{{{{{{{{{ Promosi Hebat! }}}}}}}}}}

Jom Buat Duit Dengan Churp2
Jom Buat Duit Dengan Churp2!
Anda BERRY yang mana?
Contest Siapa Paling Comel
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Rakyat Malaysia Hebat Ber-FB!
Tukar iPad kepada iPhone!
Seksi betul..
Seksi betul..
Hanya Komen di FB Untuk Menang!
Kalau Rasa Hebat Tengok Neh..!
Submit Blog Pon Boleh Menang RM 5000!
Kan best kalau dapat bilik tidur camneh.
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!

Saturday 21 May 2011

Rachel Corrie: Remaja Amerika Korbankan Nyawa Untuk Gaza

Saturday 21 May 2011
Di sebuah perkampungan di Rafah, Gaza, wilayah Palestine yang diduduki Israel - seorang anak gadis berumur 23 tahun menjadikan dirinya perisai manusia berdiri di laluan bulldozer Israel untuk cuba menghalang jentera 60 tan itu dari meruntuhkan rumah sebuah keluarga Palestin.  Dengan megaphone di tangan dia melaungkan gesaan supaya  jentera raksasa buatan Caterpillar, USA itu berhenti.   Namun bulldozer yang dipandu tentera Israel itu tidak berhenti lalu  merempuh dan menggeles anak gadis itu dibawah roda besinya. Selepas itu pemandu tersebut mengundurkan jenteranya semula untuk menggeles anak gadis itu buat kali kedua.

 Tengkorak dan tulang rusuk Rachel hancur selepas digelek oleh jentolak Israel (Ini adalah anugerah pembayar cukai AS untuk Israel).

Beliau adalah Rachel Aliene Corrie berasal dari Olympia, Washington US. Anak kepada Craig Corrie dan Cindy Corrie. Dia adalah anak bungsu daripada tiga beradik dan pelajar di Evergreen State College, Olympia, Washington. Beliau memohon cuti setahun untuk pergi ke Gaza yang pada masa itu sedang hangat bergolak dalam kebangkitan Intifada Kedua. 

Craig and Cindy Corrie

Menurut ibunya semenjak kecil dia menunjukkan ciri seorang yang berjiwa murni dan mempunyai sentimen kuat memperjuangkan nasib golongan yang tertindas. Pada umurnya 11 tahun membaca ‘sajak’ nya mydream di sebuah majlis rasmi yang mencerminkan keperihatinannya terhadap kanak-kanak di seluruh dunia yang tidak bernasib baik dan tidak terbela.

Dia bertolak ke Gaza di atas simpati yang mendalam kepada kesengsaraan warga Palestine yang menderita di bawah belenggu penjajahan Israel yang zalim. Beliau kesana untuk menyatakan solidariti diri dan keluarga beliau kepada warga Palestin yang mana 12,000 daripada rumah kediaman di sana telah dimusnahkan sebahagian dengan bulldozer dan sebahagian diletupkan menggunakan bom. Dia mahu menyatakan simpati kepada keluarga yang kehilangan anggota keluarga di muncung senapang dan bom tentera Israel yang dilakukan ke atas mereka pada setiap hari tanpa sebarang pembelaan. Dia ke Gaza bersama aktivis lain dariInternational Solidarity Movement memberi sumbangan menghalang tentera zionis dari memusnahkan lebih banyak rumah penduduk di sana.

Saban hari semasa di Gaza dia mengirim surat dan email kepada keluarganya menceritakan bagaimana penderitaan warga Palestin yang terjajah. Bagaimana dia tersentuh dengan layanan mesra, kebaikan budi serta keperihatinan dari semua anggota masyarakat di sana walaupun mereka sendiri berada dalam kegawatan dan kesukaran hidup dalam kemiskinan, kelaparan dan ketakutan .

Pada pagi itu dia berdiri di hadapan bulldozer Israel dengan keyakinan penuh bahawa bahawa kebaikan akan mengatasi kejahatan, keadilan akan tertegak di muka bumi ini dan ketiganya dia yakin Israel tidak akan membunuhnya. Tetapi ‘keyakinannya’ telah ‘dikhianati’ oleh tentera zionis. Ironisnya bulldozer Caterpillar buatan Amerika itu disumbangkan secara percuma kepada zionis Israel oleh amerika dari hasil kutipan cukai rakyat amerika. 

Sebagaimana biasa pihak Israel dengan mudah mengatakan bahawa kematian Rachel Corrie adalah disebabkan ‘kemalangan yang tidak dapat dielakkan’, ‘terpaksa dilakukan untuk menjamin keselamatan’ malah sebaliknya dia dituduh sebagai pengganas atau cuba melindungi pengganas. Sebagaimana lazim juga media amerika tidak menyiarkan malah menggelapkan langsung berita kematian kejam Rachel Corrie - tidak ada riuh rendah seperti yang biasanya berlaku sekiranya rakyat amerika di bunuh di mana-mana negara lain. 

Israel sememangnya sentiasa mendapat pembelaan dan sokongan tidak berbelah bagi dari pentadbiran amerika. Dalam apa juga situasi Israel lebih diutamakan daripada rakyat amerika sendiri. Pentadbiran amerika juga memejamkan mata terhadap Israel yang telah membunuh rakyat amerika sebelum itu. Contoh yang paling nyata di mana pada 8 Jun 1967 tentera laut Israel telah menyerang USS Liberty sebuah kapal Amerika di laut Mediteranean mengorbankan 34 anggota tentera laut dan mecederakan 172 yang lain. Peristiwa itu juga dikuburkan daripada pengetahuan rakyat amerika dan tidak pernah disentuh di dalam catatan sejarah perang di timur tengah. Lihat video di bawah.



Tiada airmata buat Rachel Corrie kecuali daripada ibu bapa dan keluarganya, warga Gaza yang mengaggapnya sebagai srikandi Amerika berdarah Palestine dan rakan-rakan serta kumpulan-kumpulan pejuang keamanan dan organisasi pro-palestine yang sehingga hari ini tidak putus asa terus cuba menuntut pembelaan terhadap kematiannya.


Lagi Artikel Menarik