{{{{{{{{{ Promosi Hebat! }}}}}}}}}}

Jom Buat Duit Dengan Churp2
Jom Buat Duit Dengan Churp2!
Anda BERRY yang mana?
Contest Siapa Paling Comel
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Rakyat Malaysia Hebat Ber-FB!
Tukar iPad kepada iPhone!
Seksi betul..
Seksi betul..
Hanya Komen di FB Untuk Menang!
Kalau Rasa Hebat Tengok Neh..!
Submit Blog Pon Boleh Menang RM 5000!
Kan best kalau dapat bilik tidur camneh.
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!

Monday 25 April 2011

Kerajaan Tidak Takut Akan Blogger

Monday 25 April 2011
KUALA LUMPUR, April 24 (Bernama) -- Kerajaan Malaysia bertegas yang mereka tidak takutkan blogger sebaliknya mahu menjadi sebahagian daripada mereka dan mengetahui pandangan mereka walaupun ianya adalah kritikan yang negatif, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

" Saya percaya hubungan ini akan menjadi hubungan yang penting berdasarkan kepada matlamat yang sama. Kita mungkin tidak bersependapat sepanjang masa tetapi kita tidak boleh menafikannya."

"Apa yang penting bagi kami adalah untuk mengetengahkan pandangan blogger, walaupun ianya kritikan negatif, namun ia dapat membantu kita membina Malaysia yang lebih baik dan juga demi masa depan kita," kata beliau ketika berucap di "First Malaysia-Asean Regional Bloggers' Conference", semalam.

Turut hadir disana adalah Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, presiden Blog Hause Malaysia Syed Akbar Ali dan isteri kepada Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib berkata, zaman di mana kerajaan tahu akan segalanya dah berakhir, dan sekarang kerajaan pula perlu tahu maklumat-maklumat yang disampaikan blogger kerana mereka mewakili seluruh rakyat Malaysia, disamping pandangan dan kritikan.

"Tetapi kita harus mematuhi etika; jika kita menggunakan ruang siber ini untuk memberi maklumat yang tipu ianya salah. Saya setuju dengan Tun Dr Mahathir yang menyatakan bahawa ada sesetengah perkara yang kita tidak boleh melanggarnya."

Najib berkata, jika blogger mengikut kriteria-kriteria tersebut, beliau percaya yang ianya memberi peranan yang baik untuk membina masa depan yang cerah untuk Malaysia dan Asean.

Najib berkata, kerajaan sekarang tidak hanya disaingi dengan menggunakan pasukan gerilla dan senjata semata-mata, tetapi juga dengan kewujudan cybertroops yang boleh menyebabkan kebangkitan rakyat dengan hanya menggunakan keyboard dan smartphones, seperti yang berlaku di Iran (Twitter) dan Mesir (Facebook).

"Rakyat Malaysia harus berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir sekali lagi untuk ini. Semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan Malaysia sedang membangunkan Multimedia Super Corridor, Tun telah berjanji kepada dunia bahawa Malaysia tidak akan menapis perkhidmatan internetnya. Kerajaan sangat komited dengan kebebasan itu; dan kita akan memegang janji itu."

Najib percaya bahawa internet adalah salah satu sumber untuk pertumbuhan ekonomi dan juga portal untuk membuka minda masyarakat.

"Rangkaian sosial, blogging dan microbogging dapat membawa negara lebih dekat dimana masyarakat dapat berkomunikasi sesama mereka secara langsung tanpa perlu menunggu untuk sehari mahupun seminggu untuk maklumat tersebut," katanya.

Persidangan selama dua hari itu, bermula dari semalam dengan tema "Blogging Mindfully and Responsibly" dianjurkan oleh Blog House Malaysia, sebuah persatuan yang menyediakan platform untuk menghasilkan satu mekanisma bagi melindungi kebanyakan blogger di blogosphere, terutama di Malaysia.

Tujuan persidangan ini adalah untuk membawa bersama blogger-blogger dari Asean dan untuk menggariskan halangan-halangan yang ditempuhi oleh blogger kesulitan yang mungkin dihadapi mereka dalam mengutarakan pandangan mereka dalam pelbagai isu seharian.

-Bernama-


0 comments:

Lagi Artikel Menarik