{{{{{{{{{ Promosi Hebat! }}}}}}}}}}

Jom Buat Duit Dengan Churp2
Jom Buat Duit Dengan Churp2!
Anda BERRY yang mana?
Contest Siapa Paling Comel
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Hadiah Sempena Hari Bapa Dari Oreo
Rakyat Malaysia Hebat Ber-FB!
Tukar iPad kepada iPhone!
Seksi betul..
Seksi betul..
Hanya Komen di FB Untuk Menang!
Kalau Rasa Hebat Tengok Neh..!
Submit Blog Pon Boleh Menang RM 5000!
Kan best kalau dapat bilik tidur camneh.
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!
Jom tengok iPhone 4 baru neh. Kaler putih siot!

Thursday 5 May 2011

RM500, 000 Atau Lupakan Aksi Kelab Gergasi EPL di Bukit Jalil

Thursday 5 May 2011
KUALA LUMPUR - Tanggung kos penangguhan pembaikan trek sehingga RM500,000 dan Stadium Nasional, Bukit Jalil boleh dibuka semula untuk menyambut kehadiran tiga kelab gergasi Liga Perdana England (EPL)!

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengenakan syarat itu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekiranya masih berhajat melangsungkan perlawanan persahabatan skuad kebangsaan dengan Liverpool, Arsenal dan Chelsea di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Julai ini.

Beliau berkata, Kementerian juga sedia mengatur penangguhan dan penjadualan semula kerja pembaikan trek dengan pemiliknya, Perbadanan Stadium Merdeka tetapi menegaskan tidak dapat membiayai kos berkenaan kerana akan dianggap membazirkan wang rakyat.


"Perbadanan juga menghadapi kekangan kewangan. Saya memang teringin menyaksikannya di Stadium Nasional kerana di situlah paling layak melangsungkannya tetapi kerja pembaikan sudah dimulakan dan memerlukan sekurang-kurangnya tiga bulan untuk siap.

"Kalau kita hendak tanggung juga kosnya, program pembangunan atlet pula bakal terpaksa dikorbankan. Kecuali FAM sedia menanggung kos di stadium itu, yang lain saya rasa tiada masalah.

"Sebelum ini, ia sudah pun ditangguhkan beberapa kali termasuk bagi memberikan laluan kepada perlawanan akhir Piala Suzuki AFF dengan Indonesia, Disember lalu," katanya selepas pelancaran lagu tema dan maskot Sukan Malaysia XIV Kuala Lumpur 2011 di Menara KBS di sini, semalam.

Kelmarin FAM mengesahkan kehadiran ketiga-tiga gergasi EPL namun hanya perlawanan anak buah K. Rajagobal dengan Chelsea sudah ditetapkan 21 Julai ini sedangkan tarikh menentang Liverpool dan Arsenal hanya diketahui minggu depan dan gelanggangnya belum dapat dipastikan.



Antara gelanggang alternatif yang dijangkakan bagi tiga persahabatan dengan kelab yang memiliki ramai peminat setia di Malaysia itu ialah Stadium Shah Alam, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur dan Stadium Petaling Jaya.


-utusanonline-


0 comments:

Lagi Artikel Menarik