{{{{{{{{{ Promosi Hebat! }}}}}}}}}}

Jom Buat Duit Dengan Churp2
Jom Buat Duit Dengan Churp2!
Anda BERRY yang mana?
Contest Siapa Paling Comel
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Rakyat Malaysia Hebat Ber-FB!
Tukar iPad kepada iPhone!
Seksi betul..
Seksi betul..
Hanya Komen di FB Untuk Menang!
Kalau Rasa Hebat Tengok Neh..!
Submit Blog Pon Boleh Menang RM 5000!
Kan best kalau dapat bilik tidur camneh.
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!

Wednesday, 20 April 2011

10 Bahasa Paling Popular Di Dunia.

Wednesday, 20 April 2011
Tidak dinafikan bahasa sememangnya memainkan peranan yang sangat penting dalam berinteraksi. Perkembangan bahasa yang sangat pesat telah mencatat sejarah-sejarah dunia yang telah kita pelajari sejak di bangku sekolah seperti bahasa Greek, Sanskrit dan Yunani. Di bawah ialah senarai top 10 bahasa yang paling banyak digunakan di seluruh dunia.


10. German (melebihi 90 juta pengguna)
Bahasa German adalah salah satu bahasa yang tersenarai dalam 'West Germanic language family', iaitu kumpulan bahasa-bahasa yang digunakan di German, tidak terkecuali Bahasa Inggeris. Bahasa German ini adalah bahasa rasmi untuk negara Jerman. 

Walaubagaimanapun, bahasa German ni jugak digunakan di beberapa negara lain sebagai bahasa rasmi seperti Austria, Liechtenstein dan Luxembourg, dan salah satu daripada 3 bahasa rasmi yang digunakan di Belgium(bersama bahasa Belanda dan Perancis) dan salah satu daripada 4 bahasa rasmi yang digunakan di Switzerland(bersama bahasa Perancis, Itali dan Romansch) . Bahasa German turut digunakan di beberapa negara seperti Poland, Denmark, hungary dan Republik Czech.

Berikut adalah contoh perkataan yang digunakan antaranya Sprechen sie Deutsch? (kamu bercakap bahasa German?) dan auf wiedersehen (Selamat Tinggal).




9. Jepun (132 juta pengguna)
Bahasa Jepun adalah salah satu bahasa di dalam rumpun bahasa Japonik termasuk beberapa basa lain yang digunakan seperti bahasa Ryukyuan yang digunakan di pulau Okinawa. Kebanyakan pengguna bahasa Jepun adalah penduduk Jepun itu sendiri dan selebihnya digunakan di Korea, Amerika Syarikat dan Eropah. Bahasa Jepun adalah bahasa rasmi untuk negara Jepun.

Antara perkataan dalam bahasa Jepun termasuk konichiwa (hello), arigato (terima kasih) dan sayonara (selamat tinggal).

8. Russia (144 Juta Pengguna)
Bahasa Russia adalah antara salah satu bahasa dari rumpun bahasa Slavia Timur, satu keluarga yang terdiri daripada bahasa Belarus, Ukraine dan  Rusyn. Kebanyakan dari 144 juta pengguna bahasa Russia ini tinggal di Russia dan merupakan bahasa rasmi. Antara negara yang mempunyai jumlah besar pengguna bahasa Russia adalah Belarus, Ukraine dan Kazakhstan. Bahasa Russia ditulis dalam abjad Cyrillic.

Antara perkataan dalam bahasa Russia termasuk zdrahst-vooy-teyh (hello), dah (ya) dan spuh-SEE-buh (terima kasih).

7. Portugis (178 Juta Pengguna)

Bahasa Portugis adalah salah satu rumpun bahasa di Itali Barat dan salah satu cabang dalam keluarga bahasa Roman. Bahasa Portugis adalah bahasa rasmi negara Portugal dan Brazil dimana kebanyakan pengguna bahasa ini tinggal. Tambahan, ia juga adalah bahasa rasmi negara Angola, Cape Verde, Timor Timur (Timor Leste), Guinea-Biassau, Mozambique, Sao Tome dan Principe. Bahasa Portugis adalah bahasa wajib belajar di sekolah-sekolah di Uruguay dan Argentina. Ia adalah bahasa keempat yang mempunyai paling banyak pelajar iaitu 30 juta.

