{{{{{{{{{ Promosi Hebat! }}}}}}}}}}

Jom Buat Duit Dengan Churp2
Jom Buat Duit Dengan Churp2!
Anda BERRY yang mana?
Contest Siapa Paling Comel
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Rakyat Malaysia Hebat Ber-FB!
Tukar iPad kepada iPhone!
Seksi betul..
Seksi betul..
Hanya Komen di FB Untuk Menang!
Kalau Rasa Hebat Tengok Neh..!
Submit Blog Pon Boleh Menang RM 5000!
Kan best kalau dapat bilik tidur camneh.
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!

Sunday 24 April 2011

Fernando Torres Mengakhiri Kemarau Gol Di Chelsea!

Sunday 24 April 2011

Penyerang Chelsea, Fernando Torres berjaya mengakhir penantian gol pertamanya di Chelsea apabila menjaringkan satu gol untuk membantu Chelsea mengalahkan West Ham 3-0 dalam Liga Perdana Inggeris semalam.

Gol yang ditunggu-tunggu para peminat Chelsea tersebut akhirnya tercipta apabila Torres muncul untuk membuat penampilan ke 14 atau keseluruhan 732 minit bersama Chelsea.

Sejak berpindah dari Liverpool pada Januari 2011 dengan rekod perpindahan sebanyak 50 juta pound, Torres masih gagal menamatkan badi untuk menjaringkan gol untuk Chelsea.


Ini menyebabkan pada beberapa perlawanan sebelum ini, Carlo Ancelotti lebih gemar menurunkan Didier Drogba sebagai pilihan pertama dan menempatkan Torres sebagai pemain simpanan.

Torres yang dimasukkan pada minit ke-74, akhirnya menjaringkan gol yang dinanti-nantikan pada minit ke-84 dan mendapat sorakan yang meriah oleh para peminat Chelsea di Stamford Bridge.

Torres yang menggantikan Drogba, dengan tenang memintas masuk ke dalam kotak penalti West Ham sebelum melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol West Ham, Robert Green pada perlawanan yang berlagsung dalam cuaca hujan itu.

Gol tersebut adalah gol pertamanya sejak beliau menjaringkan gol untuk Liverpool ketika menentang Wolves pada 22 Januari lalu.

Secara keseluruhannya, Torres tidak pernah lagi menjaringkan gol dalam 901 minit terakhir penampilannya, samada untuk pasukan kebangsaannya, Sepanyol mahupun untuk kelabnya 732 minit bersama Chelsea.


0 comments:

Lagi Artikel Menarik