam Opera Putera Puteri Sungai Pahang, Ujian Revolusi dan lain-lain.
Ahmad Taha berlakun sebagai seorang pengkhianat bangsa
datang ke kampung mengugut orang ramai yang
menyokong perjuangan bersenjata anti British
....................................................................................datang ke kampung mengugut orang ramai yang
menyokong perjuangan bersenjata anti British
IBU ZALEHA
Selepas penandatanganan perjanjian damai Haadyai, beliau pulang ke kampung halamannya di Buntut Pulau.
(disiarkan Kampung Perdamaian Sukhirin -
Kini Dan Silam pada 30 Julai 2009)
Ibu Zaleha Mat Roni adalah serikandi terpuji puteri Sungai Pahang yang rela bergalang tanah demi kemerdekaan tanah air. Dengan mendapat pengaruh patriotisme dari datuknya yang menjadi angkatan perang Datok Bahaman, Ibu Zaleha membenci penjajah British sejak kecil lagi. Begitu gerakan kemerdekaan berkobar di Temerloh selepas kekalahan Jepun, beliau lantas menyertai AWAS (Angkatan Wanita Sedar) - pertubuhan wanita Melayu yang pertama memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Beliau telah diberi kepercayaan memimpin AWAS Cawangan Lubuk Kawah sehinggalah pertubuhan itu diharamkan pada tahun 1948. Berikut adalah profail ringkas Ibu Zaleha Mat Roni.
- Nama: Zaleha binti Mat Roni (1924 – 2004) atau nama samarannya Rosmah@ Wan, dilahirkan di Kampung Bangau Tanjung, Mukim Bangau, Daerah Temerloh, Negeri Pahang.
- Pendidikan: Lulus darjah 4 Sekolah Melayu Bangau. Belajar agama dengan guru agama kampung.
- Datuknya Mat Ali (sebelah ibu) pejuang angkatan perang Bahaman, selalu menceritakan kisah perang tersebut kepadanya. Semangat patriotisme dan bencikan penjajah mula berputik di benaknya sejak dari kecil.
- 1940, pindah ke Kampung Lubuk Kawah. Pengaruh patriotisme anti penjajah lebih diperdalam lagi dengan gerakan PKMM, PKM, API, AWAS, Barisan Tani Malaya dan lain-lain yang berkembang pesat di Temerloh.
- Tahun 1946 menjadi anggota AWAS, dipilih menjadi Ketua Cawangan Lubuk Kawah hingga AWAS diharamkan pada tahun 1948. Di sekolah API Lubuk Kawah ada kelas politik yang memperkenalkan imperializem, kapitalizem, sosializem, komunizem dan lain-lain. Guru yang mengajar ialah Kamarulzaman Teh dan Pak Da Hami
- AWAS Cawangan Lubuk Kawah:
Pembantu Ketua - Mak Ngah Minah (merangkap bahagian propaganda)
Setiausaha- Zaharah Bendahari Zawiah binti Hj Ibrahim
Ahli Jawatankuasa - Siti, Rahmah.
- Semasa AWAS didirikan anggotanya seramai 15 orang saja. Tapi menjelang darurat anggotanya bertambah sampai 100 orang.
- Oktober 1947, hadir kongres AWAS di Kajang, Selangor. Pahang menghantar 7 orang wakil.
- Jun 1948 darurat diisytiharkan, beliau ditugaskan menyusun massa dan membantu pasukan gerila di kampung. Walaupun AWAS sudah diharamkan, beliau masih meneruskan perjuangan AWAS dengan menubuhkan cawangan AWAS di kampung-kampung, menerangkan soal kemerdekaan dan membela nasib wanita.
- 1949 penjajah mahu menangkapnya, beliau menyertai Rejimen Ke-10 bertugas menyusun massa. Lebih 50 anggota AWAS Kampung Lubuk Kawah menyertai perjuangan bersenjata.
- Disember 1949, pertempuran di Jerangsang antara 300 orang Rejimen Ke-10 dan Kompeni Ke-26 Rejimen Ke-6 dengan 1 batalion askar Gurkha. Beliau ditugaskan mengundurkan barang-barang dengan selamat.
- 1951 ikut bersama rombongan Abdullah C.D. ke Bentong mesyuarat dengan Chen Ping dan bertemu Rashid Maidin yang baru lepas dari tahanan penjajah.
- 1953 menyertai pasukan Hang Jebat berpindah ke kawasan sempadan, ditugaskan sebagai Ketua Seksyen Wanita.
- Di sempadan ditugaskan menyusun massa. Massa sangat menghormati dan menggelarnya Mak Bidan kerana berjaya menyelamatkan ibu yang mendapat masalah ketika bersalin dan perkhidmatan perubatan lain kepada massa.
- 1960 mendirikan rumah tangga dengan Sukur Ismail.
- 1968 – 76 ikut serta dalam 3 kali pasukan penggempur Rejimen Ke-10 beroperasi di Ulu Kelantan, bertugas menyusun massa berbagai kaum termasuk massa Orang Asli. Beliau sentiasa memberikan perkhidmatan perubatan percuma kepada Orang Asli.
- 1977 - 89 – ikut serta memimpin Kompeni Ke-22 Rejimen Ke-10, dilantik sebagai Ketua Kompeni.
- 25 September 2004 meninggal dunia dalam usia 80 tahun kerana sakit tua. Jenazah beliau disemadikan di tanah perkuburan Kampung Perdamaian Sukhirin.
- ..........................................................................
manap
(http://pacarmerah.blogspot.com - Monday, August 17, 2009)
Dalam perang kemerdekaan antara Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM) dengan tentera penjajah British antara tahun 1948 hingga 1960 dahulu ramai juga anggota Rejimen Ke-10 (pasukan tentera Melayu PKM) yang gugur di medan perjuangan.
Antara mereka ada namanya yang masih menjadi kenangan dan sebutan sehingga hari ini, kerana peranan mereka yang lebih menonjol, antara lain, kerana keberanian, ketangkasan dan kepintaran mereka dalam pertempuran.
Sekadar menyebut beberapa nama, antara mereka termasuklah Manap Jepun, Wan Ali, Budin Che Soh, Yusof Salleh dan Maimunah Salleh.
Sebelum menyertai peperangan itu, Manap Jepun pernah menjadi Setiausaha PKMM Temerloh, Yusof Salleh menjadi Ketua API dan kemudiannya Ketua PETA Temerloh, dan Maimunah Salleh menjadi Ketua AWAS Temerloh.
Yusof Salleh dan Maimunah Salleh ialah pasangan suami isteri yang cergas dan komited dalam gerakan kiri. Maimunah bertempur sehingga ketitisan darah yang akhir untuk membela suaminya Yusof Salleh yang terkorban terlebih dahulu dalam satu penangkapan terancang yang dilakukan oleh tentera penjajah.
Nama sebahagian daripada, khasnya Manap Jepun, Wan Ali dan Budin Che Soh ada tersebut dalam beberapa buku Inggeris dan mereka dicap sebagai "bandit".
Cap sebagai bandit itu tentu tidak betul dan tidak tepat, kerana mereka ialah orang-orang yang sanggup bergadai nyawa untuk menentang penjajah secara bersenjata demi membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah.
Mereka sebenarnya ialah patriot dan julukan itulah yang sesuai dengan diri mereka.
Mereka bukan bandit, tetapi patriot, kerana perjuangan mereka ialah demi kemerdekaan tanah air yang mereka cintai.
0 comments:
Post a Comment