Contoh bahasa Portugis termasuk Como esta? (apa khabar?) dan Nao (Tidak).

6. Bengali (181 Juta Pengguna)
Bengali adalah salah satu bahasa dari rumpun bahasa Indo-Arya, di samping Bahasa Hindi, Punjabi dan Urdu. Kebanyakan pengguna Bahasa Bengali ini tinggal di Bangladesh, di mana ia juga adalah bahasa rasmi negara berkenaan. Bahasa ini juga digunakan oleh beberapa negeri di India seperti Bengal barat, Tripura dan Assam. Bengali ditulis menggunakan skrip Bengali, di mana berkait rapat dengan script Sanskrit dan Hindi.

Contoh bahasa Bengali adalah seperti Nomoshkar (hello), Apnar nam ki? (apa nama kamu?) dan Ektu (sila).

5. Arab (221 Juta Pengguna)

Bahasa Arab adalah anggota dari rumpun bahasa Semit, termasuk Bahasa Ibrani Neo-Aramia seperti Syria dan Neo-Chaldean. Bahasa Arab banyak digunakan di Timur Tengah dan Utara Afrika dan merupakan bahasa rasmi di 26 buah negara! Tambahan, ia juga mempunyai variasi bahasa klasik yang unik yang digunakan dalam penulisan Quran.

Antara contoh bahasa Arab adalah Assalamualaikum ( Salam sejahtera ke atas kamu) Na'am (ya) dan ismaHli (maafkan saya).


4. Hindi-Urdu (242 Juta Pengguna)

Hindi-Urdu adalah dari rumpun Indo-Aryan, bersama-sama Bengali. Terdapat dua jenis bahasa iaitu Standard Hindi dan Standard Urdu. Aku pon tak tau nak describe, korang google lah sendiri. Heheh. Hindi adalah bahasa rasmi negara India manakala Urdu bahasa rasmi Pakistan. Urdu dan Hindi juga banyak digunakan di Eropah dan Utara Amerika oleh kebanyakan imigran dari India dan Pakistan. Ia ditulis dengan abjad Hindi dan juga Arab (untuk Urdu yang dipengaruhi oleh budaya Islam).

3. English (328 Juta Penguna)
Bahasa Inggeris adalah ahli dari rumpun bahasa Jerman Barat. Ia pada asalnya daripada Bahasa Anglo-Saxon (Inggeris Kuno) dan banyak dipinjam dari Bahasa Latin dan Perancis sempena penakhlukan Norman ke atas England. Walaupun ia berasal dari kepulauan Inggeris, tetapi populasi terbesar pengguna Bahasa Inggeris adalah Amerika Syarikat kira-kira 309 juta pengguna. Bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi lebih 53 buah negara termasuk Ireland, Canada, Afrika Selatan, Jamaica dan New Zealand. Mempunyai sebilangan besar pengguna di negara-negara Afrika dan Oceania.

2. Sepanyol (329 Juta Pengguna)
Sepanyol adalah salah satu bahasa dari rumpun Iberia Barat, serpihan dari Bahasa Roman, berkait rapat dengan Portugis. Sepanyol adalah salah satu bahasa yang paling banyak digunakan di dunia dan merupakan bahasa rasmi di 20 buah negara. Tambahan, sebilangan besar pengguna bahasa Sepanyol telah berimigrasi di Amerika Syarikat dan kini Bahasa Sepanyol telah menjadi bahasa utama di BaratDaya Amerika.

1. Mandarin (melebihi 845 Juta Pengguna)

Bahasa Mandarin sering dikatakan Bahasa China bagi mereka yang tidak belajar Bahasa Mandarin, tetapi sebenarnya dalam ia merupakan salah satu bahasa dalam kebanyakan bahasa China contohnya Cantonese dan Xiang yang tergolong dalam rumpun bahasa Sino-Tibet. Mandarin adalah bahasa terbesar di China dan Taiwan. Ia juga adalah bahasa rasmi di Singapura (disamping Bahasa Inggeris, Melayu dan Tamil). Terdapat dua jenis penulisan bahasa Mandarin iaitu Traditional Chinese dan Simplified Chinese.

Dalam banyak-banyak bahasa ni, mana satu yang korang paling suka dan rasa nak belajar bahasa tersebut? Kalau aku, aku teringin sangat nak belajar bahasa Sepanyol. :p


0 comments:

Lagi Artikel Menarik