Diriwiyatkan dari Ibnu Abbas r.a, bahwasanya Nabi saw. bersabda, "Jangan kamu terus menerus melihat orang yang menghidap penyakit kusta," (Shahih lighairihi, HR Ibnu Majah [3543] dan Ahmad [I/233]).
Kandungan Bab:
- Kusta ialah penyakit yang menyebar ke seluruh tubuh dan dapat merusak anggota badan bahkan dapat menggerogoti anggota badan tersebut.
- Larangan bergaul dengan pengidap penyakit kusta dan terus menerus melihatnya. Berdasarkan hadits-hadits shahih dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi saw. bersabda, "Dan menghindarlah dari pengidap penyakit kusta seperti kamu menghindar dari harimau."
Sumber: Diadaptasi dari Syaikh Salim bin 'Ied al-Hilali, Al-Manaahisy Syar'iyyah fii Shahiihis Sunnah an-Nabawiyyah, atau Ensiklopedi Larangan menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah, terj. Abu Ihsan al-Atsari (Pustaka Imam Syafi'i, 2006), hlm. 3/200-201.
Sedikit info Dari Wikipidia tentang penyakit kusta:
Penyakit kusta atau juga dikenali sebagai penyakit Hansen, merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh jangkitan Mycobacterium leprae. Nama penyakit Hansen datang daripada orang yang menjumpai Mycobacterium leprae, G. A. Hansen. Pengidap penyakit Hansen biasanya dipanggil pesakit kusta atau dalam bahasa Inggeris lepers, walaupun penggunaan istilah lepers semakin ditinggalkan kerana jumlah pesakit yang berkurangan dan sebagai mengelak stigma buruk yang dikaitkan dengan pesakit kusta.
Kusta dahulunya tidak dapat diubati dan amat mencacatkan. Pesakit kusta akan disingkir dan dikurung di penempatan kusta.
Kusta dahulunya tidak dapat diubati dan amat mencacatkan. Pesakit kusta akan disingkir dan dikurung di penempatan kusta.
Pada masa kini, kusta mudah dirawat dengan menggunakan terapi pelbagai antibiotik. Cabaran utama bagi usaha menghapuskan penyakit kusta adalah untuk sampai kepada penduduk yang masih belum menerima perkhidmatan terapi pelbagai dadah, memperbaiki pengesanan penyakit, dan membekalkan pesakit dengan perkhidmatan berkualiti tinggi dan dadah yang murah.
Selain manusia, haiwan lain yang diketahui mengidap kusta adalah armadilo.
Sejarah
Penyakit kusta telah dikenali sebagai masalah semenjak permulaan sejarah bertulis. Pesakit kusta sering tinggal dipinggir masyarakat, dan penyakit sering dipercayai disebabkan oleh sumpuhan tuhan (atau shaitan) atau hukuman.
Kitab Injil mengandungi banyak rujukan kepada "pesakit kusta", yang tidak semestinya berkaitan dengan penyakit Hansen. Perkataan ini telah digunakan bagi merangkumi pelbagai masalah kulit yang berlainan etiologi dan keparahan ( severity ).
Di bawah hukum Yahudi silam, rabai dikehendaki mampu mengenalpasti pesakit kusta. Kaum Yahudi menggunakan kuarantin untuk menghalang penyebarannya.
Minoriti seperti agote Navarrese sering dituduh sebagai pesakit kusta.
Ciri-ciri klinikal Penyakit ini disebabkan oleh basilus yang membiak amat perlahan dan kebanyakkannya menjejaskan kulit, saraf, dan membran mukus. Organisma ini tidak pernah dibiakkan dalam media bakteriologi atau kultur sel, tetapu telah dibiakkan dalam tapak kaki tikus. Ia berkait dengan M. tuberculosis, basilus yang menyebabkanbatuk kering.
Kaedah penularan kusta kekal tidak jelas. Kebanyakan penyiasat merasakan bahawa M. leprae disebarkan dari seseorang ke seseorang dalam titisan pernafasan. Apa yang diketahui adalah kadar penularan adalah amat perlahan.
Penyakit jangkitan kronik ini biasanya memberi kesan kepada kulit dan saraf pinggir tetapi mempunyai manifastasi klinikal yang luas. Pesakit dikelaskan sebagai mempunyai penyakit Kusta Pausibakilari atau Kusta Multibakilari. Penyakit Kusta Pausibakilari adalah serdahana dan bercirikan satu atau lebih makules kulit hipopigment. Penyakit Kusta Multibakilari pula dikaitkan dengan lesion kulit sekata, nodule, lendir (plaques), kulit menebal, dan peningkatan lendir hidung menyebabkan hidung tersumbat dan epistaxis (hidung berdarah).
Insiden
Pada tahun 1999, Jumlah penyakit Hansen sedunia dianggarkan sebanyak 640,000; dan pada 2000, 738,284 kes telah dikenalpasti. Pada tahun 1999, 108 kes telah dicatatkan berlaku di Amerika Syarikat. Pada tahun 2000, Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyenaraikan sebanyak 91 negara di seluruh dunia sebagai endemik penyakit kusta, dengan India, Myanmar dan Nepal mencatatkan 70% dari keseluruhan kes tersebut. Pada tahun 2002, 763,917 kes baru telah dikesan di seluruh dunia termasuk Brazil, Madagascar, Mozambique, Tanzania dan Nepal yang menguasai 90% penyakit tersebut berdasarkan rekod WHO.
Seluruh dunia, 1-2 juta orang mengalami kecacatan kekal disebabkan kusta. Bagaimanapun, pesakit yang sedang menerima rawatan antibiotik atau selesai menerima rawatan dianggap bebas dari jangkitan aktif.
Penyakit kusta merupakan salah satu penyakit yang dijejak secara pasif oleh Pusat kawalan dan Penghalang Penyakit. Taburannya di Amerika Syarikat kekal rendah dan stabil. Terdapat pengurangan jumlah kes seluruh dunia, sungguhpun kes setempat dikawasan tertentu terus muncul di kawasan seperti Pasifik timur.
Kumpulan Berisiko
Mereka yang berhubung rapat dengan pesakit yang tidak penyakit kebanyakannya multibasilari aktif, tanpa rawatan, dan mereka yng tinggal di negara dengan penyakit kusta asal (endemik) berisiko mengidap kusta. Penyelidikan terkini menunjukkan variasi genetik menyumbang kepada kecenderungan penyakit ini. Kawasan DNA bertanggungjawab bagi variasi ini turut terbabit dengan penyakit Parkinson, menimbulkan jangkaan bahawa kedua penyakit ini berkait pada aras biokimia.
Perlindungan
Masih terdapat beberapa koloni kusta disekeliling dunia, di negara seperti India danFilipina. Di Amerika Syarikat, pulau Molokai kecil di kepulauan Hawai mengandungi perlindungan kusta tertua negara itu.
Pada 2001, koloni dikendali kerajaan di Jepun diteliti oleh badan perhakiman, mendorong kepada keputusan bahawa kerajaan Jepun telah salah mengendali pesakit.