{{{{{{{{{ Promosi Hebat! }}}}}}}}}}

Jom Buat Duit Dengan Churp2
Jom Buat Duit Dengan Churp2!
Anda BERRY yang mana?
Contest Siapa Paling Comel
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Rakyat Malaysia Hebat Ber-FB!
Tukar iPad kepada iPhone!
Seksi betul..
Seksi betul..
Hanya Komen di FB Untuk Menang!
Kalau Rasa Hebat Tengok Neh..!
Submit Blog Pon Boleh Menang RM 5000!
Kan best kalau dapat bilik tidur camneh.
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!

Thursday 5 May 2011

Remy Ishak Bakal Kena Boikot Dengan Reporter Hiburan?

Thursday 5 May 2011
4 MEI 2011: Mula-mula, Murai Batu sangkakan cerita ni hanya sekadar gosip atau khabar angin semata-mata. Tapi, rupa-rupanya, kes reporter hiburan nak boikot aktor Remy Ishak ini bukanlah satu tindakan yang dibuat secara melulu atau main-main.

Khabarnya, tindakan yang dibuat oleh rakan-rakan wartawan hiburan ini dilakukan dengan bersebab. Yang mana, mereka dah tak tahan lagi nak berdepan dengan sikap dan atitude Remy Ishak yang acuh tak acuh setiap kali diwawancara. Adakalanya, Remy suka buat muka ketat bila dia kurang senang dengan beberapa pertanyaan yang diajukan buat dirinya.

Atas sebab itu, rakan-rakan wartawan hiburan yang lain sudah nekad untuk memboikot Remy Ishak yang baru saja memenangi trofi Pelakon Lelaki Drama Popular di Anugerah Bintang popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011).


Murai Batu diberitahu lagi, tindakan itu mula dibuat berkuat kuasa pada hari ini. Bermakna, pihak wartawan hiburan tidak akan membuat sebarang wawancara bersama Remy lagi.


Perkara ini juga khabarnya sudah dimaklumkan kepada pihak pengurusan Remy Ishak.


Khabarnya, pihak pengurusan Remy sendiri agak terkejut dengan tindakan nekad yang dibuat oleh pihak wartawan hiburan untuk memboikot aktor yang pernah membintangi filem Cun bersama Maya Karin itu.

Sebabnya ialah Remy Ishak bakal muncul dengan Nur Kasih The Movie bersama Tizz Zaqyah dan Fizz Fairuz. Pelancaran filem itu baru saja dilangsungkan di Hall 12, TGV, KLCC, petang tadi.

Persoalannya, apakah benar tindakan boikot ke atas Remy ini benar-benar dilakukan? Tunggu, jawapannya esok hari!

MURAIBATU: Pinggan tak retak, nasi tak dingin, artis tak hendak, wartawan hiburan lagi tak hingin!


-murai.com.my-


0 comments:

Lagi Artikel Menarik