{{{{{{{{{ Promosi Hebat! }}}}}}}}}}

Jom Buat Duit Dengan Churp2
Jom Buat Duit Dengan Churp2!
Anda BERRY yang mana?
Contest Siapa Paling Comel
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Rakyat Malaysia Hebat Ber-FB!
Tukar iPad kepada iPhone!
Seksi betul..
Seksi betul..
Hanya Komen di FB Untuk Menang!
Kalau Rasa Hebat Tengok Neh..!
Submit Blog Pon Boleh Menang RM 5000!
Kan best kalau dapat bilik tidur camneh.
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!

Monday 16 May 2011

Pemuda Umno: Cari jalan ‘bestari’, jangan naik harga RON95

Monday 16 May 2011

KUALA LUMPUR, 16 Mei — Pemuda Umno mendesak agar Putrajaya tidak menaikkan harga petrol RON95, sebaliknya mahu kerajaan mencari jalan ke arah penjimatan bestari dan penerokaaan usaha bagi meningkatkan nilai aset dan hasil dilaksanakan terlebih dahulu demi kebajikan rakyat.
Pergerakan itu juga berkata pihaknya gusar dengan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam yang menggesa rakyat agar bersiap sedia dengan kemungkinan kenaikan harga minyak RON95.
Laporan media semalam memetik Ismail Sabri berkata, kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya.
Beliau berkata, kemungkinan itu ada memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.
“Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga,” katanya.
Pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan harga barang kemungkinan naik kerana kemungkinan kerajaan mengkaji balik subsidi ekoran peningkatan kos subsidi tahun ini berbanding tahun lalu.
Justeru, dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, usaha-usaha ke arah penjimatan kos pengurusan dan peningkatan produktiviti serta kecekapan kerajaan haruslah mendahului sebarang langkah pengurangan perbelanjaan fiskal berupa pengurangan subsidi minyak.
“Sebagai contoh, menurut Perbadanan Produktiviti Negara, kos tanggungan bagi memenuhi pelbagai peraturan kerajaan dalam memulakan sebarang aktiviti ekonomi adalah sebanyak RM17.0 bilion atau 2.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar.


“Jumlah kos peraturan dan pematuhan ini adalah 21 kali ganda lebih banyak daripada hasil penjimatan daripada pengurangan subsidi ke atas komoditi gula dan barangan berasaskan minyak pada Julai 2010 dan 14.4 kali ganda bagi tindakan yang sama pada Disember lalu,” katanya.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata, Pemuda Umno menyarankan agar usaha-usaha ke arah penjimatan bestari melalui kecekapan operasi, di samping tindakan bagi meningkatkan nilai aset dan sumber pendapatan negara diterokai dengan serius dan dilaksanakan terlebih dahulu, sesuai dengan cogan kata 1 Malaysia yang sentiasa mendahulukan rakyat dari segi kepentingan, kebajikan dan hal ehwal mereka.
Pada masa yang sama, katanya, Pemuda Umno ingin menegaskan bahawa sungguhpun statistik terkini bagi harga barangan pengguna menunjukkan kadar inflasi tiga peratus pada Mac 2011 berbanding bulan yang sama tahun lalu, namun perinciannya menunjukkan bahawa barangan makanan bukan alkohol mencatat kenaikan lebih tinggi iaitu 4.7 peratus.
Selanjutnya, jika diteliti kepada pecahan kecil bagi barangan makanan bukan alkohol ini, daging mencatat kenaikan 7.6 peratus, susu dan telur 7.9 peratus, sayur-sayuran 11.4 peratus, gula, jem dan barangan manisan 10.9 peratus, buah-buahan 6.8 peratus dan ikan serta hasil laut 3.8 peratus — yang mana kesemuanya melampaui kadar purata inflasi tiga peratus yang dicatatkan.
“Malahan dalam isu ini, Bank Pembangunan Asia juga telah membuat kenyataan pada akhir bulan lalu bahawa sepanjang dua bulan pertama tahun ini sahaja, harga bagi barangan makanan dunia telah meningkat sebanyak 30 peratus dan dijangka akan berterusan,” katanya.
Semalam, Ismail Sabri juga berkata, kenyataan beliau tiga hari lalu bahawa harga RON95 tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan itu tidak akan naik.
“Jadi rakyat kena bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana trend penurunan harga minyak tidak mungkin berlaku. Ini bermakna sama ada harga akan kekal atau pun naik. Jadi ia bergantung kepada kajian itu,” kata beliau.
Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.
Tiga hari lalu, Ismail berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON95 tidak akan dinaikkan buat masa ini.
Beliau berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia.
Kalau kekal dengan keadaan sekarang kemungkinan besar dari segi unjurannya, kata beliau, subsidi akan bertambah daripada RM10.3 bilion kepada RM17 bilion.
Katanya, kenaikan harga petrol RON95 telah dibincangkan semasa mesyuarat pasca-Kabinet Rabu lepas, namun tiada keputusan dicapai berhubung perkara itu.
Harga RON97 telah mengalami kenaikan 20 sen seliter awal bulan lalu.
Harga gula pula naik 20 sen sekilogram berkuat kuasa minggu lalu.

-themalaysianinsider-


Lagi Artikel Menarik