Adakah korang percaya bahawa ada gerakan dakwah terancang kristian khusus untuk orang melayu malaysia? Ia khusus untuk orang melayu. Ia khusus untuk orang melayu yang beragama islam. Ya. Melayu. Dan ya, untuk orang islam. Pendedahan ini mungkin mengejutkan. Mungkin juga tidak mengejutkan. Mungkin juga ada yang akan geram. Tapi aku nasihatkan simpan sahaja bahasa maki dan geram dalam jiwa. Dengan memaki hamun tidak akan menyelesai waima satu masalah sekalipun. Dengan mengetahui gerakan ini, kita sudah tentu boleh faham kenapa berlaku beberapa perkara di malaysia. Dengan mengetahui kewujudan gerakan ini, kita sudah tentu harus fikirkan alternatif yang boleh mengatasi perkara ini terus berleluasa.
Orang kristian boleh berkata apa sahaja. Tetapi suka atau tidak, islam ialah agama rasmi di malaysia. Redha atau tidak, ini adalah hakikat. Mereka kena terima. Oleh itu hanya ISLAM sahaja boleh didakwahkan secara terbuka. Mana2 agama selain dari islam tidak boleh diberikan peluang seumpama ini apatah lagi jika gerakan mereka menyasarkan orang melayu + islam itu sendiri. Jika mereka tidak TOUCH.. akidah orang islam mungkin sedikit sebanyak kita patut memahami kehendak mereka. Tetapi ia jadi sebaliknya apabila hasrat mereka memang menyasarkan kepada orang melayu + islam itu sendiri. Lihat printscreen di bawah. Focus pada beberapa perkara yang aku tandakan ;
KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN
Gerakan mereka terancang bhai. Aku pun terkejut. Tapi bukan nak maki hamun mereka. Sebaliknya memikirkan macam mana kita tak boleh buat dan fikir macam yang mereka fikirkan. Di manakah kita selama neh? Tidur atau merasa selesa kerana islam agama rasmi yang tak boleh di ubah oleh perlembagaan? Islam sebagai agama rasmi memang tak boleh ubah dalam perlembagaan negara buat masakini. Tetapi akidah umat islam bukan macam buku perlembagaan yang tersimpan rapi dalam perlembagaan. Akidah umat islam ialah sesuatu yang halus. Setiap saat kita terbuka untuk berpaling dari menyembah Allah swt kepada ISA selagi kita belum mati.
Tanpa perlu ubah perlembagaan negara, islam belum tentu kekal di malaysia. Apa yang perlu mereka ubah cuma akidah umat islam. Di atas neh sesuatu perkara yang aku rasa nak terpeliot ble baca. Tak sangka begitu tersusun dan bagusnya mereka dalam menjalankan kegiatan dakwah. Ianya bersistematik dan dipantau dari semasa ke semasa. Untuk tidak merasa kagum aku rasa sangat mustahil. Melihatkan usaha dan kesungguhan mereka aku benar2 terpaut. Alangkah bagusnya jika gerakan islam juga seperti ini. Aku tahu memang ada banyak gerakan islam macam neh. Yang menjadi tak bagusnya kegiatan dakwah islam tidak menyeluruh kerana kekangan pihak2 tertentu.
Kalau dilihat dari stastistik di atas, jelas agenda kristian itu tidak dibawa oleh orang tempatan [rakyat malaysia]. Sebaliknya ia dibawa oleh orang luar. Dari negara mana dan gerakan apa, aku kurang pasti. Tetapi adakah pembinaan gereja terbesar di asia tenggara di bukit jalil merupakan salah satu agenda mereka? Aku taktahu. Hanya mereka yang tahu je boleh jawab. Mereka selangkah ke alam berdakyah secara bebas di malaysia. Di setiap hotel hampir wujud bible. Ini ilusi biasa. Menyalahkan bible dan kristian adalah fikiran yang bodoh.
Sebaliknya umat islam kena kuatkan lagi usaha2 dakwah dan kerja2 untuk membaikpulih akidah umat islam. Bayangkan umat islam hari neh tidak tahu mencukur kening itu haram. Malahan ada yang menganggap mewarnakan rambut guna pewarna rambut bersumberkan halal, hukum nya halal. Yang lebih sadis, ramai dikalangan mereka tidak bersolat. Apa yang lebih aneh, selalunya orang2 yang tak bersolat neh lah yang akan naik marah terlebih dahulu bila tahu bab2 macam neh. Heh.
Cuma aku aku heran, bila solat pun tinggal, apakah layak di gelar orang islam? Lue fikirlah sendiri.
Ameno : Bina masjid besar bersebelahan gereja. Mari kita usaha lebih keras dari mereka.. hehehe.
sumber: amenoworld