Sebaliknya, beliau yang melakonkan watak Hermoine Granger dalam filem Harry Potter itu akan dipindahkan ke university yang lain untuk menyambung pelajaran dalam bidang yang berlainan. Ini kerana, bidang itu tidak disediakan oleh institusi pengajian yang terletak di Rhode Island itu. Tetapi, tidak dimaklumkan lagi universiti mana yang beliau akan pilih untuk menyambung pelajarannya.
Pada Mac yang lepas, beliau mengumumkan akan menumpukan sepenuh masanya untuk pengambaran terakhir filem Harry Potter itu dan kerja-kerja lakonan yang lain.

Ura-ura mengatakan bahawa beliau berasa tertekan disebabkan rakan sekelasnya dan pelajar-pelajar di Brown Universiti itu yang sering mengejeknya "Ten points for Gryffindor!" apabila beliau menjawab soalan di dalam kelas.
Namun, Davies menjelaskan bahawa Emma sebenarnya sangat menikmati setiap masanya sepanjang berada di universiti tersebut dan mempunyai ramai rakan-rakan di sana.
Emma yang akan menempuhi sesi pengambaran terakhirnya dalam filem "Harry potter and the Deathly Hallows--Part 2" musim panas ini juga dikhabarkan akan membintangi filem baru terbitan Summit Entertainment "The Perks of Being a Wallflower".
0 comments:
Post a Comment