{{{{{{{{{ Promosi Hebat! }}}}}}}}}}

Jom Buat Duit Dengan Churp2
Jom Buat Duit Dengan Churp2!
Anda BERRY yang mana?
Contest Siapa Paling Comel
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Rakyat Malaysia Hebat Ber-FB!
Tukar iPad kepada iPhone!
Seksi betul..
Seksi betul..
Hanya Komen di FB Untuk Menang!
Kalau Rasa Hebat Tengok Neh..!
Submit Blog Pon Boleh Menang RM 5000!
Kan best kalau dapat bilik tidur camneh.
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!

Thursday 5 May 2011

Pasang Sistem Amaran Awal Elak Kepala Air

Thursday 5 May 2011
KUALA PILAH 4 Mei - Fenomena kepala air yang berlaku di Hutan Lipur Ulu Bendul di sini semalam adalah sesuatu yang luar biasa dan jarang berlaku.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia berpunca daripada hujan lebat dan wujudnya takungan di bahagian tinggi sebelah hulu dekat Gunung Angsi



''Air yang datang secara tiba-tiba dari kawasan gunung menyebabkan tiga kanak-kanak malang itu dihanyutkan air deras," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan kejadian itu berikutan fenomena kepala air di Hutan Lipur Ulu Bendul di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang semalam, Nur Syaza Alisa Said Ahmad, 5; Nur Syaza Azira, 4, dan Nur Syaza Sakinah, 2, hanyut dibawa arus deras yang disebut fenomena kepala air ketika sedang mandi di kawasan perkelahan popular itu.


Bapa kanak-kanak itu, Said Ahmad Ibrahim, 28, dan seorang kenalan wanitanya, Alwani Abu Hassan, 18, berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang berada di kawasan berkenaan.

Mohamad memberitahu, keperluan menempatkan amaran awal fenomena itu di kawasan sungai hendaklah disegerakan supaya ia dapat memberi ruang kepada pengunjung untuk menyelamatkan diri.

''Amaran seperti loceng mahupun siren perlu dipasang segera di kawasan sebegini, selain papan tanda amaran bagi mengelakkan orang awam mandi ketika hujan di mana-mana kawasan rekreasi," katanya.

Tambahnya, fenomena yang sama juga telah berlaku di kawasan rekreasi Lata Kijang, Jelebu tahun lalu dan berhampiran Gunung Berembun dekat Jalan Pantai, Seremban, semalam di mana turut menyaksikan kerosakan struktur tanah dan meragut satu nyawa.

''Bagi kerajaan negeri dan rakyat, kami menyampaikan rasa simpati dan takziah kepada ahli keluarga kanak-kanak ini," katanya.



Mohamad Hasan (kiri) meninjau kawasan tiga kanak-kanak dihanyutkan air deras berikutan fenomena kepala air di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, semalam


0 comments:

Lagi Artikel Menarik