{{{{{{{{{ Promosi Hebat! }}}}}}}}}}

Jom Buat Duit Dengan Churp2
Jom Buat Duit Dengan Churp2!
Anda BERRY yang mana?
Contest Siapa Paling Comel
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Rakyat Malaysia Hebat Ber-FB!
Tukar iPad kepada iPhone!
Seksi betul..
Seksi betul..
Hanya Komen di FB Untuk Menang!
Kalau Rasa Hebat Tengok Neh..!
Submit Blog Pon Boleh Menang RM 5000!
Kan best kalau dapat bilik tidur camneh.
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!

Wednesday 18 May 2011

Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN

Wednesday 18 May 2011
KUALA LUMPUR, 18 Mei — Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini awal pagi ini kerana demam dan batuk.

Jurucakap IJN memberitahu bekas perdana menteri itu dimasukkan ke IJN kira-kira 6 pagi.

“Ya, beliau (Dr Mahathir) dimasukkan ke IJN pagi tadi dan mengikut laporan perubatan beliau hanya batuk dan demam sahaja.

“Keadaan beliau stabil dan kita telah menjalankan fisioterapi, kemungkinan beliau akan berada di IJN selama seminggu,” katanya.


Sementara itu, pegawai khas Dr. Mahathir, Sufi Yusoff yang dipetik beberapa media tempatan berkata, perdana menteri keempat itu dimasukkan ke wad normal pagi tadi setelah dua hari menghadapi masalah demam dan batuk.

“Beliau kini menerima rawatan antibiotik intravenous selain menjalani fisioterapi dada. Dijangkakan beliau akan terus berada di IJN selama seminggu.


“Selain itu, doktor turut menasihatkan beliau berehat dengan tidak menerima kunjungan pelawat kecuali ahli keluarga terdekat,” kata Sufi dalam satu kenyataan.

Tahun lalu, Dr Mahathir dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne bagi rawatan jangkitan kuman di dada.

Dr Mahathir, 85, telah menjalani pembedahan pintasan koronari di Hospital Besar Kuala Lumpur pada Januari 1989 dan kali kedua di IJN September 2007.



Semoga Tun cepat sembuh...

The Malaysian Insider


Lagi Artikel Menarik