Ini pula laporan berita dari Sinar Harian,
GUNUNG KERIANG - Penduduk sekitar kawasan pusat rekreasi di sini digemparkan dengan penemuan pokok yang dipercayai menyerupai wajah manusia.
Pokok yang dikenali dengan ‘pokok sabun’ oleh masyarakat setempat itu dipercayai menyerupai bentuk wajah manusia sejak seminggu lalu dan dikatakan menjadi lokasi aktiviti pemujaan.
Pengunjung, Muhammad Azwan Mansor, 24, berkata, pengunjung tidak dapat melihatnya secara jelas melalui mata kasar malah, mereka perlu mengambil gambar dan objek itu akan kelihatan lebih jelas menerusi gambar yang diambil.
Menurutnya, pelbagai andaian yang dibuat apabila melihat wajah yang timbul pada bahagian pemeluk pokok itu namun, terpulang kepada kepercayaannya masing-masing.
“Ada yang menyatakan ia sekadar ukiran namun, bagi saya ia mungkin terbentuk daripada rekahan kulit pokok itu sendiri,” katanya.
Penduduk, Mohd Tazri Seman, 30, berkata, sebelum ini taman rekreasi itu menjadi tumpuan pengunjung pada sebelah petang namun, sejak berlakunya kejadian itu kawasan berkenaan sentiasa dikunjungi tanpa mengira waktu. - Sinar Harian
Lagi gambar wajah misteri pada pokok Akasia.
0 comments:
Post a Comment