{{{{{{{{{ Promosi Hebat! }}}}}}}}}}

Jom Buat Duit Dengan Churp2
Jom Buat Duit Dengan Churp2!
Anda BERRY yang mana?
Contest Siapa Paling Comel
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Rakyat Malaysia Hebat Ber-FB!
Tukar iPad kepada iPhone!
Seksi betul..
Seksi betul..
Hanya Komen di FB Untuk Menang!
Kalau Rasa Hebat Tengok Neh..!
Submit Blog Pon Boleh Menang RM 5000!
Kan best kalau dapat bilik tidur camneh.
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!

Wednesday 18 May 2011

5 Litar Paling Bosan Dalam Sejarah Formula 1

Wednesday 18 May 2011
Harini aku stop jap pasal politik. Kita sembang pasal sukan pulak. Dalam post ni aku nak share sikit ngan korangyang TERBACA post ini dengan sengaja ataupon tidak sengaja. Bagi yang sengaja tu konfem korang memang peminat Formula 1 macam aku. Heheh.

F1 ni macam sukan-sukan yang lain jugak, ada kriteria-kriteria yang tersendiri sebagai faktor penarik para peminat sukan ini. Litar bersejarah seperti Spa-Francorchamps, Silverstone dan Suzuka memang salah satu litar yang dapat menganjurkan perlumbaan yang klasik, manakala litar moden seperti Litar Yas Marina, Sepang dan Shanghai disukai kerana reka bentuk yang moden dan mempunyai kemudahan bertaraf lima bintang!

Macamana pon, ada jugak dalam banyak-banyak litar tu tak berapa nak popular atas sebab-sebab tertentu. Minggu ni pulak akan berlangsungnya GP Catalunya,Sepanyol dimana perlumbaan yang kurang diminati oleh peminat-peminat dari luar Sepanyol disebabkan faktor litar yang membosankan jadi kat bawah neh adalah antara 10 litar yang paling bosan dalam perlumbaan F1.


5. Litar Catalunya, Sepanyol





Pada minggu ni, litar ni akan menganjurkan perlumbaan buat kali ke 22, walaubagaimanapun ia tetap gagal untuk menyajikan perlumbaan yang menarik berdasarkan 21 perlumbaan yang lalu. Hanya saingan antara Mansell dan Senna pada tahun 1994 sahaja yang berjaya memberikan impak terhadap perlumbaan di litar ini. Namun sejak itu, tiada lagi perlumbaan yang berkualiti dipamerkan. Dalam 21 perlumbaan, 10 telah dimenangi oleh pelumba yang bermula di petak pertama dan selebihnya dimenangi oleh pelumba yang bermula di petak kedua dan ketiga. Ini dibuktikan apabila hanya terdapat 21 overtaking dalam 4 perlumbaan sebelum ini.



4. Fuji Speedway, Jepun



Apabila Bernie Ecclestone mengumumkan pada 2007 yang GP Jepun akan dipindahkan dari Litar Suzuka, ramai peminat F1 yang kecewa. Namun, mereka menganggap mungkin ada litar yang lebih istimewa daripada Suzuka untuk menjadi destinasi perlumbaan di negara matahari terbit itu. Apabila ia diumumkan untuk berpindah ke Litar Fuji Speedway, ramai dari peminat-peminat lama F1 tidak begitu gembira kerana dibayangi dua perlumbaan yang sangat menarik pada lewat 1970-an. Litar ini juga mencatat sejarah apabila pelumba McLaren, Kimi Raikkonen yag memulakan perlumbaan pada petak ke-17 telah berjaya memenangi perlumbaan dalam keadaan litar basah. Pada 2009, perlumbaan telah berpindah semula ke Litar Suzuka dan ianya memang sangat dinantikan.

3. Litar Kyalami, Afrika Selatan



Litar ini popular pada tahun 1970-an and 1980-an, dimana ramai peminat sangat teruja untuk menyaksikan semula perlumbaan di litar ini pada tahun 1992. Walaubagaimanapun, terdapat perubahan yang besar pada litar ini dimana pemiliknya telah mengubah beberapa selekoh yang mencabar dan menggantikan dengan litar yang perlahan dan lebih teknikal kononnya ingin menguji pelumba dan teknologi kereta. Namun, perubahan itu telah mendapat jalan buntu apabila digelar litar 'Mickey-Mouse' kerana mempamerkan perlumbaan yang sangat bosan. Selepas itu, litar ini telah dibuang dari kalendar F1.


2. Litar Sakhir, Bahrain



Bahrain menjadi venue pertama F1 yang dilangsungkan di Asia Tengah apabila disenaraikan dalam kalendar perlumbaan pada tahun 2004. Dalam beberapa tahun pertamanya, ia berjaya menghasilkan perlumbaan yang berkualiti dan bilangan penonton memang melebihi sasaran. Namun setelah beberapa musim, faktor itu telah berubah dan kini ia disenaraikan antara perlumbaan paling bosan untuk tahun ini. Litar ini hanya mempunyai 4 terusan panjang, 4 selekoh mencabar dan hanya beberapa selekoh dimana tiada cabaran langsung untuk para pelumba.

1. Litar Ti Aida, Jepun



Dibina pada tahun 1992 sebagai litar persendirian oleh jutawan Jepun, Aida. Litar ini mula menganjurkan perlumbaan F1 pada tahun 1994 yang dinamakan sebagai Pacific Grand Prix. Ia hanya sempat menganjurkan dua perlumbaan F1 atas sebab-sebab tuntutan oleh pihak-pihak tertentu. Ia adalah litar dimana Jordan mendapat podium pertama pada 1994 dan pada tahun 1995 dimana Micheal Schumacher mendapat gelaran juara dunia keduanya. Tetapi, litar ini tidaklah menarik seperti yang digambarkan. Litar ini tidak banyak kawasan untuk memintas dan peluang untuk memintas memang sangat rendah (Damon Hill yang memandu untuk William terperangkap di belakang pemandu Ferrari, Gerhard Berger selama beberapa pusingan pada 1994). Bilangan penonton juga sangat rendah. Ia kemudiannya dibuang dari kalendar perlumbaan pada tahun 1996.


Lagi Artikel Menarik