{{{{{{{{{ Promosi Hebat! }}}}}}}}}}

Jom Buat Duit Dengan Churp2
Jom Buat Duit Dengan Churp2!
Anda BERRY yang mana?
Contest Siapa Paling Comel
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Rakyat Malaysia Hebat Ber-FB!
Tukar iPad kepada iPhone!
Seksi betul..
Seksi betul..
Hanya Komen di FB Untuk Menang!
Kalau Rasa Hebat Tengok Neh..!
Submit Blog Pon Boleh Menang RM 5000!
Kan best kalau dapat bilik tidur camneh.
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!

Thursday 21 April 2011

[VIDEO] Madrid Menewaskan Barcelona Untuk Meraih Piala Copa Del Ray Pertama Sejak 18 Tahun.

Thursday 21 April 2011

Cristiano Ronaldo menanduk gol kemenangan pada masa tambahan untuk menamatkan kemarau 18 tahun Real Madrid memenangi Piala Copa Del Ray dengan kemenangan 1-0 ke atas saingan hebat, Barcelona.

Hantaran Angel Di Maria's dari sebelah kiri padang ditanduk kemas Cristiano Ronaldo pada minit ke-103 melepasi jangkauan penjaga gol Barcelona, Jose Manuel Pinto untuk menghadiahkan kemenangan pertama Real Madrid sejak 2008 apabila mereka memenangi kejuaraan liga.

Real Madrid menguasai perlawanan pada babak pertama, namun pada separuh masa kedua mereka terpaksa mengharapkan kecekapan Iker Casillas untuk menghalang Barcelona daripada menyumbat gol pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Mestalla itu.


Iker Casillas nyata menjadi penyelamat kepada Real Madrid pada separuh masa kedua apabila bertindak cemerlang dengan menafikan sepakan rendah Messi dan menempis sepakan lencong Pedro pada minit ke-75.

Kemenangan Piala Domestik yang ke 18 buat Real Madrid ini juga menamatkan enam perlawanan tanpa kemenangan ke atas Barcelona, yang hanya kalah 10 kali daripada 35 perlawanan mereka.


Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho telah membawa kejayaan kepada kelab ini pada musim pertamanya di Bernebau, manakala jurulatih Barcelona, Pep Guardiola merasa kekalahan pertama untuk memenangi trofi sejak beliau tiba di Nou Camp.




0 comments:

Lagi Artikel Menarik