{{{{{{{{{ Promosi Hebat! }}}}}}}}}}

Jom Buat Duit Dengan Churp2
Jom Buat Duit Dengan Churp2!
Anda BERRY yang mana?
Contest Siapa Paling Comel
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Rakyat Malaysia Hebat Ber-FB!
Tukar iPad kepada iPhone!
Seksi betul..
Seksi betul..
Hanya Komen di FB Untuk Menang!
Kalau Rasa Hebat Tengok Neh..!
Submit Blog Pon Boleh Menang RM 5000!
Kan best kalau dapat bilik tidur camneh.
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!

Monday 16 May 2011

Diikat Di Tiang Bendera Sekolah

Monday 16 May 2011
Gambar hiasan sahaja..

REMBANG PANAS – Seorang bapa di sini, kecewa dengan tindakan pihak sekolah yang melaksanakan denda ke atas anaknya tanpa dimaklumkan kepadanya sebaliknya hanya diketahui daripada pihak lain. 

Mohd Rozi Othman, 47, berkata, dia sentiasa memberi kelonggaran kepada pihak sekolah dengan merotan anaknya jika melakukan kesalahan, namun tidak menyangka tindakan pihak sekolah mengikat anaknya, Muhammad Haqqin, 13, di tiang bendera sehingga beberapa jam. 

Menurutnya, peristiwa itu sudah lama tetapi dia hanya dapat makluman daripada pihak lain. 

"Saya amat terkilan kerana ia melibatkan maruah anak saya. Saya tidak kisah jika guru mahu merotan anak saya tetapi tindakan mereka mengikat anak saya di tiang bendera menimbulkan kemarahan. 




“Saya dapat tahu, guru terbabit turut memanggil pelajar perempuan dan lelaki sebagai penonton. Mereka seolah-olah tidak profesional dalam mendidik pelajar kerana ia akan memberi kesan yang negatif pada anak saya,” katanya. 

Mohd Rozi berkata, anaknya turut dibuang dari asrama kerana melanggar undang-undang asrama tanpa ada perbincangan kedua-dua pihak. 

“Anak saya dibuang asrama kerana melakukan kesalahan merokok dan tindakan membuang sekolah juga tidak dimaklumkan kepada saya. Sepatutnya pihak sekolah memberitahu saya terlebih dahulu dan minta datang ke sekolah untuk berbincang. Bukan dengan menyuruh anak menghubungi saya. 

"Kejadian itu berlaku pada 12 April lalu, saya terkejut bila anak saya hubungi dan diminta untuk datang ke sekolah. Apabila tiba sahaja di sekolah, guru memberitahu anak saya dibuang asrama. Saya memang terkejut tanpa ada surat amaran, tiba-tiba sahaja anak saya dibuang asrama,” katanya. 

Dia berkata, kesalahan yang dilakukan oleh anaknya itu tidak perlu dipanjangkan oleh guru kerana boleh memberi impak kepada diri anaknya. 

“Bukan saya hendak mengatakan anak saya seorang baik tetapi apa yang saya lihat di depan mata saya dia seorang yang dengar kata. Jika dia melakukan kesalahan merokok tidak perlu guru menghukumnya dari sudut psikologi. 

“Setiap kali anak saya pergi ke sekolah, ada segelintir guru seolah-olah mengejeknya ‘pembekal rokok’ sedangkan kesahihan itu belum jelas. Kata-kata seperti itu sudah pasti merundum emosi anak saya. Jika dia tidak buat, adakah patut dia dihukum seperti itu? Baru-baru ini, anak saya sering balik awal kerana tidak tahan dengan guru yang sering menyatakan dia tidak ada tempat di sekolah itu,” katanya. 

Katanya, guru sepatutnya memberi nasihat dan kata-kata semangat kepada pelajarnya jika mereka melakukan kesalahan. 

“Diharap perkara ini tidak akan berlaku lagi kepada pelajar lain kerana ia boleh mengganggu emosi pelajar. Saya faham jika pihak guru membuang anak saya dari asrama tetapi cuma kecewa, tindakan segelintir guru tidak profesional kepada anak saya,” katanya.

Sumber: Sinar Harian


Lagi Artikel Menarik